Ads 468x60px

-
Showing posts with label Dunia Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Dunia Hiburan. Show all posts

Monday, 9 April 2012

PENAMPILAN NAJWA LATIFF DI ABPBH DI KRITIK ???


Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) baru sahaja melabuhkan tirai semalam dengan memperlihatkan aktor kacak,Aaron Aziz muncul sebagai artis paling popular.Sudah menjadi lumrah,dalam majlis-majlis keramaian seperti majlis anugerah itu akan ada pihak-pihak yang menjadi mata-mata untuk melihat penampilan bagi setiap artis yang muncul pada malam itu.

Penyanyi muda,Najwa Latif sendiri tidak terlepas dari menerima kritikan dari pelbagai pihak termasuklah peminat-peminat industri seni tanah air.Pada malam anugerah itu berlangsung, Najwa memperagakan pakaian rona merah jambu terang yang direka oleh Wan Huzairil.Ditambah dengan pemakaian selendang berwarna kelabu berkilat di kepalanya, penyesuaian itu tidak menaikkan seri atau tanda tarikan pada dirinya.



Bukan itu sahaja,sewaktu penyanyi muda yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku itu membuat persembahan nyanyian bersama artis lelaki,Black di atas pentas,para penonton sekali lagi terkejut dengan penampilan ‘pelik’ Najwa.Najwa dilihat memakai baju seperti ‘rompers’ berwarna merah terang bermotif corak bunga warna hitam menampakkan fesyennya sedikit ‘keliru’ dan ‘kelam-kabut’.

Sejurus selepas persembahannya muncul bersama Black,ramai peminat yang mengkritik penampilan Najwa di ruangan sosial Twitter yang rata-ratanya tidak‘berkenan’ dengan penampilan Najwa.Selain itu,beberapa orang artis lain turut tampil memperagakan pakaian yang pelik seperti Didie Alia yang diberi gelaran Lady Gaga Malaysia dan Fifie Natasya yang merupakan pelakon baru dalam drama Vanilla Coklat - MyNewsHub

Friday, 6 April 2012

Budak 10 Tahun Dah Jadi Ibu

 
BOGOTA - Ini berita yang amat mengejutkan! Di saat rakan-rakan sebayanya masih bermain dengan anak patung, seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun di Colombia telah pun menjadi ibu kepada bayi perempuan seberat 2.3 kilogram.

Kanak-kanak puak peribumi Wayuu, yang tinggal di Semenanjung La Guajira, utara Colombia itu, dikejarkan ke hospital selepas sakit perut kerana kontraksi dan terpaksa menjalani proses kelahiran secara pembedahan Caesarean.

Doktor berkata, kanak-kanak itu tiba di hospital dalam keadaan pendarahan serta meraung kesakitan kerana kontraksi yang dialaminya, malah usia kandungannya mencecah 39 minggu berbanding usia kandungan normal iaitu 38 minggu.

Pihak polis mungkin boleh mendakwa bapa ibu muda itu kerana membenarkan seks bawah umur, tetapi kaum Wayuu diberi beberapa perlindungan membenarkan mereka mengekalkan kedaulatan dan warisan budaya tertentu termasuk melahirkan anak di usia sangat muda.

Di samping itu, masyarakat masih membisu dalam mendedahkan identiti si bapa bayi itu walaupun akhbar-akhbar Colombia mengeluarkan spekulasi bahawa suspek merupakan seorang remaja lelaki berumur 15 tahun, selain percaya ia seorang lelaki dewasa 30-an.

Bagaimanapun, kes tersebut mendapat kritikan hebat pengarah hospital di mana dia melahirkan bahawa memang ada kanak-kanak lain daripada kaum Wayuu pernah melahirkan anak, namun tindakan itu tidak sepatutnya berlaku dalam usia terlalu muda yang masih dalam alam permainan dan persekolahan.

Thursday, 22 December 2011

AC Mizal Sah Menjadi Datuk

 
TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dengan gelaran Datuk kepada Pegerusi Eksekutif AC Konsortium Sdn Bhd, Mizal Zaini atau AC Mizal di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Pahang. - Foto Halim Mat Ali





Sunday, 13 November 2011

Buat Persembahan 1 Minit Dapat RM359,000.00 (Artis Paling Mahal)


* Beyonce Knowles

LOS ANGELES: Penyanyi Beyonce Knowles dinamakan sebagai penghibur yang menerima bayaran paling tinggi di dunia yang mengenakan bayaran mengikut setiap minit kemunculan beliau di pentas.

Penyanyi Love on Top itu mengungguli satu kajian pendapat halaman web media sosial saucytime.com dengan memperoleh £1.25 juta (RM6.3 juta) bagi persembahan yang membabitkan nyanyian lima buah lagu pada satu majlis persendirian sambutan Tahun Baru 2010, yang menyamai pendapatan sebanyak £71,040 (RM359,000) bagi setiap minit persembahan beliau di pentas, lapor femalefirs.co.uk.
Tempat kedua adalah penyanyi Mariah Carey yang menerima bayaran £630,000 (RM3.2 juta) bagi satu persembahan membabitkan nyanyian empat buah lagu di sebuah parti yang sama diadakan tahun sebelumnya di kepulauan Caribbean yang sama.
Penyanyi yang menduduki tempat ketiga pula adalah Kylie Minogue yang dibayar sebanyak £33,000 (RM166,00) bagi setiap 60 saat. Beliau menyanyi di sebuah majlis pelancaran di Hotel Atlantis, Dubai pada November 2008.

Ia diikuti Jennifer Lopez yang menerima bayaran hampir £25,000 (RM126,000) seminit dari seorang jutawan Russia, Andrei Meinichenko ketika muncul di majlis sambutan hari jadi isterinya pada 2007.

Sementara itu, Beyonce dikatakan terus membangkitkan tanda tanya mengenai kebenaran mengenai berita kehamilan beliau ketika muncul dalam persembahan Late Night With Jimmy Fallon.

Penyanyi berkenaan mempersembahkan single terbarunya, Countdown dalam rancangan berkenaan tetapi perutnya tidak kelihatan seperti sedang hamil.


Ketika pengacara memperkenalkan kemunculan penyanyi itu, beliau mengenakan baju singkat hitam dan langsung tidak kelihatan seperti hamil enam bulan seperti yang didakwa.

Bagaimanapun penyanyi berusia 30 tahun itu sebenarnya muncul melalui persembahan yang dirakamkan lebih awal ketika musim panas lalu.

Penonton jelas tidak menyedari bahawa Fallon menjadikan bintang Amerika Syarikat itu seperti benar-benar berada di studio berkenaan.


Ketika pengacara menunjukkan album terkini penyanyi itu beliau memandang kamera sambil berkata: “Malam ini dia di sini untuk mempersembahkan lagu Countdown dari album terkininya, Four. Dipersilakan Benyonce.”

Penonton di studio kemudian bersorak dan mula memberikan tepukan kepada seseorang yang sebenarnya tidak berada di sana.

Tengku Mahkota Johor (Tuanku Ismail) sambut Ulangtahun bersama Kekasihnya Pelakon Fazura


Hari ini secara rasminya Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail menyertai dunia Twitter dengan dengan memegang handle @HRHJohor2.
Rakyat Malaysia khususnya orang-orang Johor kini boleh berinteraksi secara terus dengan Tunku Ismail melalui Twitter yang dikenali dengan sifat berjiwa rakyat.

Tapi apa yang lebih menarik perhatian, adalah tweet pertama Tengku Mahkota Johor yang ditujukan kepada kekasihnya, aktres Fazura.
Tweet  Tengku Mahkota Johor untuk kekasihnya, Fazura

Nampaknya hari ni Fazura dan Tunku Ismail menyambut hari ulangtahun percintaan mereka. Tengoklah apa yang disediakan oleh Tunku Ismail buat wanita yang dicintainya.

Saturday, 12 November 2011

Keputusan Penuh Anugerah Industri Muzik 2011



PEMENANG KATEGORI ARTIS BARU TERBAIK – Najwa

PEMENANG KATEGORI LAGU POP TERBAIK – Sedetik Lebih (Anuar Zain)

PEMENANG KATEGORI LAGU NASYID TERBAIK – Pedoman (Nora Feat V.O.U)

PEMENANG KATEGORI LAGU POP ETNIK TERBAIK – Joget Tak Senag Hati (Adibah Nor)

PEMENANG KATEGORI LAGU INGGERIS TERBAIK – Got To Go (Najwa)

PEMENANG KATEGORI PERSEMBAHAN VOKAL B’KUMPULAN TERBAIK – Beribu Sesalan (Jac,Ning,Shila Hamzah)

PEMENANG KATEGORI LAGU ROCK TERBAIK – Pelita (A.P.I)

PEMENANG KATEGORI VIDEO MUZIK TERBAIK – Susun Silang Kata (Aizat)

PEMENANG KATEGORI LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK YG DIPERSEMBAHKAN OLEH ARTIS LUAR NEGARA – Ku Menunggu (Rossa)

PEMENANG KATEGORI KHAS ARTIS MOBILE CELCOM TERBAIK – 6ixth Sense

PEMENANG KEMBARA – Yuna

ANUGERAH SRI WIRAMA – Beh Suat Pheng

PEMENANG PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI) – Sedetik Lebih (Anuar Zain)

PEMENANG PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA) – Penakut (Yuna)

PEMENANG LAGU TERBAIK AIM 18 – Penakut (Yuna)

PEMENANG KATEGORI ALBUM TERBAIK AIM 18 – The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid (Sheila Majid)


Wednesday, 9 November 2011

Inilah Penyebab Kematian Michael Jacson

MURRAY...dituduh memberi ubat pelali berlebihan.
MURRAY...dituduh memberi ubat pelali berlebihan. 
 
 
MICHAEL...meninggal dunia di rumahnya pada 25 Jun 2009.
MICHAEL...meninggal dunia di rumahnya pada 25 Jun 2009. 
 
 
LOS ANGELES: Doktor peribadi Michael Jackson, Conrad Murray, diletakkan dalam pengawasan ketat selepas dia dibawa ke penjara dengan tangan bergari sebaik saja didapati bersalah membunuh Raja Pop itu.

Dengan wajah muram, Murray, 58, kelihatan tidak berkelip matanya ketika juri terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita sebulat suara mensabitkan kesalahan membunuh tanpa niat ke atasnya.

Keputusan itu diambil selepas mereka berbincang selama sembilan jam.

Murray didapati bersalah menyebabkan kematian Michael, 50, dengan memberinya ubat penahan sakit secara berlebihan.

Perbicaraan itu mengambil masa enam minggu.

Di penjara, pihak berkuasa meletakkan Murray sebagai tahanan berpotensi untuk membunuh diri sementara menunggu hakim menjatuhkan hukuman ke atasnya.

Melalui tuduhan itu, Murray boleh dipenjara sehingga empat tahun.

Sementara itu, keluarga Michael jelas gembira dengan keputusan berkenaan.
Dalam mahkamah, kakak Michael, La Toya, kedengaran berkata “Yes!” selepas juri membacakan keputusan mereka kira-kira jam 9.15 malam (waktu tempatan).

Di luar pula, ratusan peminat bersorak dan melompat kegembiraan apabila Murray disabitkan kesalahan membunuh artis kesayangan mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi, Michael Pastor, enggan membenarkan Murray diikat jamin dan mengarahkan tertuduh ditahan sebelum keputusan ditentukan tiga minggu lagi.

Kata Pastor, orang awam wajar dilindungi dan Murray melakukan jenayah yang menyebabkan kematian.

Sejurus selepas itu, Murray dikelilingi tiga anggota keselamatan yang menarik tangannya ke belakang untuk digari.

Peguam bela Murray, Ed Chernoff, dilihat menitiskan air matanya ketika keputusan juri dibaca.

Selain La Toya, turut hadir di mahkamah, bapa Michael, Joe; ibunya, Katherine; serta adik-beradik Raj Pop itu, Randy, Jermaine dan Rebbie.

Anak Michael - Prince, 14; Paris, 13, dan Blanket, 9, - tidak menonton liputan keputusan itu di televisyen supaya Katherine boleh menyampaikannya sendiri kepada mereka. - TS

Rahsia Najwa Latif Yang Perlu Anda Tahu




SIAPA yang tidak kenal jika disebut nama, Yuna mahupun Ana Raffali yang kini merupakan dua nama besar yang sedang meniti arus popular dunia seni hiburan tanah air. Jika diimbas semula, dua wanita ini hanyalah gadis biasa yang meminati bidang muzik dan nyanyian serta memuat naik video persembahan yang dirakam ke dalam laman sosial YouTube untuk menerima komentar rakan-rakan.

Namun, kini mengikut peredaran zaman moden yang berteknologi, melalui laman web sosial sahaja, kita sudah boleh melihat pelbagai bakat terpendam terutamanya bidang nyanyian.

Seorang remaja perempuan yang berusia 15 tahun ketika itu juga tidak ketinggalan mencuba perkara yang sama dengan memuat naik video pertama yang menampilkan dirinya menyampaikan lagu sang idola, Justin Bieber yang berjudul Baby.

Najwa Latif, 16, atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif tidak sangka video yang dimuat naik untuk tatapan ayah dan kakaknya melihat perkembangan diri dalam bermain gitar turut sama ditonton oleh orang lain.

"Saya muat naik video dalam YouTube adalah untuk ayah yang telah berpindah ke Kota Tinggi, Johor dan kakak saya yang berada di Shah Alam, Selangor untuk melihat perkembangan prestasi saya bermain gitar dan dalam masa yang sama dapat menilai saya.

"Oleh kerana mungkin saya kerap muat naik video ke dalam YouTube, pihak NAR Records nampak persembahan saya dan menghantar e-mel kepada kakak saya untuk memanggil saya menghadiri uji bakat.

NAJWA LATIF akan membuat persembahan dalam Anugerah Industri Muzik 18 (AIM 18) yang bakal diadakan pada 12 November ini. Dia gementar namun teruja untuk menghiburkan audiens dengan melodi keremajaannya.


"Selepas berbincang selama dua minggu bersama keluarga, saya setuju menerima tawaran NAR untuk menjadi artis di bawah naungan mereka," tutur Najwa yang menandatangani kontrak selama dua tahun dengan syarikat rakaman yang pernah dinaungi penyanyi hebat seperti Siti Sarah dan grup Exist. 

Bagi pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor ini, perasaan seronok kerana dapat menimba pengalaman baharu melalui persembahan promosi yang diadakan membuatkan dirinya teruja ingin 'menjelajah' kehidupan sebagai anak seni.

Katanya, mungkin dahulu semasa tidak dikenali, apabila bersiar-siar tiada siapa yang menegur, namun kini, setelah terjebak di dalam dunia hiburan, ke mana sahaja yang dituju pasti ada yang menegur termasuk ada yang ingin bergambar sama.

Selain itu, menangkis persoalan khabar liar tentang dirinya tidak pernah mengaku bahawa hasil penulisan lirik dicipta oleh kakaknya, jawab anak ketiga dari empat beradik ini, dia tidak pernah menafikan sumbangan besar kakaknya dalam penghasilan lagu yang didendangkan. Dia mengaku bahawa kakaknya iaitu Iqhwatul Syafika adalah penyumbang bersama dalam karya dendangannya.

"Saya memang sering bekerjasama dengan kakak saya Syafika untuk menghasilkan lagu. Ini kerana, apabila saya mendengar lagu, justeru saya akan mendapat kord-kord mudah melodi lagu. Oleh kerana kakak masih belajar di UiTM, Shah Alam dan saya di Johor, kami sering berkomunikasi melalui telefon.

"Saya akan memperdengarkan melodi tersebut kepadanya dan mungkin selepas beberapa minit kakak akan menelefon kembali untuk memperdengarkan pula kepada saya lirik kasar yang dihasilkannya," jelasnya tentang lagu-lagu hasil ciptaan mereka itu hasil dari pemerhatian orang dan keadaan yang berlaku di sekeliling mereka.

Kunci mulut
Sebaik bergelar artis atau selebriti serta punyai peminat, maka kehidupan peribadi akan dikorek dan digembar-gemburkan. Itulah harga yang perlu diterima jika seseorang yang ingin 'hidup' dalam dunia seni.

CUBA bergaya. Sebagai artis baharu Najwa juga kini mula bergaya mengikut situasi majlis.


Bagi peminat fanatik Justin Bieber ini, setelah lima bulan bergelar artis, kehidupannya masih tidak punya banyak perbezaan. Mungkin bagi gadis yang gemar mengukir senyuman ini, bilangan rakan bertambah dan kerana masih bersekolah, guru juga banyak menasihati empunya diri supaya tidak mengabaikan pelajaran. 

"Alhamdulillah, bukan sahaja keluarga, malah guru dan rakan juga menyokong dan tidak lupa memberikan nasihat. Dalam penyusunan jadual pula, pihak NAR Records membantu saya di mana mereka memberi kebebasan kepada aktiviti seni saya hanya pada hujung minggu mahupun cuti sekolah.

"Waktu sekolah memang tidak diganggu namun jika ada perkara yang tidak dapat dielakkan, maka NAR akan keluarkan surat kepada pihak sekolah meminta pelepasan. Tapi, saya ada masuk kelas tuisyen. Jadi jika ada pelajaran yang tertinggal, saya akan ulang semula semasa kelas tuisyen," cerita Najwa tentang pembahagian masa dirinya antara karier dan pelajaran.

Sementara itu, wujud juga cerita tidak menarik tentang hubungan kekeluargaan gadis manis ini bersama ayahnya. Najwa didakwa telah membuang bapanya disebabkan pertengkaran yang mungkin berpunca dari dirinya sendiri.

Tidak menunjukkan kegugupan mahupun rasa tidak selesa, Najwa memberikan alasan sopan dengan berkata hal yang melibatkan keluarga adalah terlalu peribadi untuk dikongsi dengan masyarakat.

"Jadi saya tidak mahu beri komen mengenai perkara ini dan saya lebih suka memilih untuk mendiamkan diri," jawabnya ringkas ketika ditanya.

Tuesday, 8 November 2011

Layan Movie Penuh Di Youtube



Monday, 7 November 2011

Bayi, Bieber ada persamaan fizikal

PERTAHAN TUDUHAN...Mariah menunjukkan wajah Tristyn yang dilahirkannya empat bulan lalu.
PERTAHAN TUDUHAN...Mariah menunjukkan wajah Tristyn yang dilahirkannya empat bulan lalu. 
BIEBER...diarah menjalani ujian darah Disember ini.
BIEBER...diarah menjalani ujian darah Disember ini.


LOS ANGELES: Gambar bayi yang didakwa lahir hasil hubungan seks Justin Bieber dengan peminat yang lebih dewasa daripadanya dipaparkan di media, semalam.

Dikenali sebagai Tristyn Anthony Markhouse Yeater, bayi berusia empat bulan itu dikendong ibunya, Mariah Yeater, di sebuah taman awam di Los Angeles.

Bayi terbabit dipakaikan baju putih.

Mariah, 20, mendakwa dia mengadakan hubungan seks dengan Bieber di belakang pentas selepas penyanyi remaja terbabit menamatkan satu daripada konsertnya tahun lalu.

Mariah menuntut mahkamah mengarahkan Bieber, 17, membayar �170,000 (RM848,781) untuk menyara bayi lelaki itu.

Bieber menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan.

Bagaimanapun, satu sumber lain memberitahu media, Bieber diarah Mahkamah Tinggi Los Angeles untuk menjalani ujian darah 10 hari sebelum Krismas ini.

Ujian itu dijalankan bagi mengetahui status sebenar hubungan Bieber dengan Tristyn

Sementara itu, Mariah berkata, antara bukti Tristyn adalah anak Bieber ialah bibir bayi berkenaan.

“Persamaan di antara bayi saya dengan Bieber sangat aneh.

“Lihatlah pada mulutnya,” katanya.

Menurut Mariah, dia berharap Bieber akan melihat gambar Tristyn dan sedar bahawa bayi berkenaan adalah anak kandungnya.

“Ia bakal menjadi mimpi ngeri kepada kita semua jika Bieber terus menafikannya,” katanya.

Mariah berkata, dia hanya mahukan hak anaknya dan sangat kecewa apabila tidak diendahkan penyanyi kelahiran Kanada itu.

Katanya, tiada satu pun panggilan telefon dibuatnya dijawab Bieber.

Di sebalik dakwaan itu, media di Amerika Syarikat kelmarin melaporkan, Mariah pernah membuat tuntutan sama ke atas dua lelaki lain sebelum ini.

Seorang daripadanya ialah bekas teman lelaki Mariah ketika di sekolah tinggi, John Terranova, sebelum dia mengaitkan kekasih sulitnya, yang hanya dikenali sebagai Steve.

Ditanya media, Terranova berkata, dia yakin bayi berkenaan bukan zuriatnya atau Bieber.

“Apa yang dimahukan Mariah hanya wang,” katanya. - DM

Sunday, 6 November 2011

Gadis Mendakwa Bapa Kepada Anaknya Ialah Justin Bieber


 
Fan Mariah Yeater, 20, mendakwa awal minggu ini bahawa penyanyi 'superstar', Jutin Bieber ialah bapa kepada anak yang dilahirkannya yang kini telah berusia 4 bulan Mariah, 20, mendakwa bayi yang dilahirkan itu adalah hasil pertemuan singkat pertamanya lalu melakukan hubungan intim di dalam bilik mandi di belakang pentas dalam satu konsert Bieber. 
 
Dia mengatakan persamaan antara anaknya dengan Bieber amat luar biasa. “Lihat saja mulutnya memang serupa. Saya hanya mahu menuntut hak untuk anak saya, saya rasa amat menderita setelah ditinggalkan dan saya cuba menghubunginya tetapi Justin langsung tidak menyambutnya." katanya lagi.
 
Bieber telah menafikan dakwaan wanita itu tetapi dilaporkan telah dipanggil untuk menjalani ujian DNA di Los Angeles pada bulan Disember nanti.

Penyanyi pop remaja itu memberitahu, "Saya hanya ingin berkata, bahawa dakwaan wanita itu adalah tidak benar. Saya tahu bahawa saya akan menjadi sasaran, tetapi saya tidak akan menjadi mangsa.”
 
"Gila. Tiap-tiap malam selepas persembahan saya keluar dari pentas dan terus ke kereta, jadi ini kerja gila jika ada sesetengah orang ingin membuat apa-apa dakwaan palsu terhadap saya,” jelasnya lagi

Belum ada tanda dapat anak dengan isteri keempat (I Follow)


KUALA LUMPUR: “Buat masa ini, belum ada tanda saya dan isteri, Emi, akan menimang cahaya mata. Bagaimanapun, semuanya rezeki tuhan. Jika ada rezeki buat kami, Insya-Allah tidak ke mana,” kata pelawak dan penyampai radio, Salih Yaacob, 48.

Selepas hampir tujuh bulan mendirikan rumah tangga dengan isteri keempat, Samihah Sheikh Ali atau Emi, 25, Salih menjelaskan belum ada tanda dikurniakan cahaya mata.

Menurut Salih, walaupun anak anugerah tuhan, lebih penting baginya untuk membawa isteri mengenali tuhan terlebih dulu sebelum dia benar-benar bersedia mempunyai cahaya mata.

“Anak adalah hadiah daripada tuhan. Saya dan Emi juga tidak merancang dalam perkara ini. Semuanya terserah kepada rezeki.

“Begitupun, buat masa ini biarlah saya mendidiknya dan menjadikan Emi isteri yang benar-benar tahu dan faham tanggungjawab dan amanah dipikulnya.

“Saya tidak mahu masalah sosial seperti yang terjadi di luar sana berlaku kepada keluarga saya. Sebab itu, biarlah Emi benar-benar bersedia dan tahu tanggungjawabnya sebelum kami mempunyai cahaya mata.

“Lagipun, anak tiri juga adalah tanggungjawabnya. Jadi, biar dia mahir dan benar-benar tahu amanah yang dipikul.

“Begitupun, kalau ada rezeki, kami tidak menolaknya dan ia diterima dengan hati terbuka dan gembira,” katanya.
 
Salih yang bergelar pelawak, pengacara dan penyampai radio juga menjadi usahawan apabila syarikatnya akan memasarkan 14 produk halal tidak lama lagi.

Buat masa ini, produk yang berada di pasaran adalah serbuk kari SY, kicap manis SY, sos cili dan tomato SY serta air mineral.

“Perniagaan ini adalah perniagaan saya bersama keempat-empat isteri. Selepas pulang daripada bercuti di Beijing tidak lama dulu, kami sepakat membuka perniagaan dan Alhamdulillah, inilah hasilnya,” katanya.
 

Wednesday, 2 November 2011

Wanita dakwa Justin Bieber bapa kepada anaknya


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita di negeri California mendakwa penyanyi remaja Justin Bieber (gambar) ialah bapa kepada bayinya.

Laman hiburan RadarOnline dan majalah Star Magazine melaporkan wanita berkenaan, Mariah Yeater, 20, memfailkan saman di sebuah mahkamah dengan menyatakan bintang pop berkenaan ialah bapa bayi lelakinya yang berusia tiga bulan.

Menurut laporan tersebut, wanita itu mahu Bieber, 17, menjalani ujian perubatan bagi mengesahkan secara saintifik bahawa bayi berkenaan ialah zuriatnya.

Seorang jurucakap Bieber, Matthew Hiltzik bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
"Walaupun kami belum melihat saman itu, adalah sedih untuk seseorang sengaja mereka-reka dakwaan palsu yang berunsur fitnah," katanya.

Menurut majalah Star, Yeater mendakwa dia berusia 19 tahun semasa berasmara dengan penyanyi kelahiran Kanada itu di belakang pentas di salah sebuah konsertnya di Los Angeles pada tahun lalu.

Dia meminta mahkamah memaksa Bieber menyediakan nafkah secukupnya untuk anaknya," lapor majalah berkenaan.

Bieber kini intim dengan aktres Selena Gomez iaitu seorang bintang remaja yang popular menerusi lakonannya dalam program televisyen terbitan Disney, Wizards of Waverly Place. - Agensi

Sunday, 30 October 2011

TIZ ANGGAP PENGAKUAN REMY SEBAGAI HADIAH HARI JADI...



“Sebenarnya saya pun tidak tahu hendak komen macamana. Tapi,  berasa agak gembira dan saya saya anggap pengakuan Remy itu sebagai hadiah harijadi saya yang disambut pada 26 Oktober lalu. Saya pun tidak sangka Remy akhirnya mengeluarkan kenyataan kerana dia tidak pernah maklumkan kepada saya. Mungkin Remy merasakan sudah sampai masanya untuk mengakui tentang hubungan cinta ini. Saya tidak ada masalah dengan tindakan Remy itu,” ujar Tiz Zaqyah ketika dihubungi oleh GUA.

Dalam masa yang sama, Tiz juga menafikan pengakuan Remy itu dibuat kerana desakan pihak media mahupun peminat. Sebaliknya, dia menganggap pengakuan Remy itu berlaku tanpa dirancang.

“Macam yang pernah saya maklumkan sebelum ini, kami lebih selesa bercerita tentang karier lakonan berbanding kisah-kisah peribadi. Selain itu, saya dan Remy tidak mahu kecoh-kecoh kerana bimbang perhubungan kami tidak berpanjangan. Walaupun kami sudah mengaku bercinta, tetapi kami masih tidak bersedia untuk bercerita lanjut tentang perhubungan ini.

Cukuplah peminat tahu yang kami sedang berpacaran dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Pengakuan ini berlaku tanpa dirancang.  Ia berlaku dengan sendiri dan bukan atas desakan mana-mana pihak,” ujar Tiz yang enggan mendedahkan usia percintaannya dengan Remy.

Memandangkan sebelum ini Tiz dan Remy sangat berahsia tentang percintaan mereka, pengakuan yang dibuat Remy itu dilihat seolah-olah mereka mempunyai perancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam sesebuah perhubungan. Persoalannya, benar atau tidak?

“Kalau orang ingat kami ingin mengikat tali pertunangan atau melangsungkan perkahwinan, ianya tidak benar sama sekali. Masih terlalu awal untuk itu. Kami masih perlukan masa untuk saling mengenali. Memang saya dan Remy telah berjumpa dan berkenalan dengan keluarga masing-masing, tetapi tidak ada perbincangan ke arah pertunangan mahu pun perkahwinan. Tunggulah, jika ada jodoh dan sudah sampai masanya, pasti kami akan umumkan,” ujar Tiz mengakhiri perbualan.

Pasangan yang meraih populariti menerusi drama bersiri Nur Kasih ini mula digosipkan bercinta setelah ramai yang terserempak mereka berjalan berpimpinan tangan di luar set penggambaran. 

Kemuncaknya pada acara Moto  GP Sepang 2010. Walaupun sering didesak untuk mengakui hubungan cinta mereka sebelum ini, baik Tiz mahupun Remy, masing-masing bertindak mengunci mulut.  - gua.com.my

Friday, 28 October 2011

Drama Di Youtue

Pintu Sakaratul Maut (Full Drama) 

 

Penanggal 2011 (Full Telemovie)

 

Orang Minyak 3 Cerita 3 Sutradara 2011 Full Movie 


Rempit Retro (Full Telemovie) 

 

Saya Tahu Apa Awak Buat Raya Lalu (Full Telemovie)

 

Donut (Full Drama) 

 

Mak Ok Jer (Full Telemovie) 

 

Dan Sebenarnya (Full Telemovie) 

 

Ungunya.Cinta (Full Telemovie) 

 

Rumah Tinggal (Full Drama) 

 

KERIS LAMA 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Thursday, 27 October 2011

GAMBAR TERBARU !!! JENAZAH MICHAEL JACKSON SEBELUM D KAPANKAN !!



Kematian King of Pop memang sampai masa nih masih lagi menjadi satu misteri dan ramai di perbincangkan. Pemberitaan mengenai misteri kematian Raja Pop dunia ini kembali menyeruak ketika sidang kes kematian Michael  Jackson kembali Selasa semalam (27 September 2011). Yang menjadi heboh dan banyak diperbincangkan iaitu ketika pendakwa memperlihatkan Gambar Jenazah terbaru.

Selain itu, pendakwa jugak memperlihatkan bukti rakaman suara Michael yang diduga dirakam dari iPhone milik sang Doktor. Rakaman itu sendiri diduga dibuat sebelum raja pop itu meninggal dunia 25 Jun 2009 karena overdose ubat-ubatan. Dalam rakaman itu Michael berkata :



“When people leave this show, when people leave my show, I want them to say, ‘I’ve never seen nothing like this in my life. Go. Go,’”Dengan suara lirih.

“I’m taking that money, a million children, children’s hospital, the biggest in the world, Michael Jackson’s Children’s Hospital,” Michael

Dalam sidang terbaru kematian Michael jackson ini, doktor peribadi Michael Jackson yaitu Doktor Conrad Muray menjadi terdakwa.

Dia didakwa sebagai penyebab King of Pop ini meninggal dunia. Pada saat sidang tersebut, Pendakwa memiliki bukti baru berupa Foto Jenazah Michael Jackson Terbaru. Di dalam Gambar tersebut terlihat Jenazah Michael terbaring di rumah sakit. Dalam gambar itu pula terdapat tulisan “Homicide”.

Wednesday, 26 October 2011

Artis Paling Kaya Walaupaun Dah Mati

Jacko peroleh pendapatan tertinggi selepas meninggal dunia

MICHAEL JACKSON


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Selama dua tahun berturut-turut, Michael Jackson kekal sebagai artis yang telah meninggal dunia tetapi memperoleh pendapatan tertinggi di dunia, menurut senarai majalah Forbes melibatkan barisan selebriti yang terus popular walaupun selepas mereka meninggal dunia.

Menghembuskan nafas terakhir dua tahun lepas ketika berusia 50 tahun, Raja Pop memperoleh pendapatan AS$170 juta (RM531.4 juta) sepanjang 12 bulan lalu sekali gus mengatasi bintang-bintang pop lain sama ada yang masih hidup atau telah mati kecuali kumpulan rock dari Ireland, U2.

Tempat kedua pula menjadi milik penyanyi legenda, Elvis Presley dengan pendapatan AS$55 juta (RM171.9 juta) melalui hasil jualan buku lagunya selain pengunaan lagu-lagunya oleh Cirque de Soleil dalam pementasan di Las Vegas.

Aktres simbol seks Marilyn Monroe meraih pendapatan AS$27 juta (RM84.4 juta) sejak setahun lalu untuk menduduki tempat ketiga senarai berkenaan.

Pencipta kartun Peanuts, Charles Schulz pula berada di tangga keempat manakala legenda kumpulan Beatles, John Lennon terikat dengan aktres Elizabeth Taylor di tempat kelima.

Lennon dan Taylor masing-masing memperoleh pendapatan AS$12 juta (RM37.5 juta) sepanjang tahun lalu.
- AFP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...