Ads 468x60px

-
Showing posts with label Isu kontroversi Negara. Show all posts
Showing posts with label Isu kontroversi Negara. Show all posts

Saturday, 7 April 2012

Video Adun DAP kENE tUMBUK


!!

 
 
 
Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 pagi difahamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan itu mengenali lelaki yang menumbuknya dan insiden berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan Selangor memindahkan peniaga-peniaga pasar Seri Kembangan.

Difahamkan, peniaga berkenaan dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memindahkan penjaja haram pasar lama Seri Kembangan yang  ditempatkan semula di pasar rakyat Jalan SK  6/1.

Insiden yang berlaku di hadapan 20 ahli jawatankuasa DAP Seri Kembangan dan beberapa pelanggan restoran itu dikatakan terlalu pantas, dan dipercaya telah dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) premis makanan berkenaan.

Wednesday, 21 December 2011

Novel 'Konserto Terakhir' Ganti 'Interlok'


KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Novel "Konserto Terakhir" karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain akan menggantikan novel "Interlok" sebagai teks Komponen Sastera (Komsas) bagi pelajar Tingkatan 5 mulai tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata penggantian teks Komsas bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia itu melibatkan pelajar bagi Zon Dua meliputi Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor.

"Novel Konserto Terakhir telah melalui proses penyaringan dan pemilihan yang ditetapkan, dan sesuai digunakan sebagai teks Komsas berdasarkan nilai-nilai dan mutu karya yang dihasilkan," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Pada 14 Dis lepas, kabinet memutuskan bahawa penggunaan novel Interlok, yang juga karya Abdullah, sebagai teks Komsas Tingkatan Lima tidak akan diteruskan mulai tahun depan.

Keputusan itu dibuat berikutan timbulnya rasa kurang senang sesetangah masyarakat selain bagi mengelak mana-mana pihak daripada terus mempolemikkannya.

Novel Konserto Terakhir, yang pernah dijadikan teks Komsas Tingkatan Lima di Zon Dua dari tahun 2000 hingga 2010, berkisar mengenai perjuangan hidup dan kegigihan seorang anak muda dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara.



-- BERNAMA

PERDANA MENTERI SETUJU TANGGUH SBPA



PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.
Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN

Monday, 31 October 2011

Bila Yahudi Menjejakkan Kaki Ke Malaysia


Ilya Grad

Yahudi bangsa yang kalau kita dengar pasti mengamit perasaan marah terutama rakyat Islam Malaysia. Paling kita benci dan juga tidak mustahil jika ada yang akan kata darah orang Yahudi ini dihalalkan sama sekali.

Baru baru ini seorang ahli sukan Muay Thai Yahudi masuk ke Malaysia dan menyertai pertandingan Muay Thai yang dianjurkan oleh Kelab Muay Thai Malaysia. Hangat isu tersebut sehingga dibahaskan dalam parlimen.

"Pertandingan yang dimaksudkan ialah ‘Muaythai World Champion’ terbitan Image Group dan The Group Entertainment dibawah pengawasan World Muaythai Council (WMC). Ianya telah berlangsung sekitar June 2011 yang lalu di Dewan Putra 3, Kolej Pendeta Za’aba, universiti terbabit dan dianjurkan oleh AXN Astro untuk rancangan 'The Challenger Muaythai’ Pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah USD$100.000,00 dan gelaran ‘Muaythai World Champion’ dijadualkan mula disiarkan mulai 15 Sept 2011 ini di AXN (Astro channel 701) dan AXN HD (Astro B.yond channel 721). Seramai 16 peserta telah dari berbagai Negara telah mengambil bahagian antara negaranya ialah Malaysia, Thailand, Israel dan South Africa."

Gomo anti Zionis teapi bukan Yahudi, dan Gomo rasa ramai lagi umat Islam didunia ini yang anti Zionis namun bukan pada Bangsa Yahudi. Kenapa Gomo cakap begitu? Ini pekara yang anda semua perlu tahu.

"Titik awal dari Zionisme yang melakukan segala kebiadaban ini bukanlah agama Yahudi, tetapi Darwinisme Sosial, sebuah ideologi rasis dan kolonialis yang merupakan warisan dari abad ke-19. Darwinisme Sosial meyakini adanya perjuangan atau peperangan yang terus-menerus di antara masyarakat manusia. Dengan mengindoktrinasikan ke dalam otak mereka pemikiran “yang kuat akan menang dan yang lemah pasti terkalahkan”, ideologi ini telah menyeret bangsa Jerman kepada Nazisme, sebagaimana orang-orang Yahudi kepada Zionisme.

banyak kaum Yahudi agamis, yang menentang Zionisme, mengemukakan kenyataan ini. Sebagian dari para Yahudi taat ini bahkan tidak mengakui Israel sebagai negara yang sah dan, oleh karenanya, menolak untuk mengakuinya. Negarawan Israel Amnon Rubinstein mengatakan: “Zionisme adalah sebuah pemberontakan melawan tanah air (Yahudi) mereka dan sinagog para Pendeta Yahudi”. (Amnon Rubinstein, The Zionist Dream Revisited, hlm. 19)" Read More

Malah di Iran sebuah negara Islam juga terdapat kira kira 25 ribu orang bagsa Yahudi yang menyokong pemerintahan Presiden Iran yang beugama Islam. Mereka juga menentang Zionis yang memesongkan apa yang ada dalam Kitab Taurat.

Itu hanyalah sedikit apa yang Gomo baca mengenai perbezaan Yahudi dan Zionis dan kepada anda yang mungkin tidak faham ataupun jelas mengenai pekara ini maka bolehlah search didalam Google akan perbedaan antara Yahudi dan Zionis ini.

Berbalik kepada isu kedatangan seorang peserta Yahudi bernama Ilya Grad pada pertandingan Muay Thai baru baru ini menjelaskan bahawa kemasukkan beliau ke Malaysia adalah atas dasar sukan yang mana pekara ini adalah tidak menjadi masaalah dalam Undang Undang negara. Malah dalam prinsip kita sebagai umat Islam juga adalah tidak patut jika kita sendiri sebagai umat Islam yang penyayang dan pengasih menghalang kedatangan Yahudi dalam aktivi sukan yang Islam sendiri tidak menghalangnya.

Apa yang Gomo difahamkan dan tahu bahawa memang kerajaan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel yang mana dikuasai rejim Zionis. Malah didalam pasport Antarabangsa kita pun Israel tempat yag kita dilarang untuk masuk. Tetapi kepada rakyat Israel berbangsa Yahudi ini?

Sefahaman Gomo kita boleh menerima kemasukan orang Yahudi ini melalui dua pekara iaitu yang pertama Persidangan Antarabangsa yang mana ada peserta yang merupakan dikalangan Yahudi Israel.Kedua melalui aktivi sukan sepertimana yang berlaku sebelum ini:

"Pada 21 Mac 1997 pasukan kriket Israel dibenarkan menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa itu di Kuala Lumpur. Kebenaran itu diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia , Dr Mahathir Mohamad atas semangat kesukanan .Mereka hadir dalam Kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC)"

Malah pasukan Chelsea yang berkunjung ke Malaysia juga turut mengundang perasaan marah pihak tertentu kerana turut membawa pemain dari negara Israel.

Dua pekara yang dinyatakan tadi iatu Kemasukann atas faktor persidangan antarabangsa dan juga sukan mesti juga memperolehi kebenaran dari Kementerian Dalam Negeri. Dan dalam hal ini segala prosedur telah pun dijalankan dan atas sebab semangat sukan maka peninju Muay Thai negara Israel dibenarkan untuk masuk ke Malaysia.

Kita harus jelas marahnya kita pada Zionis ini jangan sampai kita lupa siapa diri kita umat Islam. Gomo nak ajak anda semua mengetahui akan Para Nabi Nabi kita umat Islam:

"Allah SWT menurunkan banyak sekali Nabi dan Rasul, namun kita sebagai muslim hanya wajib mengetahui 25 orang Nabi dan Rasul. Nabi yang diturunkan untuk bangsa Yahudi diantaranya, adalah Nabi Daud as., Nabi Sulaiman as., Nabi Harun as., Nabi Musa as., Nabi zakaria as., Nabi Yahya as.(Yohanes Pembaptis), Nabi Isa as.(Yesus) dan lain-lain masih banyak lagi. Mereka adalah sebagian kecil Nabi dan Rasul yang diutus bagi bani Israil atau bangsa Yahudi dan berasal dari bangsa Yahudi (keturunan Nabi Yakub as.)
Nabi yang bangsa Arab diantaranya adalah Nabi Hud as., Nabi Saleh as., Rasulullah Muhammad SAW.

Wallahu ‘alam bisshawwab."

Tidak ada salah jika seorang Yahudi kerakyatan Israel masuk ke Malaysia dalam pertandingan sukan Muay Thai sepertimana yang Ilya Grad lakukan. Kemasukkan beliau adalah untuk bersukan dan bukan memerangi umat Islam di Malaysia dan apakah kita perlu untuk menghalang seorang yang seperti beliau untuk terus masuk dalam negara kerana beliau berbangsa Yahudi?

Di Amerika sahaja terdapat 5.25 juta bangsa Yahudi yang mana ada Pro Zionis dan ada yang anti Zionis. Mereka mempunyai Pasport Amerika yang bebas bergerak ke negara mana yang mereka rasa ingin pergi.Adakah anda rasa mereka yang berbangsa Yahudi Amerika ini tidak masuk ke Malaysia? Berkerja di Malaysia? Menetap di Malaysia?

Kadang kadang bila kita marah pada sesuatu pekara maka semua kita akan kaitkan sehingga meyebabkan orang atapun pihak yang tidak bersalah mendapat tempiasnya. Sebelum kita marah pada Ilya Grad yang merupakan bangsa Yahudi Israel yang masuk ke Malaysia dalam menyertai acara suka adalah elok jika kita sendiri mengetahui perbedaan antara Yahudi dan Zionis.

Renungkan Kata kata Ilya Grad:

"I left Malaysia with mixed feelings," Grad says. "The fact that I was allowed to enter Malaysia took us one step forward toward a life of peace, and yet I felt like I was behind enemy lines. But I can say for sure that it was a once-in-a-lifetime experience for me."


Kepada yang marah akan kedatangan Ilya Grad bangsa Yahudi masuk ke Malaysia adalah elok sekiranya anda semua bertanyakan pula kepada Menteri Besar Selangor Dato Seri Khalid Ibrahim yang menyumbangka RM5 juta Wang Kerajaan Selangor kepada Image Group dan The Group Entertainment dalam menganjurkan pertandingan The ChallengerMuay Thai tersebut.

Gomo difahamkan sekarang ini Kerajan Selangor telah menyaman Image Group dan The Group Entertainment kerana tidak menjemput MB Selangor Khalid Ibrahim merasmikan pertandingan tersebut yang mana Dato Seri Shabery Chik Menteri Belia dan Sukan yang telah merasmikan The Challenge Muay Thai tersebut.
 
Di Petik Dari PAPA GOMO

Monday, 26 September 2011

Kematian Ahmad Sarbaini akibat terjatuh: Koroner



KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner di sini hari ini memutuskan kematian Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed, 56, disebabkan nahas kerana terjatuh dari aras tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak disengajakan.

Koroner Aizatul Akmal Maharani membuat keputusan itu selepas bersidang selama 13 hari dan memanggil 34 saksi sejak 4 Julai lalu.
Aizatul juga menolak unsur dibunuh dan membunuh diri.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu gelanggang badminton bangunan itu di Jalan Cochrane di sini pada April lalu.

Wednesday, 21 September 2011

LPF, FINAS perlukan Panel Syariah

Pemuda PAS bidas karyawan filem tempatan persendakan agama Islam

SUNGGUH menyedihkan! Sangat dikesali dengan kelemahan ketara yang berlaku dalam Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) di bawah Kementerian Dalam Negeri [KDN] dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional [FINAS] di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) sehingga membenarkan filem yang berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan untuk tontonan umum.
Filem terbaru yang mengandungi unsur menghina Islam adalah Hantu Bonceng yang diarahkan oleh Ahmad Idham Ahmad Nazri dengan lakonan oleh Mohd Razizan Abd Razak atau Zizan RL.
Antara babak yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Asyhadu anna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan".

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menegaskan kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh menjadi bahan jenaka atau dipersenda sedemikian rupa justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun sekadar lakonan.

Tambahan pula filem yang menjadi tontonan umum ini akan mencetus kekeliruan dan gambaran yang salah masyarakat terhadap Islam. Lebih berisiko apabila kelak ia turut merosakkan aqidah masyarakat awam.

“Dewan Pemuda PAS mempersoalkan, sekiranya benar wujud panel penapisan di dalam LPF mengenai filem yang bakal ditayangkan untuk tontonan umum, mengapa masih wujud babak yang menimbulkan kontroversi ini? Apa yang ditapis selama ini? Penapis apa yang mereka pakai sehingga masih banyak adegan yang menyakitkan mata dan mengganggu sensitiviti masyarakat, lolos menjadi paparan umum melalui filem yang telah diluluskan.
Lebih malang, pihak berkuasa agama seperti kaku dan kelu tidak tahu berbuat apa-apa meskipun berdepan dengan isu penghinaan terhadap Islam. Sedih sungguh kami dibuatnya.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti tiada kuasa dan tiada apa yang boleh dilakukan malah untuk menerima memorandum pun tidak berkeupayaan apabila tercetus isu penghinaan terhadap Islam dan syariatnya oleh Mak Cik Hajjah Sitt Al Wuzara,” katanya dalam satu kenyataan yang dikirimkan menerusi emel kepada Hip.

Lambakan filem tahyul dan karut menerusi tontonan umum di kaca televisyen sama ada menerusi saluran RTM ataupun TV swasta seperti Astro bermaharajalela tanpa sebarang tindakan berkesan oleh pihak berkuasa agama.

Dewan Pemuda PAS sangat khuatir sekiranya tidak ada satu garis panduan yang berlandaskan Syariat Islam menjadi rujukan kepada LPF dan FINAS, filem yang lebih ‘luar biasa’ akan dihasilkan dan mungkin diluluskan kerana keuntungan yang bakal diperolehi oleh pihak tertentu tanpa menimbang tara impak yang akan berlaku.

Justeru, FINAS mahupun LPF diminta untuk mewujudkan panel syariah yang mempunyai kuasa sebagai lembaga penapisan yang tertinggi terutama dalam menapis cerita atau filem yang mempunyai kaitan dengan agama Islam.

“Kepada mereka yang terbabit secara langsung di dalam industri ini seperti penerbit, pelakon dan penyiar diminta untuk merujuk kepada alim ulama seperti mufti atau pihak berkuasa Agama seperti JAKIM terlebih dahulu sebelum menerbitkan sesebuah filem. Jangan apabila sudah wujudnya kontroversi baru mencari ulama untuk melepaskan diri.

“Kami juga menyeru kepada artis untuk meneliti dan membuat kajian terlebih dahulu mengenai skrip yang bakal dilakonkan oleh mereka. Sekiranya skrip tersebut mengandungi unsur yang dirasakan bertentangan dengan fitrah dan juga berpotensi untuk mencemarkan kemuliaan Islam maka bertanyalah kepada ulama.

“Perkara ini juga mesti dilakukan oleh penerbit, pengarah mahupun pelakon agar tidak mewujudkan suasana kontroversi seperti ini. Semoga industri filem negara terus maju dan berkembang ke serata dunia dengan membawa imej negara yang baik dan gemilang tanpa perlu mencetus elemen lucah, persendaan terhadap agama, tahyul dan perlecehan akhlak semata - mata untuk dijadikan tangkal pelaris filem sahaja,” tegas Nasrudin lagi.


Ahmad Idham pertahan Hantu Bonceng

PENERBIT dan pengarah, Ahmad Idham mempertikaikan kenyataan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang mendakwa filem Hantu Bonceng mempersendakan dan menghina Nabi Muhamad S.A.W dengan dialog dari pelakon utamanya, Zizan yang membawa maksud ‘Aku Naik Saksi bahawa Muhamad itu Syaitan’.

Bahkan dia turut mendakwa kenyataan itu sebagai propaganda politik, sekali gus menjadi sebab untuk menghentam kerajaan.

“Kenyataan itu disebarkan menerusi blog dan saya tidak tahu akan kesahihan kenyataan itu, sama ada benar atau tidak, atau ada orang lain sengaja untuk memperbesarkan isu itu dan mengaibkan saya secara terbuka.

“Saya berkata begitu kerana yakin orang yang berkredibiliti tinggi seperti dia (Nasrudin) itu tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat. Takkan dia tokoh pemimpin yang kita cari, menghukum orang tanpa dibicarakan dan mengaibkan orang secara terbuka. Mungkin ada pihak ketiga sengaja yang ingin menjatuhkan saya dan dia juga.

“Jika ia benar sekalipun, kenapa dia sendiri tidak tampil dan bawa berbincang secara profesional, mengeluarkan kenyataan berserta kepala surat yang tertera logo parti dan ditandatangani sendiri Mursyidulnya dan menegur adegan yang diperkatakan menghina Rasulullah sehingga menaikkan amarah seluruh umat Islam,” katanya yang ditemui pada majlis penyerahan surat tawaran pengajian Doktor Falsafah dalam bidang industri perfileman bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.

Menurut Idham yang agak emosional dengan kritikan itu, dia boleh memberikan reaksi dan menjawab berhubung isu itu, namun mengajak mereka untuk menonton keseluruhan cerita, mengkaji dan memahami industri perfileman dengan lebih dekat sebelum bertindak tanpa sebab.

“Negara kita ada undang-undang dan filem ini mendapat penapisan sehingga dua kali daripada LPF, saya tidak kata ia sebagai terlepas pandang dan sekiranya benar ia menyalahi, saya sedia memohon maaf.

“Saya punya anggapan mereka yang bercakap ini adalah dari kalangan yang tidak menonton filem, mereka hanya melihat petikan dari satu babak saja dan tidak menonton keseluruhan filem itu.

“Di dalam filem biasanya kita memaparkan sesuatu yang salah dan akan dibetulkan di akhirnya, itulah cerita. Tidak ada filem yang mengajar penonton membuat perkara yang negatif. Jika benar dari minggu pertama filem ini keluar isu ini sudah timbul dan mungkin sudah selesai hari ini. Kenapa hari ini selepas filem sudah tidak ditayangkan, baru isu ini timbul,” katanya.

Tuesday, 20 September 2011

Jawapan Sebenar Prof Datuk Zainal Kling Berkenaan Isu Malaysia Tidak Pernah Dijajah



Sebelum ini Professor Datuk Zainal Kling Telah di hentam dengan kenyataan beliau dan di semua media mengatakan beliau memberitahu bahawa Tanah Melayu Tidak pernah dijajah.apakah sebenarnya berlaku ??? adakah benar beliau mengatakan sedemikian ??? mari kita lihat apakah ulasan dari beliau sendiri.

Berikutan sidang media Majlis Profesor Negara (MPN) melalui Kluster Sejarah Warisan dan Sosio-budaya di Kementerian Pengajian Tinggi pada 9 September 2010, pelbagai reaksi telah muncul daripada ucapan saya yang disiarkan oleh TV sebagai petikan berita.Dalam petikan itu diperkatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah menjadi tanah jajahan atau koloni pada sebarang masa sejak kejatuhan Melaka pada 1511.Adalah salah bagi banyak orang termasuk para ahli politik untuk sentiasa menyebut bahawa Malaysia khusus Tanah Melayu telah terjajah lebih 400 tahun.Ucapan itu dituturkan sebagai membentang 'kenyataan akhbar' yang telah diedarkan oleh Urusetia Majlis Profesor Negara kepada semua wakil media,baik media cetak mahupun media elektronik yang hadir.

Ucapan kepada media itu adalah intisari amat ringkas kepada 'kenyataan akhbar' MPN yang memilih untuk mengulas dua 'persoalan sejarah' yang penting daripada kontroversi yang timbul terhadap petikan ucapan Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu (Mat Sabu) di Tasik Gelugor pada 21 Ogos 2011.Tumpuan Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya dalam kenyataan akhbar itu ialah 'penjajahan' dan 'perjuangan'.Berkaitan isu penjajahan itu,yang dikutip ialah kenyataan berikut : "Tanah Melayu adalah negara naungan (protectorate) yang diiktiraf kedaulatan dalamannya.Kerana itu pemerintahan Tanah Melayu adalah termasuk Institusi dan Majlis Raja-Raja Melayu (DURBAR).Negeri-negeri Melayu (Bersekutu - FMS - atau Tidak Bersekutu - UFMS) tidak pernah menjadi colony atau tanah jajahan British". (petikan asal)

Yang ditegaskan di situ ialah kedudukan Tanah Melayu dalam sejarah yang panjang dan khusus di zaman British tidak pernah menjadi koloni (colony) atau tanah jajahan.Kedudukan yang diiktiraf ialah sebagai 'negeri-negeri naungan' atau protectorate.Daripada ulasan sejarahwan dan pengkaji sejarah,kenyataan itu dianggap benar walaupun ada ulasan bahawa kedudukan itu hanyalah sebagai legal fiction (Chandra Muzaffar, New Straits Times (NST),15.11.2011),Tun Dr. Mahathir Mohamad menambah,'The Advisor became the Ruler' (NST) dan Profesor Emeritus Khoo Kay Kim bersetuju secara am.Malangnya apa yang tidak dikutip oleh pemberita daripada kenyataan akhbar itu ialah ayat yang menjelaskan kedudukan tanah jajahan di Tanah Melayu : "Tanah Melayu tidak pernah terjajah (kecuali Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) walaupun kesan pentadbiran British itu merupakan satu bentuk 'penjajahan' (colonialism)… . Penilaian pengkaji sejarah kolonialisme British terhadap perilaku 'penjajahan' British itu disifatkan sebagai breach of trust (R. Braddell) atau indirect rule (R. Emerson). Mereka kelihatan melakukan penjajahan walaupun tidak sahih (legitimate),walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara." (tulisan bold adalah daripada teks asal).

Dengan demikian,kenyataan akhbar itu mengakui berlakunya 'penjajahan' oleh British di Tanah Melayu meskipun Tanah Melayu adalah sebuah protectorate. Justeru percanggahan antara sifat naungan secara de jure sifat penjajahan secara de facto maka dijelaskan dua ulasan pengkaji sejarah: Roland S. J. Braddell,seorang peguam penasihat Sultan Johor dan Raja-Raja Melayu yang menganggap penjajahan itu sebagai 'pecah amanah' terhadap kedudukan perundangan negeri-negeri Melayu; atau Rupert Emerson, sejarawan Harvard, sebagai 'pemerintahan tak langsung'.

Kenapa ditegaskan kedudukan negeri-negeri Melayu sebagai 'naungan' (protectorate) dan bukan 'tanah jajahan' (colony) walaupun berlaku penjajahan pada realitinya ??? Kenapa penilaian R. Braddell itu dan R. Emerson itu juga ditegaskan ???

Pertama,adalah wajar penulisan sejarah dilakukan dengan lebih kritis berasaskan fakta dan tafsiran yang wajar. Para sejarawan Malaysia telah banyak melaksanakan penilaian kembali sejarah nasional Malaysia terutama di dalam teks sekolah dengan melihat para penentang penjajahan British sebagai 'pejuang' dan menerima perjuangan awal golongan kiri sebagai perjuangan dan penentangan.Sejak persoalan historiografi Asia Tenggara hebat didebatkan terutama oleh sejarawan Belanda,J.C. van Leur, sebagaimana ditulis oleh para sejarawan Eropah,"from the deck of the ship, the ramparts of the fortress, the high gallery of the trading house," maka perubahan penilaian itu berlaku terus menerus sebagai proses pensejarahan yang biasa.

Kedua,gagasan kritis yang melihat penjajahan British sebagai 'pecah amanah' seperti saranan Braddell adalah amat bermakna kerana sikap sejarah seperti itu dapat membenarkan tuduhan bahawa meskipun Tanah Melayu seharus sebuah negara naungan tetapi segala perbuatan, tindakan dan kesan daripada pentadbiran British telah menyebabkan psikologi masyarakat Melayu menjadi 'involusi' (involuted),kemiskinan dan keterpinggiran dalam ekonomi,penindasan dalam pendidikan setakat darjah tiga dan kemudian ditambah kepada darjah enam rendah sahaja,ketiadaan sekolah menengah, kehancuran sistem perundangan Islam dan lebih utama lagi pewarisan masalah perkauman yang amat hebat.

Ketiga,penilaian sejarah sedemikian akan membolehkan kita untuk memahami dengan betul kenapa tindakan para pejuang kemerdekaan Tanah Melayu memilih 'perjuangan aman' dan tidak 'perjuangan bersenjata'.Para pejuang masyarakat Melayu yang menentang pentadbiran British memang mempunyai dua pilihan: penentangan dengan kekerasan dan dengan keamanan.Golongan kiri atau radical dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ingin menentang dengan kekerasan kerana mereka adalah terpengaruh dan terikut dengan gerakan anti-penjajahan Indonesia terutama oleh Sukarno dan Hatta. Kedua-dua pejuang Indonesia itu perlu tindakan menentang dengan kekerasan kerana mereka adalah juga golongan radikal, sosialis dan kiri,suatu fahaman yang amat berpengaruh pada zaman itu. Lebih penting lagi ialah Indonesia itu adalah 'tanah jajahan' (colony) Belanda sejak kurun ke-17.Maka perjuangan kemerdekaan adalah penentangan dengan kekerasan. Bilangan mereka juga amatlah ramai,dan cendekiawan Indonesia amat terdidik tinggi di Eropah.Golongan komunis bangun menentang dengan senjata, yang juga dibekalkan oleh British di zaman pemerintahan Jepun, untuk membina republik Komunis di Tanah Melayu.Dengan menggembleng sebahagian tenaga ketenteraan daripada empayarnya, Britain dan Tanah Melayu mengalahkan perjuangan militan komunis itu.Pasukan tentera dan Polis Tanah Melayu menyambung penyerangan itu hingga menang sepenuhnya pada tahun 1989.

Keempat,kerana kedudukan Tanah Melayu dan raja-raja Melayu adalah di bawah naungan British melalui perjanjian sejak 1874 maka seluruh rakyat Melayu menentang usaha British untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai 'koloni' melalui rancangan 'Malayan Union'.Serentak dengan itu pada 1948, berlaku penentangan bersenjata Komunis yang dilawan dengan kekuatan senjata yang lebih besar oleh British.Daripada pengalaman menentang 'Malayan Union' dan 'Darurat' itu pejuang seperti Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman memahami kekuatan dan kewajaran penentangan secara aman melalui perundingan terhadap British, seperti di India, dan bukan melawan secara bersenjata seperti di Zulu, Afrika.Tanggapan terhadap 'penjajahan' British itu sebagai naungan melalui perjanjian, menyebabkan berlaku 'perundingan' untuk membincang kembali penjanjian baru dengan British supaya dapat mencapai self-government (pemerintahan sendiri).Ini yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman apakala menuntut 'kemerdekaan'.

Kelima,bahawa negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu itu merupakan protectorate menyebabkan sistem kerajaan Melayu terpelihara dan kekal hingga kini. British sebagai kuasa kolonial boleh dengan mudah menghapuskan kedaulatan kerajaan Melayu seperti berlaku di Singapura pada 1824 terhadap Sultan Husin Syah. Kerana kedudukan perundangan negeri-negeri Melayu adalah naungan maka British terpaksa menghapuskan fakta 'kedaulatan raja Melayu' itu ketika menubuhkan Malayan Union.Meskipun kedaulatan (sovereignty) itu dikatakan hanya legal fiction tetapi di hati orang Melayu hal itu adalah benar. Penghapusannya menyebabkan seluruh bangsa Melayu menentang Malayan Union dan British tunduk kepada tuntutan aman itu.

Keenam,rundingan kemerdekaan telah memulangkan kembali kedaulatan itu kepada raja Melayu di samping rakyat Tanah Melayu. Rundingan Perlembagaan telah melibatkan wakil Raja-Raja Melayu. Hal itu bermakna, kedaulatan raja Melayu itu dihormati meskipun ia telah dipinggir dan diketepikan pada praktiknya di zaman pentadbiran British. Demikianlah juga semua peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang keistimewaan Melayu adalah natijah daripada kewujudan kedaulatan Melayu yang diwakili oleh raja-rajanya.Semua orang Melayu, terutama parti politiknya, dan rakyat Malaysia mesti memahami persoalan sejarah itu dengan lebih baik dan benar untuk dapat menilai dengan patut,betul dan bermakna.

Profesor Datuk Zainal Kling (Ahli Majlis Profesor Negara)

Filem Hantu Buncing & Kekhilafan Zizan

 
 
Hantu Bonceng telah pun menemui peminat filem tanah air pada 31 Ogos lepas sempena sambutan kemerdekaan dan sambutan aidilfitri. Lakonan hebat Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz dan ramai lagi telah pun memeriahkan kamu semua.


Filem arahan Ahmad Idham mengisahkan Amran yang gemar berlumba haram yang tiba-tiba terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa gadis yang memboncengnya. S Amran yangejak itu, gadis yang tidak tenteram itu menghantui Amran dan Amran meminta kekasihnya, Halimaton dan rakannya Kunyit sempurnakan mayat gadis tersebut.


Namun filem ini dikritik kerana kontroversinya dimana dalam satu adegan Hantu Bonceng, Zizan jelas menghina Rasulullah SAW dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar Syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan”. Ditambah dengan mempersendakan azan, memakai baju ada tanda salib death note ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu.




Zizan telah pun tampil meminta maaf atas kesilapannya menghina Rasulullah dalam filem tersebut dalam Twitternya.
 
 

Monday, 19 September 2011

Mat Indera


SIAPA sebenar Ahmad Indera atau Mat Indera? Persoalan ini mencetuskan polemik selepas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa Mat Indera yang mengetuai serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, 61 tahun lalu, sebagai pejuang kemerdekaan.

Malah, isu itu terus menimbulkan kontroversi apabila sebuah buku yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor didakwa menyenaraikan Mat Indera antara 22 tokoh pejuang di Johor. Ikuti penjelasan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengenai status Mat Indera.

Pembabitan dalam kegiatan pengganas tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan negara.

MAT Indera atau nama sebenarnya Ahmad bin Indera ialah anak Johor yang terbabit dalam gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan.

Beliau pada awalnya, seperti individu lain juga yang berjuang atas platform masing-masing, dengan matlamat yang sama iaitu membebaskan negara daripada belenggu penjajahan.

Bezanya, Mat Indera membabitkan diri dalam gerakan haluan kiri dengan menjadi ahli kepada sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhammad.

Sayap pemuda PKMM dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam. Haluan kiri ini termasuk juga gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang mempengaruhi pelbagai gerakan buruh dan masyarakat awam.

Apabila pihak berkuasa British menguatkuasakan Undang-Undang Darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu (selepas tindakan militan dan ganas PKM membunuh peladang British), semua parti politik berhaluan kiri seperti PKMM, AWAS, API dan PKM diharamkan.

Oleh itu, ramai ahli gerakan haluan kiri ini memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM ataupun meneruskan hasrat berjuang di atas platform lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Perjuangan melalui parti dan gerakan (UMNO) yang sah itu adalah lebih teratur dan meluas dengan membabitkan pelbagai pertubuhan Melayu di Semenanjung, yang akhirnya berjaya menuntut kemerdekaan tanah air dan membina sejarah serta melangsungkan tamadun moden pasca merdeka di negara ini.
Bagaimanapun, Mat Indera memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British.

Tindakannya terus menyertai PKM dan menyertai gerakan militan adalah haram, tidak sah dan tidak benar dengan menggunakan taktik kekejaman dan kezaliman, sehingga menyebabkan dia termasuk dalam golongan yang bertindak secara salah dan terpesong.

Ini berlainan daripada pemimpin haluan kiri yang lain seperti Dr Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad ataupun Ibrahim Yaakub tidak memilih untuk bertindak secara militan.

Kemuncak pembabitan Mat Indera dalam gerakan ganas dan kejam PKM itu ialah peristiwa serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950. Fakta yang diperoleh daripada pelbagai sumber oleh sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan bahawa Mat Indera telah merancang operasi ganas itu terhadap pegawai polis British, tetapi telah diingkari oleh anggota di bawah kepemimpinannya yang menyerang dengan kejam semua sekali anggota polis dan keluarga mereka di balai polis Bukit Kepong.

Sebagai seorang daripada pemimpin Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan, Mat Indera adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan berkenaan.

Natijahnya, dia telah dianggap oleh penduduk tempatan di kampungnya sebagai pengganas yang kejam dan zalim, sehingga mengancam ketenteraman dan keselamatan orang awam di tanah air. Sedangkan, ketika itu orang lain sedang bertungkus-lumus berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dengan kaedah yang lebih wajar, benar dan aman yakni melalui rundingan, bukan melalui kekejaman dan keganasan PKM yang memusnahkan nyawa, jiwa dan harta benda negara.

Mat Indera juga didapati berusaha keras mempengaruhi dan mengajak rakyat Melayu untuk menyertai kegiatan haramnya dalam gerakan PKM yang mempunyai cita-cita yang lebih buruk daripada Malayan Union British sebelum itu.

Komunis memang menentang pentadbiran British di Tanah Melayu secara militan bersenjata untuk menubuhkan People’s Democratic Republic of Malaya yang membawa natijah penghapusan kedaulatan Melayu di tanah airnya dan penguasaan bangsa asing di negeri Melayu.

Malaysia yang pada ketika itu dengan nama Persekutuan Tanah Melayu sangat-sangat bertuah kerana ramai penduduk tidak menyokong PKM, sebaliknya bersama-sama pasukan kerajaan membanteras kekejaman pengganas komunis.

Itulah yang berlaku sehingga tertangkapnya Mat Indera apabila kepemimpinan peringkat masyarakat di Kampung Parit Baru, Seri Medan sendiri yang merancang dengan kerjasama polis untuk memerangkap dan memberkasnya ketika dia datang ke kampung berkenaan.

Akhirnya Mat Indera berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman mati kerana peranannya dalam tindakan ganas dan jenayah membunuh dengan kejam sebagai anggota pergerakan komunis militan dan pengganas yang diharamkan sehingga ke hari ini.

Sokongan penduduk ini memberi sumbangan besar yang menyebabkan pengganas komunis gagal mencapai cita-cita mereka iaitu menubuhkan Republik Komunis Malaya.

Dalam hal ini, sudah tentu perjuangan pengganas komunis amat berbeza sekali dengan perjuangan UMNO yang diasaskan oleh Datuk Onn Jaafar dan diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, iaitu menuntut kemerdekaan melalui rundingan dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu Berdaulat berlandaskan Demokrasi Raja Berperlembagaan.

Berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong itu, Mat Indera dengan sengaja dan sedar menjadi anggota gerakan pertubuhan besar pengganas komunis PKM, sebagai Ketua Rejimen ke-10, yang kejam serta zalim serta mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam pada ketika itu.

Dia bukan seorang ‘pejuang’ untuk mendapatkan kemerdekaan negara yang pada masa itu sedang diusahakan secara rundingan aman dan lebih berhemah serta bertamadun.

Sehingga hari ini, ketika rakyat negara ini sudah merdeka dan berkerajaan sendiri sejak 1957, gerakan PKM tetap diharamkan. Gerakan itu diharamkan kerana cita-cita komunisme yang bertentangan dengan ajaran Islam, ketuhanan dan bersifat menindas perbezaan pendapat dalam sistem demokrasi, walaupun sudah ada perjanjian peletakan senjata parti itu di Betong (Thailand) dengan kerajaan Malaysia pada 1989.

Dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ) segala kajian, penulisan dan catatan yang berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak seperti Mat Indera, adalah data kemasyarakatan berkaitan seorang anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini, khususnya di Johor dalam perjalanan sejarah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Penulisan dan catatan berkenaan menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia kini, untuk mengayakan lagi khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi demi generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan masa akan datang. -BH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...