Hukum Bermuamalah Dengan Bank-Bank Perdagangan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, kali ke-32 yang bersidang pada 10-11 Jun 1993 di Kedah telah membincangkan Hukum Bermuamalah Dengan Bank-Bank Perdagangan. Muzakarah memutuskan:
- Bekerja di bank atau institusi kewangan hukumnya harus.
- Pinjaman bank atau institusi kewangan adalah haram hukumnya kecuali kerana terpaksa bagi memenuhi keperluan asas yang terdesak.
- Menyimpan wang di bank dengan tidak mengambil faedah hukumnya harus.
- Wang faedah yang diperolehi dari bank atau institusi kewangan adalah haram digunakan untuk diri sendiri tetapi hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
- Menerima berbagai-bagai-bagai bentuk hadiah dan pemberian dari bank dan institusi kewangan seperti biasiswa adalah harus hukumnya.
- Menyewakan bangunan kepada bank adalah haram.
- Memegang saham bank yang mengamalkan riba adalah haram. Dari segi hukum syarak, Lembaga Urusan dan Tabung Haji tidak boleh menyerahkan wang daripada akaun tidak aktif bagi pendeposit-pendeposit Tabung Haji kepada pendaftar wang yang tak dituntut.
0 comments:
Post a Comment