Ads 468x60px

-

Wednesday 30 November 2011

10 taman negara terindah di dunia

Taman Negara adalah sesuatu yang sangat berharga, kerana di dalamnya kita boleh melihat banyak keindahan alam flora dan fauna yang khas dari suatu kawasan.

Negara-negara di dunia ini berusaha untuk memulihara dan mempercantik taman negara yang ada di negara masing-masing, disamping usaha dari kerajaan, keindahan alam semulajadi juga turut mempengaruhi tahap keindahan taman negara tersebut.

Berikut adalah senarai 10 taman negara terindah di dunia yang diambil dari sumber Listphobia:

10. Snowdonia National Park, Wales, Great BritainInilah salah satu taman negara terindah di Britain, dengan hamparan hijau pemandangan pergunungan Snowdon di ketinggian 3560 kaki dari atas permukaan laut, menjadikannya mempunyai suhu yang sejuk dan tentunya indah untuk dinikmati.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut1.jpg

 
9. Grand Canyon National Park, Arizona
Taman negara paling dikenali di dunia ini adalah salah satu aset pemandangan alam terindah milik Amerika Syarikat. Alam semulajadinya yang berbatu, menjadikan tempat ini menjadi tumpuan pelancong.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut2.jpg

 
8. Kruger National Park, South Africa
Taman negara yang terindah di afrika selatan adalah Kruger Park. Taman negara yang penuh dengan sensasi kehidupan alam liar Afrika Selatan yang sangat memukau dan sesuai untuk pengembaraan melihat alam binatang.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut3.jpg

 
7. Deosai National Park
Taman negara yang terletak di Wilayah Scardu pakistan ini adalah salah satu taman negara terindah di Wilayah Asia. Taman ini terkenal dengan pemandangan musim seminya dimana bunga-bunga banyak bermekaran serta kupu-kupu banyak berterbangan.

http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut4.jpg

6. Kakadu National Park, Northern Territory, Australia
Ini adalah taman negara yang menjadi tempat tinggal orang asli suku Aborigin Australia. Dengan pemandangan alam indah serta berpadu dengan kehidupan liar khas Australia menjadikan wilayah ini adalah kawasan yang sangat sesuai bagi pasangan yang berbulan madu.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut5.jpg

5. Iguazu National Park Argentina
Taman negara ini dipenuhi keindahan alam khas Argentina dan Brazil. Terdapat pemandangan alam hijau khas Amerika Selatan disamping pemandangan alam menakjubkan berupa air terjun Iguazu yang sangat masyhur.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut6.jpg

4. Sagarmantha National Park, Nepal
Taman negara yang masih merupakan teritori pergunugan Everest ini menawarkan sensasi keindahan alam semulajadi dengan pergunungan sejuk khas Nepal serta dihias dengan biara - biara yang ada di wilayah ini.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut7.jpg

3. Madain Saley National Historic Park, Saudi Arabia
Wilayah ini mungkin disebut dengan sebutan Midian. Salah satu sebab kenapa taman negara ini boleh disenaraikan kerana faktor keindahan gurun dan batuan alam khas gurun yang semulajadi serta dihias dengan keindahan bangunan kuno yang ada di beberapa bahagian wilayah taman negara ini.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut8.jpg

2. Plitvice Lakes National Park, Croatia
Taman negara ini mempunyai pemandangan alam indah berpadu dengan tasik bersih nan biru . Taman negara mempunyai pemandangan alam khas Eropah dengan tasik biru yang indah.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut9.jpg

1. Hortobagy National Park, Hungary
Taman negara ini adalah pertama di Hungari, di dalamnya terdapat banyak pemandangan alam yang indah serta berbagai jenis spesies burung yang hampir pupus. Kesemuanya berpadu dengan harmoni menghasilkan keindahan alam khas Eropah Timur.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut10.jpg
Terselubung

KEJAM !!! LEPAS POTONG KEPALA ISTERI, BAWA KEPALA BERSIAR-SIAR


 
Seorang lelaki berasal dari Guwahati, Assam di India, telah membunuh isterinya dan berjalan keluar ke jalan utama dengan kepala isterinya yang terputus dan parang yang berlumuran darah sebelum ditangkap. Ranjit Das, bapa kepada dua anak lelaki berusia sembilan dan enam tahun, menjalankan perniagaan kedai runcit kecil dan juga bekerja sebagai seorang pemandu autorickshaw sambilan Dia dituduh membunuh oleh Ketua Hakim di mahkamah majistret pada hari Jumaat lalu dan dikenakan tahanan reman.

Isteri yang dikahwininya sejak 10 tahun, Amiya Daimary Das bekerja sebagai jururawat di Kesihatan Luar Bandar India. Beliau telah bertugas di Barpeta, kira-kira 170km dari Guwahati dan pulang ke rumah pada minggu lepas.Ranjit kemudian mengesyaki Amiya mempunyai hubungan sulit dan mendakwa dia mempunyai bukti.

Beliau kemudian mengkelar leher isterinya pada hari Khamis lalu dengan parang, dan membawa kepalanya yang berlumuran darah dan berjalan melalui jalan utama bersamanya. Beliau kemudiannya ditahan oleh polis peronda. “Saya mempunyai bukti yang cukup tentang perhubungan sulit itu. Beliau telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki lalu menyebabkan saya hilang pertimbangan dan membunuhnya,” kata Ranjit.-

Monday 28 November 2011

Gambar Winter Sonata : Pemandangan Salji Yang Terindah Di Dunia

Hampir semua negara yang berada di luar garis 40 darjah garisan lintang selatan dan 40 darjah garisan lintang utara selalu mengalami hujan sajli pada tempoh tertentu. Salji yang turun boleh menambah keindahan, tapi juga boleh memperburuk keindahan.

Banyak negara yang mempunyai pemandangan yang indah kerana salji yang turun. Kira-kira enam puluhan negara yang dapat merasai hujan salji, ada senarai 10 negara yang dianggap sebagai negara salji terindah. 
 
Yang dimaksud dengan negara salji terindah ini adalah negara yang mempunyai pemandangan indah kerana adanya salji yang turun. Berikut adalah negara tersebut :

1. Switzerland

 
Switzerland adalah salah sebuah negara di Eropah Tengah yang mempunyai pemandangan yang Indah. Negara yang bersempadan dengan Jerman, Perancis, Itali, dan Austria ini sebahagian besar merupakan wilayah lereng pegunungan Alpen yang terkenal keindahanya, maka tidak hairan jika Switzerland mempunyai pemandangan alam salji terindah di dunia.

 
2. New Zealand
 
Dari senarai 10 negara salji terindah ini, New Zealand adalah satu-satunya negara yang berada di sebelah bumi selatan. Negara kepulauan di Barat daya lautan barat pasifik ini mempunyai keindahan alam pergunungan yang sangat luar biasa.

 
3. Alaska (USA Territory) 
 
Alaska dianggap sebagai sebuah negeri kerana Alaska merupakan sebahagian negara Amerika syarikat yang letaknya terpisah dari negara induknya. Daripada semua negeri di Amerika syarikat, Alaska adalah negeri yang mempunyai pemandangan alam salji terindah.


4. Kanada
 
 
Negara yang terbentang dari Lautan Atlantik dan Selat Davis sehingga Lautan Pasifik ini merupakan negara Amerika Utara yang terletak di bahagian paling utara. Di padang rumput Kanada yang luas dan datar terdiri dari bahagian Manitoba, Saskatchewan dan Alberta, melebar menuju Pergunungan Rocky ini akan berubah menjadi surga salji di musim sejuk.

5. Perancis
 http://www.alpineholidaysfrance.co.uk/winter2.jpg
 
Walaupun Perancis adalah salah sebuah negara di Eropah Barat, tapi Perancis adalah salah sebuah negara yang dilalui oleh lintasan pergunungan Alpen. Tidak hairan jika pemandangannya indah, ditambah dengan pemandangan pergunungan Mount Blanc yang berada di pesisir selatan Eropah Barat ini, maka akan semakin bertambah keindahan pemandangan alam salji  Perancis.

 
6. Norway
 
 
Memang tidak salah jika Norway mempunyai pemandangan salji terindah. Ini kerana negara Norway berada di Semenanjung Scandinavia dan bersempadan langsung dengan Lautan Atlantik. Norway adalah negara yang bergunung-gunung dan sebahagian besar tertutup oleh glesier.

 
7. Iceland
 
 
Island adalah negara yang sebahagian tertutup oleh salji / ais. Oleh kerana itu, negara ini dinamakan Iceland atau Island (tanah ais). Negara yang berdekatan dengan Greenland ini terletak di bahagian utara Lamudera Atlantik.

 
8. Jepun
http://www.opentravelinfo.com/files/images/winter%20in%20Japan.preview.jpg

Negera Sakura yang mempunyai pemandangan alam padang salji yang indah. Negeri ini terletak di sekitar 41 darjah garisan lintang utara. Jika tiba musim sejuk, maka pemandangan bandar akan nampak seperti negeri khayalan, tambahan lagi jika kita melihat pemandangan salji di lereng gunung Fuji.

9. Sweden
 
Sweden adalah sebuah negara Nordik di Scandinavia. Negara ini bersempadan dengan Norway di barat dan Finland di timur laut, Selat Skagerrak dan Selat Kattegat di barat daya, serta Laut Baltik dan Teluk Bothnia di timur. Dahulu negara ini pernah menjadi negara termiskin di Eropah pada abad ke 19, tapi kerana keindahan alamnya, negara ini menjadi tujuan pelancungan terkenal dan kemudian boleh membangunkan negara ini menjadi lebih baik.

10. Korea Selatan
 
Korea adalah salah satu negara 4 musim yang bentuk muka buminya berupa pergunungan. Pergunungan di wilayah timur umumnya menjadi hulu sungai-sungai besar, seperti Sungai Han dan Sungai Naktong. Di musim sejuk, pergunungan di Korea Selatan berubah menjadi pergunungan salji yang sangat Indah.ricky1206

Subhanallah : Tempat Dengan Pemandangan Yang Terindah Di Dunia

1. Puncak Himalaya Tibet

Tempat ini adalah kemuncak tertinggi di seluruh planet Bumi.


2. Langit Alaska

Sinar Aurora Borealis yang ada di Langit Alaska (hujung utara Amerika, berhampiran Kutub Utara) sungguh menakjubkan. Aurora itu sendiri ad
alah cahaya semulajadi di angkasa yang terjadi akibat pancaran partikel-partikel medan magnet bumi dengan atom dan molekul dari atas atmosfera bumi. Umumnya, terdapat dua warna iaitu hijau dan merah dan hanya boleh dilihat pada waktu malam.

3. Benteng Chittogarh, India
http://i282.photobucket.com/albums/kk244/speedbreaker16/image003.jpg

4. Cinque Terre, Riviera

Salah satu tempat tumpuan pelancung paling popular di Itali ini merupakan bahagian dari UNESCO World Heritage Site dan terletak di pinggir laut Mediteranean.

5. College The Valleyfield

Sebuah universiti pendidikan di Quebec, Canada.

6. Machu Picchu

Terletak di Lembah Urumba, Peru dan mempunyai ketinggian 2.430 meter di atas permukaan laut.

7. Massif De La Chartreuse

Sebuah formasi batu-batuan di pergunungan timur Perancis.

8. Laut Artik
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZOWYVjv1NhDRf2vufJG5UgasXU_arXrstwE2G6X9lxvbWnIovtw4oIR_Vf0tqTChwcuv4IMI_6nGTvdQ2MRg_ja4QeFUivXG3s7qm1F0NZ3Ey-P1JAcrAnjl5I2bbl4rDn5WlDoleF9E/s400/Laut+Arktik.jpg
Boleh berdayung santai di laut Artik seperti sejernih Kristal dan berada di wilayah Kutub Utara Bumi.

9. Petra

Petra adalah sebuah kota yang dibentuk di dalam sebuah gunung batu di Jordan. Dibina pada 100 tahun SM oleh bangsa Nabatean dengan aliran sungai di bawah tanah.

10. Gunung Tungurahua, Ecuador

11. Oasis In the Middle of Nowhere


This amazing place is built in the middle of the desert, around a small lake, dan tepatnya berada di Ica Province- southwestern Peru. Oasis bernama Huacachina ini dikenal sebagai ‘oasis of America’.


12. Millau Bridge in France
http://i424.photobucket.com/albums/pp329/ii-chris-ii/MillauViaduct02.jpg

Paris mempunyai jambatan tertinggi di dunia , yang lebih tinggi dari Menara Eiffel mencapai awan.
Jambatan yang dinamakan Millau ini melintasi Sungai Tarn dan lembah-lembah pergunungan Massive Central. Panjang jambatan hingga 2,5 km dan tingginya 340 meter (lebih tinggi 16 meter dari Menara Eiffel), jambatan ini dibina dengan kekuatan tahan gempa oleh seorang arkitek dari England bernama Norman Foster.i-dus

Gambar : Jambatan Yang Paling Menari & Menakutkan Di Dunia

1. Jambatan Immortal (Cina)
Gunung Tai di Daerah Shandon Cina telah mempunyai nilai budaya dan agama selama ribuan tahun. Ini adalah salah satu dari lima gunung suci di Cina dan berhubungan dengan kelahiran, fajar dan kebangkitan.

Ketika anda mendaki sampai gunung anda akan menemui Jambatan Immortal ini.Jambatan ini terdiri dari tiga batu besar dan beberapa yang lebih kecil. Di bawah ini adalah sebuah lembah dan selatan adalah jurang yang sepertinya nampak tak berdasar. 
Tidak ada yang cukup tahu mengapa batu-batu besar itu jatuh dan tersusun ke tempat itu semasa ini tetapi sangat mungkin batu-batu jambatan alam itu telah ada sejak zaman ais

2. Jambatan Tua Konitsa (Yunani)
Jambatan ini selama berabad-abad dalam merentangi Sungai Aoos Yunanu, yang penuh di musim sejuk. Jika anda melihat dengan cermat ke kanan di bawah bahagian atas jambatan, anda dapat melihat sebuah lonceng kecil. 
Penduduk kampung mengatakan bahawa ketika ada cukup angin sehingga loceng itu berbunyi,semasa itu terlalu berbahaya untuk menyeberangi jambatan

3. Jambatan Tali Carrick-a-Rede (Ireland)
Carrick-a-Rede Rope Bridge adalah jambatan bertali dekat Ballintoy, County Antrim, Ireland Utara. Jambatan menghubungkan daratan ke Pulau kecil Carrick .

Jambatan ini dimiliki dan dikelola oleh National Trust, meliputi dua puluh meter dan adalah tiga puluh meter di atas batu di bawah ini.Hari ini jambatan ini menjadi objek pelancungan, dengan 247.000 pengunjung pada tahun 2009. 
Ketika terjadi angin di atas jambatan, ini benar-benar sebuah pengalaman yang mengerunkan, menakutkan sekaligus gayat (jika anda takut ketinggian) tapi menggembirakan.

4. Jambatan Royal Gorge 
http://farm6.static.flickr.com/5107/5633961977_2325709410.jpg
Royal Gorge Bridge adalah objek pelancungan di Canon City, Colorado, dalam sebuah taman 360-hektar.

Jambatan tergantung dalam ketinggian 955 kaki (291 m) di atas Sungai Arkansas, dan memegang rekod jambatan tertinggi di dunia dari tahun 1929 hingga tahun 2003, ketika dikalahkan oleh Jambatan Sungai Beipanjiang di Cina.

Ini adalah jambatan gantung dengan merentangi sejauh 938 kaki (286 m).Jambatan yang panjangnya 1.260 kaki (384 m) dan lebar 18 kaki (5,5 m) , dengan papan kayu berjumlah 1292. Jambatan yang digantungkan dari menara setinggi 150 kaki (46 m)

5. Jambatan Tali Inca (Inca Empire, Peru)
http://magazindo.com/wp-content/uploads/2011/07/73cc_a97765_g269_9-inca.jpg
Jambatan tali Inca adalah jambatan tahap gerun sederhana atas lembah dan jurang
untuk menyediakan kemudahan bagi Kerajaan Inca. Jambatan jenis ini sesuai digunakan kerana orang-orang Inca tidak menggunakan pengankutan beroda  - lalu lintas terhad pada pejalan kaki atau menungang ternakan.
Jambatan ini merupakan bahagian integral pada sistem jalan Inca dan merupakan contoh inovasi teknologi kerajaan Inca .Jambatan ini sering digunakan oleh pelari Chasqui menyampaikan pesanan ke seluruh wilaayah Kerajaan Inca.

Suku Inca menggunakan tali dari alam semulajadi yang ditemui dalam tumbuh-tumbuhan tempatan untuk membina jambatan. Tali ini dijalin bersama sehingga menciptakan tali yang cukup kuat dan diperkuat dengan kayu sebagai lantai kabel. 
Masing-masing bahagian kemudian melekat pada sepasang batu pemberat pada setiap sisi lembah dengan kabel besar dari bahan rumput tenunan menghubungkan kedua tiang bersama-sama.

Menambahkan untuk binaan ini, dua kabel tambahan yang bertindak sebagai pagar. Kabel yang mendukung laluan-kaki yang diperkuat dengan cabang-cabang anyaman. Sistem multi-struktur yang dibuat pada jambatan ini cukup kuat malah untuk membawa pasukan Sepanyol yang menunggang kuda setelah mereka tiba.

Namun, jambatan besar begitu berat sehingga menyebabkan  melurut di tengah, dan ini menyebabkan melayang ketika datang angin yang kuat.

Bahagian dari kekuatan jambatan dan  realible berasal dari fakta bahawa setiap kabel diganti setiap tahun oleh penduduk tempatan sebagai bahagian dari permintaan "mita" untuk awam atau menjadi seperti kewajiban.

Dalam beberapa keadaan, para petani tempatan mempunyai tugas khas menjaga dan memperbaiki jambatan tersebut sehingga jalan raya Inca atau sistem jalan boleh terus berfungsi. Jambatan terbesar seperti  ini ada di Canyon Apurimac di sepanjang jalan utama dari utara Cuzco

6. Jembatan Gantung Pulau Langkawi (Malaysia)
Jambatan ini meliputi jambatan langit di sekitar jurang di Pulau Langkawi, yang merupakan pulau terbesar di kepulauan Langkawi, Malaysia. Melayang pada ketinggian 687 m di atas permukaan laut, menawarkan pemandangan Laut Andaman dan Pulau Thailand Tarutao . 
Pandangan dari jambatan ini benar-benar membuat orang menahan nafas - lengkungan bangunan memberikan perspektif yang berbeza dari pemandangan.

Jambatan Langit adalah salah satu jambatan yang paling menarik perhatian di dunia yang boleh menjadikan kita lebih memompa adrenalin. Kabel unik-jambatan digantung oleh hanya satu tiang pendukung. 
Tiang ini sepanjang 95 yard yang diikatkan oleh 8 kabel untuk enjadi penyeimbang. Panjang jambatan penyeberangan melengkung 125 m di sebuah jurang yang menarik perhatian.
Jambatan ini mempunyai panjang 136 meter dan lebar 2 meter. pada lebar 1,8 m jambatan langit memiliki dua platform segitiga selebar 3,6 m yang menyediakan kawasan pemandangan indah bagi pengunjung. Dan ingatlah ketika anda ada di hadapan jambatan, anda berdiri 687 m di atas permukaan laut.

7. Puente de Ojuela (Mexico)
Ojuela adalah lokasi perlombongan kecil terletak di barat laut bandar  Durango, di Mexico Utara. Bandar ini sekarang dikenali sebagai bandar hantu sebagai akibat dari bijih mineral yang berkurangan. Satu-satunya yang masih hidup dari struktur fungsional adalah jambatan gantung.Jambatan ini dikenali sebagai "Puente de Ojuela" (Ojuela Bridge) oleh penduduk setempat.

Jambatan asli dirancang oleh Roebling bersaudara yang terkenal, yang juga merancang Jambatan Brooklyn. Pada masa pembinaan, Puente de Ojuela adalah jambatan gantung ketiga terpanjang di dunia. Jambatan Itu dibina kembali baru-baru ini oleh Perusahaan Peñoles,bangunan yang asal dibuang dan hanya lengkungan utama sekarang dipamerkan di Torreón Exposition Center

8. Jambatan gantung Hussaini(Pakistan)
Dikenali sebagai jambatan yang paling berbahaya di dunia, Hussaini Hanging Bridge adalah hanya salah satu dari banyak jambatan tali genting di Pakistan Utara. Untuk sebahagian besar warga, satu-satunya cara untuk bergerak jauh adalah dengan berjalan melintasi gunung untuk sampai ke Rawalpindi. 
Pada tahun 1978, Jalan Raya Karakoram telah selesai dan wilayah itu dihubungkan, tapi perjalanan antara-wilayah masih sesukar 100 tahun yang lalu . Aspek tetap perjalanan melepasi kawasan ini termasuk kabel reyot dan jambatan papan yang lintas Utara Pakistan gunung sungai dan sungai. 
Di antaranya adalah Jambatan gantung Hussaini , persimpangan Borit Danau di Upper Hunza. Jambatan tali ini adalah sangat panjang namun kurang terpelihara. Banyak papan yang hilang, dan angin kencang menggoncang jambatan semasa anda menyeberang.

Ini tidak sedikit untuk meredakan gementar pada jambatan sebelumnya,jambatan tua, rosak , tergantung berlubang-lubang di samping jambatan yang "baru".

Walaupun kelihatan berbahaya, jambatan Hussaini adalah jambatan yang relatif aman dan telah menjadi sesuatu yang menarik pelancung, dengan banyak pendaki yang cuba menyeberang untuk menguji kemampuan melintasinya

9. Jembatan Sungai Vitim(Siberia)

Vitim adalah sungai yang lebar di Siberia, Rusia. Jambatan yang disediakan untuk anda melintasi diperbuat dari kayu dan tidak dalam keadaan yang baik.Jambatan ini cukup lebar untuk satu kereta sepanjang 570 meter (1870 kaki) sehingga memerlukan 3 minit berkendaraan di atasnya jika anda seorang pengemudi yang baik. Jika tidak , anda dapat melihat 15 meter ke Sungai Vitim, yang tidak menyenangkan.

Jambatan Sungai Vitim di Siberia Rusia. Bagi mereka yang tidak tahu daerah ini, daerah ini diselimuti musim sejuk  yang ekstrem hampir sepanjang tahun dengan suhu di bawah Northern Ontario dan semuanya dilitupi salju dan ais.Jambatan ini berubah menjadi sebuah Icicle dengan penduduk setempat belum ada kenderaan  traksi  atas dan ke bawah jambatan ini kerana satu-satunya cara mereka di Sungai Vitim.

10. Jembatan Alam Bryce Canyon's Utah, AS)
Natural Bridge, lengkungan paling popular di Bryce Canyon, terletak 1,7 mil terakhir Fairview Point dan dilihat dari Jambatan Alam . Apabila dinamakan Natural Bridge di Bryce Canyon menyebabkan sedikit rasa tidak setuju di kalangan ahli geologi. Walaupun buatan struktur alam nampak seperti jambatan, itu sebenarnya lengkungan.Terselubung

Gadis Amerika Memeluk Islam Di Dalam Bas




“Aku dibesarkan dalam keluarga Kristian taat. Ayahku sentiasa memberi petua Kristian semasa membesarkanku. Dia berusaha keras mengajariku nilai-nilai Kristian,” kata Halimah David tentang latar belakang keluarganya.


"Aku banyak membaca Bibel semasa masih duduk di sekolah dasar dan mengamati sekilas ada hal yang bertentangan di sana (contoh: masalah babi). Memasuki usia 12 tahun, aku makin mengerti dan Kristian makin jauh dari hidup. Tapi aku sendiri tidak tahu apa yang mesti kulakukan. Aku terus mencari dan mencari, siapa tuhanku yang sebenarnya. Berdoa agar ditunjukkan pintu kebenaran itu. Jujur, aku benar-benar bekerja keras untuk hal ini," kata dia.
Halimah menyimpan segudang pertanyaan dalam kepalanya: “Kenapa ada manusia di dunia?” atau “Untuk tujuan apa manusia diturunkan?”


Halimah berfikir dengan sistem yang begitu komplek, contohnya bagaimana manusia diciptakan, lalu bumi diciptakan untuk manusia, tentu ada Maha Pencipta di balik semua itu. Seperti benda, pasti ada perekanya. Atau, tatkala seseorang jalan-jalan di pantai lalu meninggalkan jejaknya di pasir. Maka pasti yang melihat akan menduga ada orang yang baru melalui jalan itu sebelumnya.


"Memasuki usia ke-19, itulah masa-masa yang kritis dalam masa pencarianku. Aku banyak membuat perjalanan ke berbagai tempat untuk melihat aneka budaya setempat. Ini juga sebahagian dari proses pencarian tuhan. Kuamati ajaran Taoisme, Budha, Yahudi, Freemansory, Hindu, Animisme, serta banyak lainnya lagi. Tentu saja ajaran Kristiann juga jadi bahan pembanding.


Aku juga mempelajari Islam melalui literatur yang ada. Pada masa itu hanya satu dua halaman saja yang kupelajari. Sekilas saja, aku tidak begitu tertarik mempelajarinya lebih jauh. Kuamati Islam menyembah Allah, lalu Muhammad Nabi mereka. Itu saja. Lalu mereka solat lima kali sehari. Apa, lima kali sehari!?," kata dia lagi.



"Ketika itu aku mulai berfikir, ah masa sampai sebegitu banyaknya. Bila pergi kerja, kuliah kalau sebegitu banyak musti ibadah setiap hari. Begitu hatiku membatin. Waktu berlalu, aku kembali ke Amerika lagi. Usiaku sudah 21 tahun. Aku masih belum puas dengan semua agama yang telah kupelajari," kata dia hairan.



Waktu terus berjalan hingga dia memutuskan untuk masuk universiti dan diterima di jurusan kedoktoran di Universiti Colorado. Menjadi doktor memang impiannya sejak lama. "Konsekuensinya, aku harus pindah dari Michigan ke Colorado. Tak apa-apa demi masa depan," ujarnya.



Semasa harinya, Halimah menggunakan bus umum Greyhound dari Michigan ke Colorado. Perjalanan sedikit panjang dan membosankan. Syukurnya sepanjang perjalanan itu dia punya teman bersembang dengan seorang pemuda yang dikenalinya dalam bus. Anak muda yang duduk persis di belakangnya. Ternyata dia juga hendak ke Colorado untuk meneruskan kuliah.



“Namanya Ibrahim, asal dari Afrika. Dia ke Colorado untuk kuliah di jurusan teknik. Kamipun mulai akrab dan bersembang ke sana kemari untuk menghilangkan rasa jenuh di perjalanan,” kata Halimah.



Yang menjadikan Halimah tertarik adalah tatkala Ibrahim menyebut dirinya seorang muslim. “Aku tanya apa itu Islam dan dia cerita orang Islam percaya hanya satu Tuhan iaitu Allah dan Muhammad utusan-Nya. Dia cerita juga bahawa Nabi Muhammad adalah Nabi terakhir dan tak ada diturunkan Nabi lagi setelahnya. Aku makin tertarik,” imbuh Halimah.



“Aku simpulkan bahawa ajaran Yahudi berada di belakang dua Nabi, yakni Nabi Isa dan Muhammad. Dan, ajaran Kristian yang dibawa Nabi Isa berada di belakang Islam yang dibawa Nabi Muhammad,” katanya.


Halimah seakan merasa melihat secercah kebenaran dalam Islam. Ibrahim pun menghadiahkannya sebuah buku kecil berisi kumpulan zikir dan doa yang merupakan senjata orang mukmin. Halimah sempat membaca salah satu bahagian dari buku itu yang berbunyi:



"Tak ada satu pun yang patut disembah kecuali Allah. Allah satu dan tak bersekutu. Dia Maha Pemilik yang memiliki segala-galanya dan dia Maha Terpuji. Dialah yang Maha Berkuasa atas segala-galanya."



Berawal dari situlah Aminah melihat Islam adalah agama yang sedikit lebih masuk akal dan mudah difahami dari sekian agama yang pernah dipelajarinya. Halimah lalu membaca lagi isi buku pemberian Ibrahim itu untuk mendapat petunjuk siapa itu Allah. Dia temui kalimat lain berbunyi:



"Dengan nama Allah, tak ada sesuatu pun boleh memberikan manfaat dan mudharat baik di dunia mahu pun di akhirat, kecuali dengan seizin Allah. Dia Maha Mendengar dan lagi Maha Mengetahui."



"Ya Allah, segala keberkahan telah banyak kami terima dari Engkau yang Maha Pencipta. Engkau tidak bersekutu. Segala puji hanya bagi-Mu. Terima kasih ya Allah."



“Seketika itu lalu aku menoleh pada Ibrahim dan menanyakannya bagaimana caranya menjadi orang Islam. Dia menyebut aku mesti bersyahadah. Dia beritahu setiap yang mahu masuk Islam mesti mengucap dua kalimah: La ilaha illa llaah Muhammadur Rasuulullah. Hanya itu? Aku lalu dituntunnya untuk mengucap kalimat Syahadah itu. Aku pun bersyahadah pada masa itu juga. Ya di dalam bus Greyhound, antara Michigan dan Colorado, aku telah jadi seorang muslimah!," kenangnya.



"Subhanallah! Setelah berbincang-bincang hanya sekitar lima belas minit dengan Ibrahim aku menjadi seorang muslim. Inilah cerita tujuh tahun yang lalu,” ujar Halimah memuji Allah. Dia mengaku sangat terkesan dengan kisah keislamannya akhir tahun 2001 silam itu.



Seterusnya, dengan serta merta dia membatalkan perjalanannya ke Colorado. “Aku tidak meneruskan ijazah kedoktoran. Aku putuskan untuk menghabiskan waktu untuk mempelajari agama yang baru kukenal itu,” kata dia lagi.



Lalu Halimah pun pindah ke Utah. Di sana dia menemui banyak muslim dan mereka sangat gembira serta menyambut Halimah dengan meriah dan mengenalkannya pada komuniti muslim setempat. Disanalah dia menghabiskan waktu untuk mempelajari Islam secara serius dan bersungguh-sungguh.



"Begitulah, setelah mengikuti berbagai kajian Islam, ada beberapa hal yang menurutku sangat penting, yakni: Mesti ada Sang Pencipta, kerana di dalam kehidupan nyata ada benda-benda ciptaan. Bukti bahawa Tuhan itu ada ditunjukkan melalui kumpulan orang-orang yang berkumpul dan beribadah kerana merasa ada "keperluan" yang bersifat spiritual. Ini terlihat dari adanya aneka ragam agama dan pemeluknya," ungkapnya.



"Begitupun, kita mesti mengikuti agama yang meyakini hanya satu tuhan. Kerana, jika ada lebih dari satu tuhan maka otomatik akan sangat komplek dan akan terjadi pertentangan antara sesama tuhan. Logikanya begitu. Konsekuensinya, semua manusia bertanggungjawab untuk percaya dan yakin kepada Tuhan yang terpatri di dalam setiap diri dan jiwa mereka," pungkas dia.



"Kerana itulah dasar dari dilahirkan manusia ini, untuk mengabdi kepada Sang Penciptanya. Seperti termaktub di Surah Azzariyat ayat 56: "Aku menciptakan jin dan manusia hanya untuk mengabdi kepada-Ku.", katanya. 


Jadi saya rasa Islam hadir untuk menggantikan ajaran Kristian yang telah berbelok arah dengan ajaran Trinitasnya, Satu dalam tiga, Itu sangat tidak rasional.



Halimah juga mendapat hal menarik lain tentang Tuhan di dalam Islam, bahawa jika seseorang manusia tidak mahu beribadah kepada-Nya, maka kekayaan-Nya tidak akan berkurang. 


Sebaliknya jika semua manusia beribadah kepada-Nya, maka kekayaan-Nya juga tidak bertambah gara-garanya hamba-Nya menyembah Dia. Allah itu Maha Sempurna. Dia tak perlu kepada benda-benda, tapi semua benda-benda ciptaan-Nya perlu, itu sebabnya semua umat manusia perlu untuk beribadah kepada-Nya.



"Inilah yang makin memantapkan hati saya untuk terus berada dalam agama yang sangat saya cintai ini. Islam sudah sangat sempurna," tutupnya.



Halimah kini telah berkahwin dan memilih tinggal di rumah untuk mendidik anak-anaknya. Dia juga menulis buku-buku Islam khusus untuk anak-anak. Tidak hanya itu waktunya juga diisi dengan mengendalikan tiga website Islam. Salah satunya khusus membahas etika bisnis di dalam Islam. Hidayatul Islam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...