Ads 468x60px

-
Showing posts with label Tips Dan Petua. Show all posts
Showing posts with label Tips Dan Petua. Show all posts

Tuesday, 25 October 2011

Cara Menghilangkan Parut / Bekas Jerawat



Apabila jerawat sembuh, ia akan meninggalkan kesan kemerahan atau kesan parut hitam. Ini sebenarnya bukan parut jerawat tetapi kesan daripada radang jerawat. Jika tiada jerawat baru yang tumbuh, kulit akan sembuh dengan sendiri. Proses penyembuhan ini boleh mengambil masa 6 hingga 12 bulan.

Kesan akibat jerawat lebih daripada setahun dikenali parut jerawat. Biasanya parut ini kekal dan membuatkan kulit muka kelihatan gelap dan kurang menarik. Untuk mengelakkannya rawatan awal boleh dilakukan.


Rawatan Awal

Radang kulit disebabkan oleh jerawat adalah satu proses penyembuhan yang normal. Ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk membantu merawat peringkat awal parut jerawat.

Pendedahan kepada matahari melambatkan proses penyembuhan radang jerawat dan boleh merosakkan kulit. Oleh itu pengunaan sunblock yang sesuai amat penting.

Doktor boleh memberi krim tretinoin untuk mempercepatkan prosesremodeling kulit. Penggunaan peeling agent seperti AHA (Alpha Hydroxy Acid) yang bersesuaian juga boleh mempercepatkan proses remodeling kulit.

Jangan memicit jerawat atau parut jerawat. Ini akan mengganggu proses penyembuhan jerawat. Ia juga boleh menyebabkan bakteria yang terdapat di dalam jerawat tersebar lebih ke dalam kulit. Ini boleh menyebabkan parut jerawat yang lebih dalam berlaku.

Penggunaan krim antioksidan seperti Vitamin C juga membantu memulihkan kesan jerawat.


Rawatan Laser

Dengan kemajuan teknologi laser dermatologi/aesthetic, kini rawatan yang paling berkesan untuk rawatan parut jerawat adalah dengan menggunakan laser. Dua jenis laser yang paling berkesan adalah laser CO2 (karbon dioksida) atau Erbium Yag. 

Kedua-dua laser ini adalah dalam kategori ablative. Ia bermaksud akan meratakan kawasan kulit yang dirawat dengan laser.

Ia juga akan merangsang kulit untuk membentuk kolagen. Ini menyebabkan kulit akan kelihatan lebih tegang, kesan parut jerawat kurang dalam serta pori-pori muka kelihatan lebih halus. Proses rawatan ini perlu dilakukan beberapa sesi di antara 6 ke 8 minggu.


Tips Jerawat

Masalah jerawat adalah masalah utama untuk remaja. Masalah ini menjadi lebih rumit apabila remaja mula mencuba pelbagai jenis produk.

1. Amalkan banyak pemakanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti buah-buahan citrus, nenas, kiwi dan anggur. Kebanyakan sayur-sayuranjuga mempunyai antioksidan yang tinggi.

2. Stres juga boleh menjadikan jerawat tumbuh dengan banyak. Oleh itu lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan stres dan menyihatkan seperti bersukan.

3. Apa-apa produk yang diletakkan di muka mestilah bebas minyak, berasaskanair dan non-comedogenic (tidak menyumbat pori-pori muka). Gunakan pencuci muka yang sesuai dan jangan mencuci muka dengan sabun mandi.

4. Jika peralatan kosmetik anda menyebabkan tumbuh whitehead ataublackhead, tukar kepada jenama lain. Yang terbaik adalah kosmetik berasaskan mineral. Kosmetik di muka mesti dicuci sebelum tidur.


Rawatan Lain

Perubahan hormon juga boleh menyebabkan jerawat yang teruk. Jika langkah-langkah di atas tidak dapat membantu, rawatan seperti antibiotik, chemical peelingphotofacial dan rawatan hormon boleh membantu. Sila berjumpa dengan pakar kulit.

Parut di muka selalunya disebabkan oleh kesan jerawat. Namun begitu ia juga boleh disebabkan kesan kecederaan seperti terbakar atau luka.

Setakat ini belum ada produk yang boleh merawat kesan parut dengan berkesan. Jika parut itu tidak dalam, rawatan seperti chemical peeling danmicro-dermabrasion boleh membantu mengurangkan masalah parut.

Tetapi jika parut itu dalam dan banyak, rawatan yang sesuai adalah laser CO2 atau Erbium YAG. Rawatan yang diperlukan adalah sebanyak 3 ke 5 sesi. Rawatan ini adalah yang terbaik untuk masalah parut.


Jerawat di Badan

Untuk merawat jerawat di badan, anda dinasihatkan untuk mengambil antibiotik yang sesuai seperti Minocycline HCL. Ini bertujuan membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat itu bengkak dan sakit.

Semasa rawatan antibiotik, anda perlu menggunakan krim Benzoyl peroxide(seperti jenama Oxy) agar rawatan lebih berkesan. Jika jerawat tersebut mempunyai blackhead, rawatan seperti krim tretinoin perlu digunakan. Namun begitu anda dinasihatkan bertemu doktor untuk mengenal pasti rawatan yang sesuai.


Rawatan Terkini

Untuk rawatan terkini, terdapat 2 jenis laser yang sangat berkesan untuk merawat jerawat iaitu Isolaz yang mendapat kelulusan untuk merawat jerawat tahap 1 hingga tahap 6 dan laser long pulse Nd:Yag. Kelebihan rawatan ini adalah ia ringkas, tidak sakit dan sangat berkesan.


Saturday, 15 October 2011

Aktif bersenam pintar matematik



BIJAK dalam subjek Matematik menjadi salah satu kelebihan kanak-kanak yang aktif khususnya mereka yang mengalami obesiti.  Senaman biasa boleh menambah kemampuan kanak-kanak obes, yang biasanya hanya duduk diam, untuk berfikir, membuat pelbagai rancangan, bahkan bertambah baik dalam Matematik.
Demikian penemuan oleh pengkaji di Universiti Sains Kesihatan Georgia, Amerika Syarikat (AS).

Mengapa mata pelajaran Matematik? Tidak dijelaskan sebabnya, namun alasan utama kerana Matematik adalah subjek yang memiliki tahap kesukaran yang lebih tinggi berbanding mata pelajaran lain.
Para pengkaji juga berharap agar bukan kanak-kanak obes sahaja yang perlu bersenam setiap hari, bahkan mereka yang bertubuh normal. Penyelidikan tersebut didasarkan pada kajian ke atas 171 orang kanak-kanak terlebih berat badan berusia antara tujuh hingga 11 tahun di AS.



Setelah melakukan senaman setiap hari, terdapat perkembangan yang sangat signifikan dari segi kecergasan dan penguasaan mereka dalam matematik. Menurut laman web Pysch Central, selepas dilakukan imbasan MRI terhadap otak kanak-kanak tersebut, terdapat peningkatan aktiviti otak di korteks prefrontal iaitu kawasan yang digunakan untuk berfikir.

Selain itu, kecerdasan otak (IQ) turut bertambah. Semakin kerap mereka bersenam, semakin tinggi IQ mereka. Rata-rata berlaku peningkatan sebanyak 3.8 mata untuk mereka yang bersenam selama 40 minit sehari selama tiga bulan.

Senaman yang dilakukan adalah pelbagai. Ini termasuk berlari, lompat tali dan bersenam.
Semua aktiviti itu juga merangsang otak. Ini memandangkan senaman membuatkan aliran darah serta oksigen ke otak berjalan lancar.

Faktanya, seseorang tidak mungkin boleh bergerak jika otaknya tidak aktif. Untuk aktif, oksigen diperlukan sekali gus menjadikan kedua-dua aktiviti dan oksigen saling berkait.

Saturday, 24 September 2011

Cara Guna CimbClicks

CimbClicks adalah antara yang saya gunakan untuk perniagaan saya. Ianya lebih kurang sahaja dengan system Maybank2u. Semua memerlukan TAC number. Antara bank lain yang menawarkan perbankan internet ialah Bank Islam, Bank Rakyat, RHB Bank, Public Bank, Eon Bank dan beberapa bank lain seperti Standard Chartered.

Jika anda ingin menceburi perniagaan internet, memadai 2 atau 3 bank sahaja. Jika anda mampu membuka semua bank yang menawarkan perbankan internet ia lebih baik. Perbankan internet memudahkan anda kerana anda boleh menyemak transaksi secara online. Jadi anda tidak perlu ke bank untuk menyemak transaksi. Ia menjimatkan masa anda.
URL= http://www.cimbclicks.com.my/

Langkah 1: Login
Klik Link Login
Masukkan Username dan password

Klik pada Fund transfer

Pada To Other CIMB account, klik Transfer Funds
Seterusnya pilih akaun, dan masukkan maklumat yang diperlukan seperti nombor
akaun dan jumlah. Pada remarks, anda boleh tulis tujuan pembayaran.

Klik Butang Submit

Langkah Pengesahan.
Anda akan diminta untuk masukkan TAC number. Jadi request TAC dan masukkan
no TAC yang anda terima di handphone anda.
Simpan rekod. Gunakan sebagaimana langkah untuk kaedah Maybank2u.

Saya tak detailkan kerana ia hampir sama. Syarat untuk mengunakan perbankan internet cimb juga adalah sama iaitu mempunyai akaun cimb dan mendaftar akaun perbankan internet. Dapatkan bantuan staf cimb untuk bantuan lanjut.
Laman Web Penjual
Pada laman web penjual biasanya mempunyai page order. Contoh
page order dari Abdul Dobot Bin Abdul Dobit

Selepas anda membayar seperti yang dibayar langkah diatas. Biasanya terdapat satu laman untuk pengesahan bayaran. Ia adalah untuk memudahkan penjual mengesan pembayaran yang dibuat oleh anda.

Beberapa contoh borang pengesahan bayaran. Dimana anda perlu memasukkan butiran maklumat transaksi bayaran yang telah anda lakukan menerusi maybank/cimbclicks sebentar tadi.

Monday, 19 September 2011

Buat Duit Dengan Blog

Blog sudah menjadi popular hari ini dan barangkali ramai pengguna internet sudah mempunyai blog untuk tujuan tersendiri. Sesetengah daripadanya buat blog sekadar suka-suka , then ada juga yang serius bisnes malah mahu cari duit poket lebih. Ramai newbie bertanya adakah betul boleh buat duit dgn blog ? Actually dunia bisnes sudah berubah sejak kewujudan internet. Bagi saya bisnes kini bukan lagi dilakukan secara konvensional di realiti sahaja malah boleh buat secara online dan lebih 'bebas' ataupun lebih memudahkan jika kena caranya. Mungkin di sini saya boleh share beberapa idea buat duit dengan blog yang selama ini telah ramai orang buat dan berjaya :
  1. Jika tidak keberatan anda boleh menulis review / pandangan mengenai product, services atau lain-lain opportunities mengikut keperluan pihak PayPerPost.Com yang mana mereka akan membayar setiap review atau posting yang telah buat di blog anda. Boleh juga jadi publisher bagi Click2sell , LinkWorth maupun social network yang muncul sebagai pesaing baru Facebook iaitu PeopleString Network yang akan memberi kita komisen dengan setiap referal.
  2. Cara lain yang juga dapat mendatangkan duit yg banyak melalui blog ialah dengan Google Adsense . Ramai di antara rakan-rakan saya di Malaysia mahupun seluruh dunia telah berjaya generate income dengan Adsense ini. Paling mudah untuk dapatkan akaun Google Adsense ini ialah create blog di www.blogger.com dan mempunyai niche yang tersendiri dalam bahasa Inggeris. Dengan setiap klik daripada pengunjung blog anda di banner adsense akan memberi pulangan yang menguntungkan. Yang pastinya anda kene jujur buat adsense ini, jgn terlalu 'pandai' buat click fraud kerana google lebih bijak tentang sistemnya berbanding anda.
  3. Buat affiliate program bagi menjana income tambahan. Ia cukup mudah kerana affiliate program anda cuma mempromosikan link produk/servis vendor yang telah mereka sediakan. Tentang soal proses pembelian, penghantaran dan lain-lain isu tidak perlu risau kerana ia adalah kerja vendor/penyedia affiliate program. Kita cuma pastikan link affiliate itu dipromosi sehabis baik untuk mendapatkan komisyen yang ditawarkan. Contoh program affiliate yang menarik seperti Klikjer.Com , MasKahwin.Com , IdeaBisnesLuarBiasa dan banyak lagi.
  4. Jual iklan banner atau text link di blog anda. Sekiranya web anda mempunyai hits atau traffic tinggi bolehlah ambil peluang untuk menjual ruang iklan di tepi atau memana bahagian blog anda. Mungkin jual link atau iklan untuk disewa selama seminggu, bulanan mahupun tahunan. Bergantung kepada kapasiti traffik anda, lagi banyak hits lagi tinggilah harga banner iklan anda. Contoh paling mudah ialah sepertimana iklan di web utusan.com.my atau bharian.com.my yang sememangnya harga dia cukup tinggi berdasarkan hits traffik yang banyak setiap hari. 
  5. Jual produk sendiri.. cara ini mungkin boleh direalisasikan sekiranya anda ada produk atau servis sendiri. Misalnya anda jual buku novel second hand dengan membuat beberapa sinopsis dan review novel yang anda telah baca serta menjualnya dengan separuh harga daripada harga asal ataupun mengikut pertimbangan yang lebih sesuai. Apa jua produk mahupun servis boleh dijual melalui blog mengikut kategori tertentu. Ia terpulang kepada daya kreativiti anda.
Tips-tips di atas dapat memberi panduan ringkas kepada mereka yang mahu buat duit dengan blog lebih mudah. Sememangnya kalo nak wat duit kenelah usaha yang dahsyat dan tidak malas belajar perkara baru. Terdapat pelbagai cara buat duit dengan blog asalkan kita teruskan belajar dan explore peluang-peluang di internet dengan lebih mendalam... All da best and good luck..

Saturday, 17 September 2011

Pencetus Strok

Penghidap degupan jantung tak sekata lima kali beririko alami serangan otak

PERNAHKAH anda berdepan situasi jantung tiba-tiba berdegup kencang, berpeluh, dada merasa seperti dihimpit, pening, loya, hendak pitam, sukar bernafas dan letih tidak semena-mena. Jika ini terjadi anda mungkin mengalami masalah Fribilasi Atrial (Atrial Fribillation) atau keadaan di mana jantung berdegup secara tidak sekata iaitu terlalu pantas atau terlalu perlahan.


Apa yang menakutkan, tiada tanda-tanda jelas yang boleh mengesan awal masalah Aritmia atau rentak jantung tidak sekata ini. Malah orang yang mengalaminya punya lima kali ganda kemungkinan diserang angin ahmar berbanding mereka yang tidak mengalaminya.

Angin ahmar atau istilahnya serangan otak, yang dikaitkan dengan masalah FA adalah lebih serius dan dikaitkan dengan lebih banyak kehilangan upaya diri berbanding angin ahmar yang bukan disebabkan FA. Menurut Pakar Runding Kardiologi dan Presiden Majlis Stroke Malaysia, Dr Razali Omar FA berlaku apabila isyarat elektrik gagal diterima menyebabkan ruang atas jantung (Atria) berdenyut pantas dan tidak sekata.

Ini menyebabkan darah memenuhi ruang ini. Memandangkan degup yang tidak sekata tadi ia gagal mengepam semua darah ke bahagian bawah jantung (Ventrikel), menyebabkan jantung gagal berdegup dengan efektif.

“Orang yang mengalami FA, punya lima kali ganda lebih mungkin menghidap angin ahmar berbanding mereka tanpa FA,” katanya ketika pembentangan kertas kerja mengenai Angin Ahmar yang dikaitkan Fribilasi Atrial sempena kempen mencegah 1 Misi 1 Juta - Mendalami Punca Strok.

Mengikut kajian, 15 juta kalangan dewasa Amerika Syarikat menderita serangan angin ahmar setiap tahun, 5 juta mati akibatnya manakala 5 juta lagi hilang upaya diri secara kekal. Keadaan ini bukan saja memberikan kesan buruk kepada keadaan kewangan negara tetapi juga membabitkan hal penjagaan.

Menurut Pakar Runding Neurologi dan Presiden Majlis Neurosains Malaysia, Dr Hamidon Basri, kajian terbaru juga menunjukkan sejumlah 5.7 juta kes angin ahmar berlaku di negara membangun seperti Malaysia disebabkan meningkatnya beban akibat kerancakan perkembangan ekonomi dan transisi epidimiologi.

“Di Malaysia, 10,000 kes baru dikesan setiap tahun di mana 50 peratus daripadanya memerlukan penjagaan sepenuh masa akibat hilang upaya diri kekal,” katanya pada majlis anjuran bersama Boehringer Ingelheim, Majlis Strok Malaysia dan Majlis Neurosains Malaysia baru-baru ini.

Jenis angin ahmar terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Iskemia dan pendarahan. Iskemia biasanya diakibatkan oleh bekuan darah yang melekat pada salur darah (trombosis), atau oleh bekuan darah yang bebas (embolisme). Pendarahan pula boleh berbentuk pendarahan dalam otak atau di bawah membran tengah antara tiga membran di dalam otak. Hampir 80 peratus daripada semua angin ahmar diakibatkan oleh Iskemia.

Beza usia bagi mereka yang mengalami serangan otak di rantau Asia dengan bangsa kulit putih juga mengejutkan iaitu mengikut kajian, orang Asia mengalami masalah ini 10 tahun lebih awal berbanding orang kulit putih.

“Keadaan ini amat membimbangkan, ketika ia melanda populasi kulit putih pada usia lanjut, sebaliknya di Asia ia dialami peringkat umur yang masih muda dan produktif serta punya tanggungan keluarga,” katanya menambah satu lagi faktor meningkatnya jumlah angin ahmar akibat tabiat melengah-lengahkan rawatan kerana serangan tidak serius dan lebih selesa berjumpa bomoh mahupun berubat sendiri.

Bila serangan lebih serius berlaku, semuanya sudah terlambat kerana pesakit hanya punya masa tiga hingga empat jam untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Selain itu faktor tidak tahu tanda awal, tinggal sendirian, jauh dari hospital, kesesakan lalu lintas dan hospital tanpa kemudahan yang lengkap menjadi antara penghalang.

75 peratus pesakit datang lewat ke hospital, 65 peratus tidak tahu mengenai tanda awal, 78 peratus bergantung pada keluarga seperti tunggu anak balik, dapatkan pendapat lain dan sebagainya. Angin ahmar mengambil masa yang lama untuk menyerang untuk itu, pencegahan harus bermula dari peringkat awal seperti melakukan aktiviti fizikal, selain mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Info: Kenali angin ahmar dengan F.A.S.T

Face - cuba senyum, jika sebelah muka seakan bengkok atau jatuh individu ini mungkin mengalami angin ahmar

Arms - angkat kedua belah tangan, jika ada kesukaran dengan salah satu, ia mungkin satu petanda.

Speech - cuba bercakap. Jika sebutannya tidak jelas atau tidak boleh bercakap, ia juga satu tanda

Time - sekiranya mana-mana satu simptom ini muncul, hubungi 911 segera bagi memastikan pesakit tiba di hospital dengan pantas.

Cegah Angin Ahmar dengan:
Kawal kencing manis
Kawal tekanan darah
Kawal tahap kolesterol
Berhenti merokok
Bersenam.

Tips Menguruskan Badan

Berikut ini disenaraikan 10 tips bagaimana anda boleh menguruskan badan dan mengawal berat badan anda tanpa menggunakan ubat/bahan kimia. Jika anda mengamalkan apa yang disarankan, saya yakin pasti anda dapat merasai kesannya.

1. Jangan Berlapar
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. Elakkan minum minuman yang bergas
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. Kurangkan pengambilan garam

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam
bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. Ambil sarapan pagi
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan peng ambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. Makanlah dengan perlahan-lahan
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Kerap makan
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit ;daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Elakkan makan makanan ringan/ snek/ cekedis
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

Berikut ini disenarikan 15 lagi tips untuk kuruskan badan anda secara semulajadi tanpa menggunakan apa-apa ubat/bahan kimia.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah .

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitami n, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
* Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
* Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,kemudia n sambunglah denagan menaiki lif
* Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
* Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
* Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Tips Memilih Kemeja Untuk Lelaki

Kemeja bukan hanya sekadar sehelai pakaian harian yang biasa. Ia mampu memberi impak terhadap penampilan. Ke pejabat, menghadiri mesyuarat penting mahupun majlis formal. Namun tak ramai di antara kita tahu memilih kemeja sesuai untuk aktiviti harian di pejabat.

Perlu diingat, setiap orang mempunyai bentuk tubuh dan personaliti berbeza, dan ini membuatkan seseorang itu kelihatan berbeza. Banyak perkara yang perlu kita tahu tentang sehelai kemeja. Ini termasuklah kualiti, stail dan perinciannya. Tips berikut membantu kita semua memilih sehelai kemeja yang tepat.

1. Kolar
Kolar merupakan bahagian perincian kemeja yang sangat penting kerana ia menentukan keserlahan wajah ketika memakainya. Sebagai contoh, lelaki berwajah kecil perlu mengelak memakai kolar lebar kerana kolar saiz tersebut akan menenggelamkan wajah. Lelaki bermuka besar pula perlu mengelak memakai kolar narrow yang boleh menampakkan wajah menjadi lebih besar.Biasanya saiz kolar kemeja antara 14,14 ½, 15 dan 16 inci. Saiz kolar yang sesuai bergantung pada dimensi di bawah halkum.

2. Manset (cuff)
Penting untuk anda tahu manset atau cuff pada sehelai kemeja.Terdapat dua jenis cuff yang biasa dipakai iaitu French cuff dan Barrel cuff. Bagi kemeja French cuff, memerlukan pemakai menggunakan kafling pelbagai bentuk yang dimasukkan ke dalam lubang butang pada pergelangan lengan kemeja. Manakala Barrel cuff telah diletakkan butang pada pergelangan lengan kemeja. Kemeja jenis ini yang paling biasa di pakai untuk ke pejabat.

3. Fabrik
Setiap fabrik yang digunakan untuk kemeja menentukan kualitinya dan dapat mencipta tekstur. Anda perlu tahu memilih fabrik kemeja yang bersesuaian dengan keadaan cuaca setempat. Fabrik kapas adalah paling sesuai untuk cuaca panas. Kini fabrik campuran kapas dan fiber sintetik (polister, rayon dan nilon) semakin popular. Anda juga perlu tahu, setiap fabrik yang digunakan untuk kemeja menentukan sama ada ia sesuai untuk pemakaian formal atau tidak. Kapas antara fabrik paling sesuai untuk kemeja formal. Mengetahui jenis-jenis fabrik ini membolehkan kamu membuat pilihan yang betul sesuai dengan gaya hidup.

4. Corak
Ramai lelaki tidak berani bermain dengan kemeja yang mempunyai corak. Kemeja bercorak membenarkan kita mencipta stail tersendiri dan disuaipadankan dengan aksesori tertentu. Kemeja bercorak dengan latar belakang putih biasanya lebih formal berbanding yang berwarna. Kemeja dengan corak garisan juga lebih sesuai untuk sesuatu upacara. Manakala corak kekotak kecil dan renggang akan memberikan kesan lebih bergaya berbanding dengan corak kekotak yang lain seperti Windowpane dan Pastel.

5. Warna
Pilihan kemeja warna biasa seperti biru dan putih nampak membosankan. Kita boleh memilih untuk memakai kemeja berwarna seperti kuning, jingga, merah atau sebagainya. Namun perlu diingat, pilihan warna lembut atau pastel adalah yang terbaik. Warna sebegini lebih formal berbanding warna terang yang lebih sesuai untuk pemakaian kasual. Satu perkara penting juga yang mesti anda tahu adalah pemilihan warna harus bersesuaian dengan warna kulit dan rambut anda.

6. Saiz
Perkara penting yang mesti anda tahu dan pastikan sebelum membeli sehelai kemeja adalah saiznya. Adakah saiz yang anda pilih sepadan dengan saiz tubuh anda? Adakah ia terlalu kecil atau terlalu besar? Kini terdapat pelbagai jenis potongan kemeja. Slim fit antara yang semakin popular berbanding potongan klasik. Untuk anda berbadan besar, pilihlah saiz yang sepadan. Saiz terlalu besar membuatkan anda kelihatan lebih besar. Bagi mereka yang agak berotot, slim fit membuatkan anda tampil segak bergaya.

Tips Memilih Pakaian Untuk Wanita

Setiap wanita pasti pernah mengalami situasi ini. Setiap kali melihat supermodel memperagakan fesyen terkini, hati terdetik, “mengapa aku tidak dikurniakan bentuk badan menawan sepertinya?”
 
Sebenarnya setiap wanita dilahirkan sempurna, bergantung kepada cara anda melihat diri sendiri. Selain itu, anda juga harus bijak memilih pakaian yang sesuai dengan potongan badan. Setiap helai pakaian yang disarung ke tubuh badan memberikan impak yang berlainan. Oleh itu, pemilihan pakaian yang tepat membantu menyerlahkan penampilan supaya tubuh badan terlihat sempurna pada pandangan mata. Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan agar pakaian yang dikenakan terlihat serasi dengan bentuk badan. Panduan berikut mungkin berguna untuk penampilan anda.
 
Pemilihan warna pakaian
Perkara asas yang perlu anda tahu dalam pemilihan pakaian ialah memilih warna yang sesuai dengan kulit. Sekiranya anda berkulit cerah pasti mudah memilih warna pakaian yang sesuai, tetapi bagaimana jika anda memiliki kulit berwarna gelap? Semak tip berikut supaya anda tidak salah memilih warna.
 
1. Jika anda berkulit cerah (putih) jangan sesekali mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink.
2. Jika anda berkulit kuning langsat warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru merupakan pilihan yang terbaik.
3. Jika anda berkulit sawo matang pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda terlihat lebih menarik.
4. Jika anda berkulit gelap, warna-warna tanah yang lembut merupakan pilihan tepat untuk pakaian anda.
 
Jangan Lupa :
Menyesuaikan warna pakaian dengan waktu dan tempat. Warna gelap untuk acara formal sedangkan warna cerah untuk acara informal. Sesuaikan warna dengan karakter. Kalau anda ingin menyerlahkan sifat feminin, pakailah pakaian yang terdiri daripada warna-warna pastel. Sebaliknya, jika ingin ingin menarik perhatian orang ramai, pilih pakaian yang berwarna terang.
 
Jangan sesekali :
Nekad menggunakan pakaian yang berwarna terlalu kontra dengan kulit. Contohnya, anda berkulit hitam dan mengenakan pakaian yang berwarna merah jambu terang. Penampilan anda akan terlihat berat sebelah dan kelihatan hodoh! Selain itu, anda juga tidak boleh mengenakan aksesori dari rambut hingga kaki yang warnanya tidak senada dengan warna baju yang dikenakan.
 
Pemilihan seluar panjang
Bagi yang mempunyai tubuh badan berisi cubalah mengenakan seluar panjang yang boleh memberi ilusi tubuh yang lebih tinggi dengan mengenakan seluar panjang berpotongan ‘wide-leg’ dan mempunyai ‘details’ seperti bergaris vertikal. Sebaliknya, hindari seluar yang berpotongan ketat. Untuk menyembunyikan pinggul yang berisi pula pilihlah seluar panjang bepotongan full-cut (melebar mulai dari pangkal paha hingga ke hujung seluar) dan hindari seluar panjang berpotongan ‘baggy’ atau yang tirus di bahagian hujung.

Sekiranya anda mempunyai sepasang kaki yang pendek, pilihlah seluar panjang berpotongan lurus atau ‘wide-leg’. Jangan tergoda dengan seluar berpotongan singkat kerana ia membuatkan kaki anda terlihat semakin pendek. Seluar panjang yang bercawat pendek adalah pilihan tepat bagi mereka yang memiliki badan yang pendek. Bagi yang mempunyai badan yang panjang, pilihlah seluar panjang yang mempunyai potongan pinggang yang tinggi.

Bagi anda yang memiliki punggung berisi, jangan ragu-ragu memilih seluar panjang berpotongan penuh. Selain itu, anda juga boleh menyembunyikan bentuk punggung dengan memakai seluar yang berpoket di belakang. Akhir sekali, bagi yang tergolong dalam kumpulan individu yang tidak berpinggang (boy’s figure), pilihlah seluar panjang berpotongan lurus dengan poket di bahagian sisi. Jangan sesekali memakai seluar panjang ketat atau mengecil di bagian hujung.

Tip berpakaian untuk tubuh berisi
Memiliki tubuh pendek dan mungil, kadangkala menimbulkan masalah ketika ingin memilih pakaian yang sesuai. Namun ini tidak bererti masalah itu tidak boleh diatasi. Ada beberapa trik yang boleh dimanfaatkan untuk membuatkan tubuh badan terlihat lebih tinggi dan langsing:-

* Kenakan baju atau blaus yang kemasannya menarik mata untuk turun secara vertikal. Kolar berpotongan ‘V’ merupakan pilihan yang baik.
* Masukkan baju atau blaus ke dalam seluar panjang supaya kaki anda kelihatan lebih panjang dan tentu saja anda akan tampak lebih tinggi.
* Pilih pakaian yang betul-betul sesuai dengan tubuh badan. Pakaian yang terlalu longgar seperti jaket yang besar akan membuatkan anda kelihatan lebih besar daripada saiz badan yang sebenar.
* Kenakan pakaian dengan motif atau corak yang bergaris vertikal.
* Jangan takut mengenakan skirt pendek. Sebaliknya hindari skirt yang labuhnya melepasi lutut atau sehingga betis. Pemakaian sebegini akan membuatkan tubuh badan seperti terpotong dan akibatnya anda tampil lebih pendek.
* Jangan lupa mengenakan kasut bertumit tinggi.

7 Tip berpakaian yang mesti anda tahu:
1. Pakaian yang menggunakan warna gelap akan menimbulkan kesan ramping pada tubuh badan.
2. Baju tanpa lengan, berleher tinggi (turtleneck), sangat sempurna untuk meminimalkan dada yang besar.
3. Tidak ada kata ‘maaf’ untuk garis seluar dalam yang kelihatan. Carilah trik agar garis seluar dalam anda tidak kelihatan. Salah satu caranya, gunakan seluar dalam berpotongan ‘G-string’.
4. Satu lagi adalah tali coli. Ia tidak seharusnya diperlihatkan. Sediakan coli tanpa tali, yang dapat digunakan ketika anda mengenakan baju atau gaun tanpa lengan atau bertali halus.
5. Sebaiknya gantilah kasut lama anda, kasut yang sudah terlalu lama mempunyai warna yang pudar dan ini akan merosak penampilan.
6. Kasut dengan tumit yang sangat rendah sukar untuk dipadankan dengan gaun atau kemeja. Bagaimanapun, ia baik untuk kesihatan kaki.
7. Anda beruntung jika memiliki leher yang jinjang. Ini kerana bentuk leher seperti ini sesuai untuk baju yang berkolar tinggi. Jika leher anda sedikit lebih pendek, pakailah rantai atau kalung yang akan memberi kesan lebih cantik.

Tisp Dan Petua Menghafal al-Quran

Beberapa petua menghafal ayat-ayat al-Quran Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman di dalam kitabsuci al-Quran di dalam surah al-Fatir (35:29) yang membawa maksud ,"Those who recite the Book of Allah,establish regular prayer, and spend (in charity) out of what We have provided for them, secretly andopenly, hope for commerce that will never fail".

Abdullah Ibn Amr Ibn Al-As RA telah meriwayatkan:Rasullullah SAW telah bersabda, "The onewho was devoted to the will be told on the Day of Resurrection: `Recite and ascend (in ranks) as youused to recite when you were in the world. Your rank will be at the last Ayah you recite." [Abu Dawud andAt-Tirmidhi]. Qur'an

Hadis ini telah menyebut tentang ganjaran yang diperolehi oleh orang- orang yang menghafal sebahagianataupun seluruh daripada al- Quran.Sebahagian para ulama dalam mentafsirkan hadis ini telah menyebutbahawa jumlah tingkatan di syurga adalah bersamaan dengan jumlah ayat di dalam al-Quran dan seorangmuslim akan menaiki satu tingkatan syurga bagi setiap satu ayat yang beliau telah menghafalnya.

Di dalam hadis yang lain, Othman bin Affan RA telah meriwayatkan bahawa rasullullah SAW bersabda, "Thebest amongst you is the one who learns the and teaches it." [Al-Bukhari]. Qur'an

Berikut disenaraikan beberapa petua untuk menghafal ayat-ayat al- Quran.

a) Pertama,mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana sesungguhnya dosa-dosatidak akan memberi ruang untuk ayat-ayat bertapak di hati manusia.Imam Al-Shafie di dalam satupetikan sajaknya yang terkenal mengadu kepada gurunya akan dirinya yang agak sukar untuk menghafal denganbaik.Gurunya lalu menasihatinya agar meninggalkan dan bertaubat akan segala dosa- dosanya. Quran

b) Mempunyai niat yang benar dan percaya akan balasan baik yang akan diperoleh seperti yang dinyatakan didalam hadis di atas.Mintalah bantuan Allah dengan seikhlas hati untuk sentiasa memudahkan kita menghafalayat-ayat suciNya.

c) Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang beberapa hari) untuk menghafal ayat-ayatQuran.Masa yang paling baik adalah pada waktu yang kita tidak sibuk dengan hal-hal lain.

d) Gunakan naskah yang sama setiap kali kita menghafal.Ini membantu minda kita menangkap dan mengingat apa yang terdapat pada helaian muka surat yang kita ingin hafal.(mind snapshot) Quran

e) Mulakan dengan surah-surah yang paling mudah bagi kita.Ramai yang menyarankan agar hafalan bermula dengan lima juzu' terakhir( bermula dengan juzu' 30,juzu' 29 dan seterusnya)

f) Hafalan juga boleh dimulakan dengan surah-surah yang paling kita gemar membacanya atau yang selalu kita dengar ataupun yang kita sudah biasa dan sudah pula ingat sebahagiannya.

g) Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita menghafalnya.Semakin kita berumur, kita akanlebih sibuk dengan pelbagai urusan dan kemampuan untuk mengingat juga semakin berkurangan. Walaubagaimanapun,walau berapa pun umur kita, kita masih belum terlambat sebenarnya,insya Allah. Walaupun kita tidak pernah menghafal ayat-ayat pada usia kecil atau pada masa usia remaja, namun kita masih lagi berpeluang menghafalnya jika kita mahu.

h) Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam solat-solat sunat yang biasa kitalakukan.Selain itu,mintalah bantuan rakan-rakan ataupun pasangan kita untuk mendengar bacaan hafalan ayat-ayat itu .

i) Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang baik apatah lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan di antara satu sama lain.Sebagai ibu bapa pula,apa salahnya mewujudkan pertandingan di antara anak-anak dan memberi hadiah pada siapa yang berjaya menghafal dengan baik.

11 Titik Rahsia Wanita

11 Titik Rahsia Wanita Yang Perlu Lelaki Ketahui Suami hanya menyentuh di daerah sekitar dada dan paha? Aduh, dia wajib baca tulisan ini. Perempuan punya banyak titik peka yang wajib dieksplorasi bukan hanya sekwilda (sekitar wilayah dada).

Tangan dan kaki, jika disentuh secara tepat akan menghasilkan sensasi tiada duanya.Wow!

Dari kepala ke kaki, itulah wilayah peka wanita, sayangnya banyak lelaki yang tidak mengetahui itu. Sebahagian besar lelaki cepat menginginkan pasangannya berbaring di tempat tidur dengan kaki terbuka lebar dan meninggalkan bahagian tubuh lain. Kuno sekali!

Inilah saatnya lelaki fokus pada bahagian tubuh pasangan yang selama ini mungkin terabaikan. Minta si dia melakukan sesuatu yang berbeza kali ini.
Jika dia belum tahu wilayah mana yang peka terhadap sentuhan, tunjukkan sahaja tulisan ini padanya. Selamat mencuba!

1.Kepala
Minta pasangan menggunakan hujung jari dan tengah-tengah jari untuk mengelus pelipis Anda. Kemudian, gunakan tangan untuk memainkan rambut sebelum dia menggunakan hujung jari untuk memicit kepala. Lakukan perlahan-lahan. Rebahkan kepala Anda di pangkuan sementara dia melakukan picitan untuk bersantai dan reaksi yang apresiatif.

2.Leher
Tidak masalah menggunakan tangan atau mulut. Sebahagian besar wanita
menyenangi saat pasangan mengeksplorasi bahagian leher, baik dengan mengelus, mencium atau mengucup ringan. Ciuman dan kucupan daerah sekitar leher dijamin menghasilkan sensasi luar biasa.

3.Punggung
Minta pasangan mengucup mulai rambut kepala sampai ke punggung sementara tangan merangkul pinggang.

4.Paha
Minta pasangan mengeskplorasi paha bahagian dalam dan luar, serta menghindari organ genital, dengan tangan atau mulut. Jangan cuba menggigitnya. Kucup daerah antara labia luar dan kemudian selesaikan sampai paha bahagian atas dengan lidah.

5.Belakang lutut
Anda telentang, angkat kaki, sandarkan di tubuh pasangan. Minta dia menyelusuri lutut bahagian dalam. Cium dan kucup perlahan-lahan area tersebut dan sekitarnya.

6.Tangan
Pegang tangannya dengan telapak saling berhadapan dan gunakan kedua jari untuk meraba telapak tangan dengan lembut. Usahakan dia meraba seluruh permukaan tangan anda. Letakkan jari tengah di mulut pasangan dan isap perlahan-lahan. Lakukan hal yang sama terhadap suami Anda.

7.Pergelangan tangan
Pegang tangan dengan telapak tangan berhadapan, dan gunakan hujung jari untuk menyusuri pergelangan tangan. Setelah beberapa minit mengelus, gunakan bibir, gigi dan lidah untuk mengucup dan gigit perlahan-lahan bahagian dalam pergelangannya.

8.Telinga
Sampailah ke telinga dan bisikkan sesuatu seperti, "malam ini adalah malam milikmu". Minta dia mencium bahagian atas telinga, gigit perlahan-lahan. Jangan terlalu keras nanti akan sakit!

9.Perut
Minta si dia memeluk pinggang Anda dengan kedua tangan dan hirup aromanya ketika hidung dekat dengan perut pasangan. Minta dia mencium perut dari hujung satu ke hujung yang lain, dan secara tiba-tiba biarkan lidah menjilatinya.

10.Pergelangan kaki
Tak peduli Anda tengah bercinta atau memulai foreplay, tempatkan pergelangan kaki di bahu pasangan. Minta dia menyentuhnya. Elus salah satu dengan tangan dan cium dari satu sisi ke sisi lain.

11.Kaki
Minta si dia mengelus atau memicit ringan dengan minyak picit atau krim.Letakkan di telapak kaki, perlahan-lahan naik ke ibu jari kemudian ke tumit.

Pelbagai Petua Untuk Suami

A. Petua menjaga hati isteri
1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.
2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah
3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.
4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-
tempat yang indah.
5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain
6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.
7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.
8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.
9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.
10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.
11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah
12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.

B. Petua mencurahkan jalinan kasih
1. Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri
2. Buktikan kasih sayang daripada suami - Hadiah dan penghargaan - Senyuman - Perbualan mesra - Gurauan - Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah - Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain
3. Sentuhan sayang - Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan tujuh hari sekali. - Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan kepada isteri apabila dirangsang suami.
4. Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat - Suami sebagai contoh bagi isteri - Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri - Suami sebagai tempat bergantung - Sumber semangat dan kekuatan - Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa
5. Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami.


C. Petua mengetahui cinta pasangan hidup
Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap seperti di bawah ini, itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam :

1. Isteri mencintai kita dengan sesungguhnya biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap suaminya. Suami tidak akan menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat menyintai sedangkan pada masa yang lain, ia berubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada suami baik tentang gaya dan sebagainya.


2. Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian khusus antara sesamanya. Selalu berbincang, humor serta selalu membuat sikap-sikap yang lucu. Suami isteri selalu saling mendorong untuk menjaga badan dan kesihatan.

3. Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjuk kan cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari Membantu menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga secara bersama.

4. Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti sayang atau I love you ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan.

5. Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, ia tidak akan melukai atau menyakiti hati suaminya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti "Kamu tidak pandai mengurus badan." atau "Kamu terlalu gemuk atau kurus." serta ungkapan-ungkapan lain.

6. Pasangan yang saling mencintai, apakah isteri sangat menyintai suami atau sebaliknya, akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata-kata maupun perbuatan.

7. Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik, dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.

8. Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka rasakan dan nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah kejayaan.

9. Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong setiap perbicaraan suaminya. Ia baru akan berbicara bila diminta untuk memberi cadangan.

10. Suami isteri sanggup menerima kekurangan-kekurangan di antara mereka. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya lantaran suami pandai mencari harta dan wang.
11. Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara sesama mereka. Tetapi selalu membahagikan rasa suka dan duka untuk
diselesaikan bersama.

12. Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara yang dapat merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing- masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumahtangga ketika suami sedang letih akan menimbulkan kemarahan suami.

D. Petua menjadi lelaki pilihan

Ciri-ciri lelaki pilihan
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu
8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik
10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
11. Berhemah tinggi dan cermat
12. Sentiasa tenang dan waspada
13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isteri.

Lelaki pilihan wanita
1. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab
2. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
3. Berpendirian teguh
4. Bersikap terbuka dan matang
5. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
6. Mempunyai sifat kepemimpinan.
7. Boleh berbincang dan berterus terang
8. Penyabar
9. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas
10. Cerdik dan bijaksana
11. Peramah dan mesra
12. Kerjaya yang terjamin
13. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

E. Petua menghadapi pertengkaran

Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar sama sekali semenjak hidup bersama kera hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang sendirian.
Hakikat Pertengkaran

1. Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan.

2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya.

3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah Perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang.

4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.

5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar.

6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.

Petua-petua menghadapi Pertengkaran
1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesai kan masalah secara bersama.

2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain dimasukkan sama lerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana,

3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan
sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar.

4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti: "Ini semua salah kamu... !", "Engkau bodoh... !", " Engkau selalu melakukan kesalahan... !" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu... ", "Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya... " dan lain-lain.

5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.
6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalaspertengkaran kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.

7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.

8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kena ini akan menjadikan anak- anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud banyak lagi masalah lain.

F. Petua memilih wanita idaman atau perempuan

Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai dengan
keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan diri dengan
pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya.
Calon-calon isteri pilihan.
1. Wanita yang solehah
2. Wanita yang boleh melahirkan anak
3. Wanita yang bukan keluarga terdekat
4. Wanita yang berakal.

Tips Berdepan Dengan Suami Sensitif & Pemarah

Ego seorang suami ada kala sering disalahgunakan sehingga menyebabkan keruntuhan rumah tangga. Lebih menyedihkan lagi jika ia hanya berpunca daripada masalah kecil yang tidak sepatutnya menjadi punca perbalahan. Tambah menakutkan jika ada suami yang sanggup memukul isteri apabila berasa egonya tercabar.

Lelaki pemarah biasanya tinggi egonya. Mereka jarang rasa bersalah biarpun tidnakan mereka melukakan hati si isteri. Keadaan seperti ini sudah pasti menyukarkan bagi sesebuah perkahwinan apatah lagi, jika pasangan berdepan dengan masalah seperti kesuburan dan sukar menimang cahaya mata. Sekiranya anda berada dalam situasi sebegini, anda perlu lebih berstrategi untuk berdepan dengan suami yang ego dan lekas marah apabila diajak berbincang.

Perlu diingat, antara topik yang sukar dibincang oleh pihak suami ialah berkenaan seks dengan isteri, kesuburan ataupun masalah kelelakian. Ada sesetengah suami boleh mengugut menceraikan isteri kerana masalah sebegini. Jadi, bagi membantu anda berdepan dengan situasi sebegini, pihak isteri perlu bijak memilih pendekatan bagaimana caranya berdepan dengan mereka.

Tindakan anda mendiamkan diri kerana takut dimarahi suami hanya membebankan lagi masalah tersedia ada. Jika anda ingin berbincang mengenai topik sensitif berkaitan dirinya, pastikan ia dilakukan mengikut masa dan mood yang sesuai.

Terdapat beberapa panduan boleh dipraktiskan:

1. Elak berdebat atau kemukakan pandangan anda di saat suami sedang beremosi. Tindakan anda mungkin sia-sia sahaja malah boleh mengundang padah apabila si suami semakin marah kerana rasa ditentang atau dicabar oleh isteri sendiri. Akibatnya, si isteri boleh terikut-ikut menjadi 'panas' sehingga berlakunya pertelingkahan. Jika berlarutan, psikologi si isteri boleh terganggu dan pernikahan juga akan terancam. Sebaiknya dalam situasi ini, anda perlu sedikit mengalah atau mengambil sikap tidak mempedulikannya dulu.

2. Langkah yang baik adalah mengajaknya berbicara untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Lakukan saat kemarahannya sudah reda. Gunakan gaya bicara yang halus agar emosinya tidak 'naik' lagi. Mungkin anda boleh berbincang sambil mengurut-urut badan suami selepas pulang kerja ataupun ketika menonton bersama. Yang pasti pilih masa dan mood yang baik!

3. Suami pemarah lebih suka berterus-terang. Salah satu aspek positif yang terdapat pada suami panas baran ataupun pemarah ialah sikap suka berterus-terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Hanya sayangnya, cara mereka mengungkapkan lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia sesuatu daripadanya.

4. Apabila suami memberi pandangan yang agak keras, anda perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk anda. Dan ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemah diri anda. Tidak guna terlalu emosi dengan kata-kata suami terhadap anda. Walau mengalir air mata sekalipun si suami pemarah biasanya sukar mengubah pendapatnya dan lebih buruk lagi, mereka tidak akan berasa bersalah sedikitpun!

5. Cuba fahami latar belakang suami anda. Individu yang memiliki sifat 'temperamental' biasanya mudah terpancing kemarahannya oleh situasi atau keadaan di luar keinginananya. Hanya kerana tersilap kata ataupun nada suara yang salah sahaja sudah boleh mengundang pertengkaran. Menurut penulis buku ‘The Complete Idiot's Guide to Body Language', Dr Peter Andersen, sifat pemarah ataupun panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh pola asuhan dalam keluarga juga mempunyai kaitan kepada sifat pemarah individu berkenaan.

6. Justeru itu, pastikan keadaan rumah tangga anda berdua berada dalam keadaan menyenangkan agar suami anda berasa nyaman dan tidak mudah marah-marah seperti berada dalam keluarganya dulu. Cuba dapatkan lebih banyak maklumat mengenai apa yang menyebabkannya gembira dan sebaliknya yang membuatnya kesal dan marah.

Tips Memulakan Solat Setelah Lama Meninggalkannya

Tidak dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat. Tapi saya percaya ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya. Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar atau pun tidak. Yang nyata, aku tidak pernah berasa benci atau marah kepada mereka yang tidak mengerjakan solat, apatah lagi untuk memandang hina golongan ini.

Kerana solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan. Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya. Namun begitu, janganlah kita berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Untuk mengingatkan diri saya sendiri dan para pembaca, izinkan kami berkongsi panduan tentang teknik motivasi memulakan solat setelah lama meninggalkannya.

1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.

Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.

2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.

Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.

3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.

Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE - Just do it!
4. Buat nota peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).

Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.

Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.

Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib
Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.

7. Tingkatkan imaginasi
Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.

10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan
Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.

Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?

11. Berfikir secara positif
Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.

Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.

Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.

Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.

13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.

Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat
Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.

Kesimpulan
Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.

Sama-samalah kita saling memperingati sesama Islam.
Wallahu a'lam.

Tips Mengikut Isteri Shopping

1. Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika dia terhibur, barang yang dia akan beli lebih "masak" proses dia membuat keputusan. Jika niat ini benar-benar dari hati kita, ia terpancar ke muka kita walau pun ada seketika timbul perasan menyampah.. tetapi kuasa niat tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti. Teruskan niat ini disepanjang sesi shopping ini bahawa "sebagai suami, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala".

2.Kosongkan aktiviti kita pada hari itu melainkan semata-mata untuk bersamanya. Jangan ada sekali-kali temujanji dengan sesiapa selepas shopping. Kerana, waktu "kecederaan" yang diambil oleh isteri ini, biasanya, melebihi 20-50% dari yang dijanjikan. Yang dibimbangkan nanti ialah orang yang dijanji telah menunggu tetapi isteri masih beratur berbaris di kaunter bayaran.. Akhirnya kemanisan yang dikecapi selama 4 jam tadi tercemar dengan kelewatan isteri 4 minit.

3. Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama. Terhindar dari gangguan.

4. Semasa berkereta atas dalam perjalanan ke komplek membeli belah..eloklah tanyakan kepada isteri ... apa barang yang ingin beli, apa kriteria, apa jenis, apa alternatif yang boleh dia terima jika kehendak pertama tidak ditemui.. julat harga yang dijangkakan.. (jangan terkejut dia akan keluar berjela senarai perbandingan harga bagi satu jenis barang.. termasuk jenis barang yang sama yang terdapat di England sekali).. Ini akan menyebabkan isteri itu lebih bersedia dan lebih melonjak keseronokannya.

5. Tiba di kedai tu..buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari barang yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan dia sendirian sambil kita pula merayau kedai lain.

6. Kalau dia meminta "second opinion" dengan kata-katanya, "Pelek tak abang kain ni untuk saya"... ?berilah pandangan dengan kata- kata, "Pada pandangan abang ... .." Jangan terus kata, "OK" .. Lawa.. kemudian senyap.

7. Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini mengecewakannya. Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai astetiknya. Sebab faktor harga adalah penilaian terakhir bari mereka. Mereka sanggup berbelanja lebih jika barangan itu memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

8. Mata tu jangan terlampau sangat menjeling wanita-wanita lain yang sedang shopping. Dia nampak tau. Tapi kita dibolehkan mengusik jurujual wanita-wanita tu dengan alasan untuk membantunya mendapatkan barangan kehendaknya.

9. Bila tiba dirumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang telah dibeli tadi. pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia kerana bijak memilih barangan itu.

10 PERHATIAN: sebelum isteri kita mencuba pakaian luar atau dalam di tempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai-kedai itu, kita hendaklah masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik kecik itu agar bebas dari WIRELESS CAMERA. Kita bimbang ada orang merakam dan menyebar ke dalam internet. Malu dia dan kita.[/color] Selamat mencuba dan semoga anda menjadi suami yang romantisi lorong- lorong komplek membeli belah...

10 Cara Memenangi Hati Mertua

10 Cara Memenangi Hati Mertua

"Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi miliknya.Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai isterinya yang sah.Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya."

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.

Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang 'mulut lepas', anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.

Tips Memberi Susu Formula Kepada Bayi

Apabila anda ingin memberikan susu formula kepada bayi, sebaiknya anda bertanya kepada doktor atau pakar penyusuan tentang susu formula yang baik bagi bayi anda.

Walau apa jenis susu formula yang anda gunakan, pastikan anda membaca labelnya dengan teliti. Teliti juga pada tarikh luputnya setiap kali membuat pembelian. Jangan sampai anda membeli susu yang sudah 'expired'!

Kemudian, pastikan juga botol dan segala peralatan membuat susu adalah bersih. Cuci botol, puting, sudu dan alatan-alatan lain dengan baik sebelum menggunakannya. Kemudian bilas botol tersebut dengan baik. Seeloknya rebus peralatan tersebut selama lebih kurang 5 minit dalam bekas yang tertutup.

Untuk menyiapkan susu, rebuslah air dan biarkan hingga mendidih sekitar 5 minit. Sejukkan sedikit air panas tersebut sebelum mencampurkannya dengan susu formula. Ketika memberi susu formula kepada bayi, pastikan kedudukan kepala anak anda lebih tinggi daripada perutnya. Jangan sekali-kali menegakkan botol susu, takut-takut bayi pula tersedak. Selalulah menmeluk atau meribakan bayi anda ketia memberi susu formula dan buangkan susu yang selebihnya setelah selesai.

Pemberian susu formula kepada bayi ini sebenarnya lebih dari sekadar untuk menghilangkan rasa lapar bayi. Dengan meluangkan waktu untuk memberikan susu botol kepada bayi anda, itu sahaja sudah membuktikan anda sedang meluangkan waktu untuk menjalin ikatan yang erat sekaligus belajar mengenalnya dengan lebih jauh.

Malah, anggota keluarga lain juga boleh memberikan susu kepada bayi anda untuk menjalinkan ikatan dengan bayi dan juga bermain dengannya.

Namun ingat, susu ibu juga yang terbaik bagi bayi anda. Sebolehnya, bagi ibu-ibu yang memberikan susu botol kepada anak anda, berilah juga susu ibu di waktu malam kerana masa anda lebih terluang di waktu itu. Mudah-mudahan dipermudahkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...