Ads 468x60px

-

Sunday 25 September 2011

Gambar Honda CR-V Baru Terbongkar



Reka bentuk HONDA CR-V baru ini masih lagi mengekalkan versi kereta konsep yang dipertunjukkan awal tahun ini, apabila gambar dan paten terbaru mula terbongkar di internet. HONDA telah mengeluarkan gambar rasmi model SUV HONDA CR-V yang bakal dipasarkan awal tahun 2012, dengan gambaran baru menunjukkan banyak perubahan drastik dilakukan pada gayadireka bentuk sebegitu rupa bagi menggambarkan lebih agresif.

Apa yang menarik adalah CR-V baru ini dihasilkan atas platform terbaru. Perubahan yang paling ketara terletak dibahagian hadapan, di mana CR-V menampilkan bamper depan (front grill bumper) lebih rendah dan ianya diintegerasikan pada keseluruhan model ini.
Tiga bar jeriji depan (horizontal front grille) tampak bergaya dan lebih dominan jika dibandingkan model CR-V sedia ada, pengenalan slimmed-down headlights cukup kemas pada kedua-dua sisi hadapan. Honda mendakwa perubahan gaya ini mampu memberikan lebih kuasa aerodinamik berbanding dengan model yang ada.

Pada bahagian belakang, model baru CR-V masih mengekalkan reka bentuk sama seperti model semasa. Honda turut menyatakan bahawa model baru ini lebih luas (spacious) pada bahagian dalaman malah CR-V baru ini lebih rendah bagi meningkatkan daya graviti dan keupayaan membawa muatan lebih dengan lebih cekap.
Model baru ini menjadi tumpuan dan mendapat perhatian besar semasa pameran di Orange County International Auto Show di California yang berlangsung minggu ini. Spesifikasi terperinci model baru ini masih belum dipaparkan kepada media dan umum, namun Honda menjanjikan kecekapan pembakaran bahan api serta ekonomikal. Secara kasar, model ini mungkin mengekalkan kuasa output 148bhp bagi kedua-dua varian enjin 2.0 dan 2.2 liter.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...