Ads 468x60px

-
Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Saturday, 21 April 2012

DS NAJIB SEMAKIN ISLAMIK

DS NAJIB MEMULAKAN AYAT SUCI AL-QURAN MENJADI BACKROUND 


Keberanian DS Najib melaksanakan Transformasi, sama ada secara berhemah baik dalam Kerajaan mahu pun dalam parti UMNO, dilihat semakin hari semakin berjaya. Penerapan Nilai-Nilai Islam oleh Tun Dr. Mahathir dahulu masih diteruskan oleh DS Najib.

Jika anda mengikuti Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri, satu perkara yang amat-amat dijaga oleh DS Najib ialah beliau akan berada di tapak perhimpunan 5 minit atau 10 minit sebelum Majlis Perhimpunan dijalankan. Beliau sangat-sangat menepati masa. Kadangkala ada pemimpin yang sekali dua sahaja menepati masa, namun DS Najib menjadikan ianya amalan. Dahulu, Tun Dr. Mahathir akan memasuki pejabat Perdana Menteri 15 minit atau pun 20 minit awal, walaupun masa pejabat pukul 8.00 pagi.

Di dalam perhimpunan, sebelum ucapan beliau Doa dimulakan dan beliau tidak mengambil masa yang berjela-jela semasa memberi ucapan. Isi ucapan beliau padat dan fakta, memaklumkan pencapaian, memberitahu aspirasi rakyat, menyampaikan visi beliau dan misi negara, beliau tidak memburuk-burukkan mana-mana pemimpin lain.

Gambar di atas menunjukkan bagaimana DS Najib mengIslamikkan banyak perkara, ianya adalah simbolik kepada kesucian agama Islam di Malaysia, simbolik kepada azam DS Najib memartabatkan Islam di dalam pemerintahan dan kerajaan.

Namun, manusia adalah manusia, tiada manusia yang maksum melainkan Rasulullah SAW, tiada manusia yang agong dan suci melainkan Rasulullah SAW, tiada manusia tidak melakukan dosa melainkan Rasulullah SAW, maka jika dosa itu kerana qada dan qadar Allah SWT untuk memberi tarbiyyah dan hidayah dengan disusuli memohon ampun kepadaNYA (sedikit sedutan buku La' Tahzan/Don't Be Sad oleh Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni), maka itu sangat-sangat baik jika ianya akan menjadikan kita insan yang semakin baik dan baik. Penulis perlu baca beberapa buku tasauf dan tarekat lagi.

Maka, jika PM DS Najib menuju ke arah Islam, menuju ke arah kebaikan, sedang menjadi Pemerintah yang terbaik, mengumpul segala alim ulama di sekelilingnya, mencuba sedaya upayanya, bukankah Allah SWT lebih tahu akan apa yang berlaku.

Semasa penulis melawat TS Harussani, Mufti Perak, penulis terpegun kerana Pejabat Raja Nazrin, bakal Raja Perak hanya bersebelahan sahaja. Inilah dia, umara dan ulama semakin dirapatkan.

Penulis yakin, negara kita akan menjadi sebuah negara Islam yang lebih baik tidak lama lagi. Marilah kita sama-sama memberi sokongan.

Sumber : Jentayubaka

Thursday, 19 April 2012

Kisah azab mayat seorang polis Melayu


Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar.
Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut.
Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.
Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam.
Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.
Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur.
Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.
Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa.
Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu.
Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri.
Cintai Allah, Cintai Islam.
Moral cerita:
1. Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa. Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran sempit.
2. Jika inilah tahap polis Melayu, maka apa yang dihairankan polis berkelakuan seperti anjing membelasah rakyat tanpa belas semata-mata menurut kehendak tuannya. Sudah tentu bukan semua polis berkelakuan begitu.
Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus diuruskan seperti mayat orang Islam juga.
Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.
“Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.”
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim
Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal.
Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak. Fikir-fikirkan.
Wassalam
Sumber Di sini

Wednesday, 18 April 2012

Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?



Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah

Sunday, 8 April 2012

INI BUKAN GAMBAR MAKAM NABI MUHAMMAD SAW!

Sila lihat gambar di bawah. Gambar ini dikatakan sebagai gambar makam Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasallam dari bahagian dalam. Di bahagian bawah gambar tertulis kononnya umat Islam tidak pernah berpeluang untuk melihat pemandangan ini kecuali bilangan yg sangat sedikit. Bahkan disarankan pula untuk mengedarkan gambar ini kepada orang lain. 


Sila lihat pula gambar ini. Gambar ini ialah gambar makam Maulana Jalaluddin Ar-Rumi yg terletak di Konya, Turki. 

Makam Maulana Jalaluddin Ar-Rumi di Konya, Turki.

Baiklah, sekarang sila lihat pula gambar di bawah. Sila lihat bahagian yg dibulatkan dan juga persekitarannya. Serban, khat yg terdapat pada dinding, tiang dan tingkapnya. Bukankah ia tempat yg sama? Klik untuk lihat lebih jelas. 


Saya temui maklumat ini ketika merayau-rayau mencari gambar barang-barang peninggalan Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasallam. Lalu saya terjumpa maklumat ini di Islam-The Modern Religion. Menurutnya, fakta bahawa gambar tersebut bukan gambar makam Nabi telah ditegaskan lagi oleh seorang jurugambar Muslim yg terkenal, Peter Sanders. Pendedahan ini telah dibuat sejak 2001. Berikut temuramah pemilik laman Islam-The Modern Religion dengan Peter Sanders.


The fact that this picture (below) is not of the tomb of the Prophet (saw) was also comfirmed by Peter Sanders the Muslim photographer. He revealed this during my interview with him on Thursday, 17th May 2001. He said, "Inside the Prophet's (saw) tomb - no I have not seen inside. I asked a sheikh what's inside - he's one the people who clean the area. He said light, light..nothing but light. The picture going round on the Internet - it's not a real picture, it's a painting from someone's vision because there's nothing in there, they've completely concealed it up. That might have been what it was like in the Turkish times, I don't know. It seems very authentic - I've seen in different shuyukh's houses. It's possible that it is what it did look like or what it does look like in the unseen, I don't know. Allahuwalam. As far as I know, there is nothing there. The sheikh said there is only light and he added, people who don't see this light only see their own darkness."

 

Peter Sanders. Diambil dari Mas'ud Ahmed Khan di flickr.

 Saya juga terjumpa maklumat ini di forum-forum berbahasa Arab. Jadi jelaslah bahawa gambar yg didakwa sebagai makam Nabi itu merupakan lukisan makam Maulana Ar-Rumi dan bukannya makam Nabi. Kawan saya sendiri pernah menjadikan gambar tersebut sebagai wallpaper di komputernya. Saya tidak pasti sejauh mana gambar ini telah tersebar dan sejauh manakah pembetulan fakta telah dibuat. Dan adakah ianya sebuah propaganda untuk mengelirukan umat Islam atau ianya berlaku secara tidak disengajakan? Ini pula gambar yg saya temui entah di mana. Seolah-olah satu keratan akhbar atau majalah berbahasa Inggeris. Tertulis di bawah gambar ini, "The only known photograph, an undated 19th century print, of the tomb of the Prophet Mohammed (PBUH)." Wallahu'alam. Juga tidak dapat dipastikan kesahihannya. 


Ini pula gambar lukisan yg biasa dijual dalam bentuk poster. Saya rasa ia dilukis berdasarkan gambar foto hitam putih di atas. 


"Hanya Allah Yang Maha Mengetahui hakikat setiap sesuatu."

PengundiBaharu: Yang dah terkena. Lain kali berhati-hati...

Wednesday, 22 February 2012

Berbaris Lihat Janggut Nabi Muhammad SAW


DHAKA, Bangladesh – Sejumlah penganut Islam berbaris panjang untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad SAW di Masjid Nasional di sini semalam.

Janggut itu diletakkan di dalam sebuah bekas berkaca semasa ia dipamerkan kepada orang ramai. Pusat Kebuadayaan Turki meminjamkan bekas yang mengandungi janggut Nabi Muhammad itu untuk dipamerkan kepada orang ramai. Nabi Muhammad wafat pada tahun 632 Masihi semasa berumur 63 tahun. – Agensi


Janggut Nabi Muhammad : Menurut legenda, selepas kewafatan Nabi Muhammad menumpukan gunting beliau mencukur janggutnya dihormati dan dipelihara. Hari ini, barang peninggalan, yang dianggap janggut Nabi, disimpan di Muzium Istana Topkapi di Istanbul dan ia boleh dilihat bukan sahaja sebagai jemaah Islam, dan pelancong. Di samping itu, terdapat beberapa rambut dari janggut Nabi Muhammad, yang disimpan di tempat yang berbeza di seluruh dunia, termasuk Hazratbal masjid (Srinagar, India). Gambar By Google.Com

Selawat dan Salam pada junjungan yang mulia.

Thursday, 22 December 2011

VIDEO : Lagu Bruno Mars Boleh Memurtadkan Seseorang Melalui Percakapan ?





Umat Islam seluruh Malaysia yang dikasihi, pernah dengar lagu It Will Rain – Bruno Mars? Lagu tu boleh memurtadkan seseorang melalui percakapan. Contoh baris yang terdapat dalam lagu tersebut :



There’s no religion that could save me (tiada agama yang boleh selamatkan aku), No matter how long my knees are on the floor (tak kira berapa lama melutut di lantai) Ingat, murtad boleh berlaku melalui pertuturan juga. - Sebarkan demi akidah Dan Share- Sumber : Gempak.org

Thursday, 1 December 2011

Mungkin Inilah sebabnya, Rasulullah sukakan kucing


 http://vivaladita.files.wordpress.com/2011/08/kucing.jpg?w=228&h=221
Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci. 
Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. 
Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. 
Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus. 
Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapatkan adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.

4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.

Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.

Komentar para doktor yang bergelut dalam bidang kuman
Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !

Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah).

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai perangkat pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak dari pembaca situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada tubuh makhluk yang hidup? silahkan baca: Benarkah Toxoplasma Hanya disebabkan Oleh Kucing

Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini:
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw yang buta baca-tulis ini tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.Situslakalaka

Monday, 28 November 2011

Gadis Amerika Memeluk Islam Di Dalam Bas




“Aku dibesarkan dalam keluarga Kristian taat. Ayahku sentiasa memberi petua Kristian semasa membesarkanku. Dia berusaha keras mengajariku nilai-nilai Kristian,” kata Halimah David tentang latar belakang keluarganya.


"Aku banyak membaca Bibel semasa masih duduk di sekolah dasar dan mengamati sekilas ada hal yang bertentangan di sana (contoh: masalah babi). Memasuki usia 12 tahun, aku makin mengerti dan Kristian makin jauh dari hidup. Tapi aku sendiri tidak tahu apa yang mesti kulakukan. Aku terus mencari dan mencari, siapa tuhanku yang sebenarnya. Berdoa agar ditunjukkan pintu kebenaran itu. Jujur, aku benar-benar bekerja keras untuk hal ini," kata dia.
Halimah menyimpan segudang pertanyaan dalam kepalanya: “Kenapa ada manusia di dunia?” atau “Untuk tujuan apa manusia diturunkan?”


Halimah berfikir dengan sistem yang begitu komplek, contohnya bagaimana manusia diciptakan, lalu bumi diciptakan untuk manusia, tentu ada Maha Pencipta di balik semua itu. Seperti benda, pasti ada perekanya. Atau, tatkala seseorang jalan-jalan di pantai lalu meninggalkan jejaknya di pasir. Maka pasti yang melihat akan menduga ada orang yang baru melalui jalan itu sebelumnya.


"Memasuki usia ke-19, itulah masa-masa yang kritis dalam masa pencarianku. Aku banyak membuat perjalanan ke berbagai tempat untuk melihat aneka budaya setempat. Ini juga sebahagian dari proses pencarian tuhan. Kuamati ajaran Taoisme, Budha, Yahudi, Freemansory, Hindu, Animisme, serta banyak lainnya lagi. Tentu saja ajaran Kristiann juga jadi bahan pembanding.


Aku juga mempelajari Islam melalui literatur yang ada. Pada masa itu hanya satu dua halaman saja yang kupelajari. Sekilas saja, aku tidak begitu tertarik mempelajarinya lebih jauh. Kuamati Islam menyembah Allah, lalu Muhammad Nabi mereka. Itu saja. Lalu mereka solat lima kali sehari. Apa, lima kali sehari!?," kata dia lagi.



"Ketika itu aku mulai berfikir, ah masa sampai sebegitu banyaknya. Bila pergi kerja, kuliah kalau sebegitu banyak musti ibadah setiap hari. Begitu hatiku membatin. Waktu berlalu, aku kembali ke Amerika lagi. Usiaku sudah 21 tahun. Aku masih belum puas dengan semua agama yang telah kupelajari," kata dia hairan.



Waktu terus berjalan hingga dia memutuskan untuk masuk universiti dan diterima di jurusan kedoktoran di Universiti Colorado. Menjadi doktor memang impiannya sejak lama. "Konsekuensinya, aku harus pindah dari Michigan ke Colorado. Tak apa-apa demi masa depan," ujarnya.



Semasa harinya, Halimah menggunakan bus umum Greyhound dari Michigan ke Colorado. Perjalanan sedikit panjang dan membosankan. Syukurnya sepanjang perjalanan itu dia punya teman bersembang dengan seorang pemuda yang dikenalinya dalam bus. Anak muda yang duduk persis di belakangnya. Ternyata dia juga hendak ke Colorado untuk meneruskan kuliah.



“Namanya Ibrahim, asal dari Afrika. Dia ke Colorado untuk kuliah di jurusan teknik. Kamipun mulai akrab dan bersembang ke sana kemari untuk menghilangkan rasa jenuh di perjalanan,” kata Halimah.



Yang menjadikan Halimah tertarik adalah tatkala Ibrahim menyebut dirinya seorang muslim. “Aku tanya apa itu Islam dan dia cerita orang Islam percaya hanya satu Tuhan iaitu Allah dan Muhammad utusan-Nya. Dia cerita juga bahawa Nabi Muhammad adalah Nabi terakhir dan tak ada diturunkan Nabi lagi setelahnya. Aku makin tertarik,” imbuh Halimah.



“Aku simpulkan bahawa ajaran Yahudi berada di belakang dua Nabi, yakni Nabi Isa dan Muhammad. Dan, ajaran Kristian yang dibawa Nabi Isa berada di belakang Islam yang dibawa Nabi Muhammad,” katanya.


Halimah seakan merasa melihat secercah kebenaran dalam Islam. Ibrahim pun menghadiahkannya sebuah buku kecil berisi kumpulan zikir dan doa yang merupakan senjata orang mukmin. Halimah sempat membaca salah satu bahagian dari buku itu yang berbunyi:



"Tak ada satu pun yang patut disembah kecuali Allah. Allah satu dan tak bersekutu. Dia Maha Pemilik yang memiliki segala-galanya dan dia Maha Terpuji. Dialah yang Maha Berkuasa atas segala-galanya."



Berawal dari situlah Aminah melihat Islam adalah agama yang sedikit lebih masuk akal dan mudah difahami dari sekian agama yang pernah dipelajarinya. Halimah lalu membaca lagi isi buku pemberian Ibrahim itu untuk mendapat petunjuk siapa itu Allah. Dia temui kalimat lain berbunyi:



"Dengan nama Allah, tak ada sesuatu pun boleh memberikan manfaat dan mudharat baik di dunia mahu pun di akhirat, kecuali dengan seizin Allah. Dia Maha Mendengar dan lagi Maha Mengetahui."



"Ya Allah, segala keberkahan telah banyak kami terima dari Engkau yang Maha Pencipta. Engkau tidak bersekutu. Segala puji hanya bagi-Mu. Terima kasih ya Allah."



“Seketika itu lalu aku menoleh pada Ibrahim dan menanyakannya bagaimana caranya menjadi orang Islam. Dia menyebut aku mesti bersyahadah. Dia beritahu setiap yang mahu masuk Islam mesti mengucap dua kalimah: La ilaha illa llaah Muhammadur Rasuulullah. Hanya itu? Aku lalu dituntunnya untuk mengucap kalimat Syahadah itu. Aku pun bersyahadah pada masa itu juga. Ya di dalam bus Greyhound, antara Michigan dan Colorado, aku telah jadi seorang muslimah!," kenangnya.



"Subhanallah! Setelah berbincang-bincang hanya sekitar lima belas minit dengan Ibrahim aku menjadi seorang muslim. Inilah cerita tujuh tahun yang lalu,” ujar Halimah memuji Allah. Dia mengaku sangat terkesan dengan kisah keislamannya akhir tahun 2001 silam itu.



Seterusnya, dengan serta merta dia membatalkan perjalanannya ke Colorado. “Aku tidak meneruskan ijazah kedoktoran. Aku putuskan untuk menghabiskan waktu untuk mempelajari agama yang baru kukenal itu,” kata dia lagi.



Lalu Halimah pun pindah ke Utah. Di sana dia menemui banyak muslim dan mereka sangat gembira serta menyambut Halimah dengan meriah dan mengenalkannya pada komuniti muslim setempat. Disanalah dia menghabiskan waktu untuk mempelajari Islam secara serius dan bersungguh-sungguh.



"Begitulah, setelah mengikuti berbagai kajian Islam, ada beberapa hal yang menurutku sangat penting, yakni: Mesti ada Sang Pencipta, kerana di dalam kehidupan nyata ada benda-benda ciptaan. Bukti bahawa Tuhan itu ada ditunjukkan melalui kumpulan orang-orang yang berkumpul dan beribadah kerana merasa ada "keperluan" yang bersifat spiritual. Ini terlihat dari adanya aneka ragam agama dan pemeluknya," ungkapnya.



"Begitupun, kita mesti mengikuti agama yang meyakini hanya satu tuhan. Kerana, jika ada lebih dari satu tuhan maka otomatik akan sangat komplek dan akan terjadi pertentangan antara sesama tuhan. Logikanya begitu. Konsekuensinya, semua manusia bertanggungjawab untuk percaya dan yakin kepada Tuhan yang terpatri di dalam setiap diri dan jiwa mereka," pungkas dia.



"Kerana itulah dasar dari dilahirkan manusia ini, untuk mengabdi kepada Sang Penciptanya. Seperti termaktub di Surah Azzariyat ayat 56: "Aku menciptakan jin dan manusia hanya untuk mengabdi kepada-Ku.", katanya. 


Jadi saya rasa Islam hadir untuk menggantikan ajaran Kristian yang telah berbelok arah dengan ajaran Trinitasnya, Satu dalam tiga, Itu sangat tidak rasional.



Halimah juga mendapat hal menarik lain tentang Tuhan di dalam Islam, bahawa jika seseorang manusia tidak mahu beribadah kepada-Nya, maka kekayaan-Nya tidak akan berkurang. 


Sebaliknya jika semua manusia beribadah kepada-Nya, maka kekayaan-Nya juga tidak bertambah gara-garanya hamba-Nya menyembah Dia. Allah itu Maha Sempurna. Dia tak perlu kepada benda-benda, tapi semua benda-benda ciptaan-Nya perlu, itu sebabnya semua umat manusia perlu untuk beribadah kepada-Nya.



"Inilah yang makin memantapkan hati saya untuk terus berada dalam agama yang sangat saya cintai ini. Islam sudah sangat sempurna," tutupnya.



Halimah kini telah berkahwin dan memilih tinggal di rumah untuk mendidik anak-anaknya. Dia juga menulis buku-buku Islam khusus untuk anak-anak. Tidak hanya itu waktunya juga diisi dengan mengendalikan tiga website Islam. Salah satunya khusus membahas etika bisnis di dalam Islam. Hidayatul Islam

Wednesday, 23 November 2011

Kebenaran al-Quran : Gunung berjalan seperti jalannya awan


Dalam satu ayat al-Quran, kita diberitahu bahawa gunung-gunung tidaklah tetap sebagaimana yang nampak, akan tetapi terus-menerus bergerak.
"Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal dia berjalan seperti jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al Qur'an, 27:88)
Gerakan gunung-gunung ini disebabkan oleh gerakan kerak bumi tempat gunung-gunung berada. Kerak bumi ini seperti mengapung di atas lapisan magma yang lebih rapat. 
 
Pada awal abad ke-20, untuk pertama kalinya dalam sejarah, seorang ilmuwan Jerman bernama Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua-benua pada permukaan bumi menyatu pada masa-masa awal bumi, namun kemudian bergeser ke arah yang berbeza-beza sehingga terpisah ketika bergerak saling menjauhi.
Para ahli geologi memahami kebenaran pernyataan Wegener baru hanya pada tahun 1980, iaitu 50 tahun setelah kematiannya. Sebagaimana pernah dikemukakan oleh Wegener dalam sebuah tulisan yang terbit tahun 1915, sekitar 500 juta tahun lalu seluruh tanah daratan yang ada di permukaan bumi awalnya adalah satu kesatuan yang dinamakan Pangaea. Daratan ini terletak di kutub selatan.
 
Sekitar 180 juta tahun lalu, Pangaea terbelah menjadi dua bahagian yang masing-masingnya bergerak ke arah yang berbeza. Salah satu daratan atau benua raksasa ini adalah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. 
 
Benua raksasa kedua adalah Laurasia, yang terdiri dari Eropah, Amerika Utara dan Asia, kecuali India. Selama 150 tahun setelah pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia terbahagi menjadi daratan-daratan yang lebih kecil.

Benua-benua yang terbentuk menyusul terbelahnya Pangaea telah bergerak pada permukaan Bumi secara terus-menerus sejauh beberapa sentimeter per tahun. Peristiwa ini juga menyebabkan perubahan perbandingan luas antara wilayah daratan dan lautan di Bumi.

Pergerakan kerak Bumi ini ditemui setelah penyelidikan geologi yang dilakukan di awal abad ke-20. Para ilmuwan menjelaskan peristiwa ini sebagaimana berikut:

Kerak dan bahagian terluar dari magma, dengan ketebalan sekitar 100 km, terbahagi atas lapisan-lapisan yang disebut plat. Terdapat enam plat utama, dan beberapa plat kecil. 
 
Menurut teori yang disebut plat tektonik, plat-plat ini bergerak pada permukaan bumi, membawa benua dan dasar lautan bersamanya. 
 
Pergerakan benua telah diukur dan berkecepatan 1 hingga 5 cm per tahun. plat-plat tersebut terus-menerus bergerak, dan menghasilkan perubahan pada geografi bumi secara perlahan. 
 
Setiap tahun, misalnya, Samudera Atlantic menjadi sedikit lebih lebar. (Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; General Science, Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 30)

Ada perkara sangat penting yang perlu dikemukakan di sini: dalam ayat tersebut Allah telah menyebut tentang gerakan gunung sebagaimana mengapungnya perjalanan awan. (Kini, Ilmuwan modern juga menggunakan istilah "continental drift" atau "gerakan mengapung dari benua" untuk gerakan ini. (National Geographic Society, Powers of Nature, Washington D.C., 1978, s.12-13)

Tidak dipersoalkan lagi, adalah salah satu kejaiban Al Qur’an bahawa fakta ilmiah ini, yang baru sahaja ditemui oleh para ilmuwan, telah dinyatakan dalam Al Qur’an.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...