Ads 468x60px

-

Thursday 15 September 2011

Mengetahui Hari Subur Wanita

Mengetahui hari subur wanita adalah penting untuk tiga tujuan :-

(1) Bagi pasangan suami isteri yang merancang keluarga. Yang tidak selesa dengan cara lain seperti memakai kondom atau penggunaan pil perancang keluarga, yang mahu melepaskan mani terus dalam faraj isteri. Ada kajian mendapati melepas air mani ke dalam faraj wanita memberikan nikmat yang tinggi kepada perempuan.

(2) Mengetahui hari subur isteri bagi meningkatkan peluang untuk mengandung.

(3) Hari subur wanita merupakan hari yang paling berahi untuk wanita. Keinginan melakukan hubungan seks tinggi sewaktu hari subur. Bagi pasangan suami isteri yang ingin menikmati seks yang romantik adalah mencari hari paling subur.

Fakta tentang pusingan haid wanita perlu ketahui :-

1. Wanita biasanya mengeluarkan satu telur bagi setiap bulan pusingan haidnya. Jangkaan adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang berikutnya.

Telur yang dikeluarkan akan bergerak daripada ovari wanita ke rahim wanita melalui salur fallopian. Sperma lelaki perlu senyawakan telur dalam masa 24 jam dalam salur Fallopian ini. Satu-satu ruang yang akan memastikan telur yang disenyawakan sampai pada rahim pada masa yang bersesuai.

Telur wanita hanya hidup 36 ke 48 jam. Selepas itu ia akan mati. Walaupun jangka masa hidup telur wanita lebih panjang, namun jangka masa sesuai untuk senyawa telur hanya dalam masa 24 jam selepas ia dikeluarkan dan ianya perlu dilakukan sewaktu telur bergerak dalam salur Fallopian.

Lebih kurang 12 hari kemudian, lapisan permukaan rahim akan menanggal dan keluar sebagai haid wanita. Rahim kemudian akan membentuk lapisan baru untuk menunggu telur yang disenyawa pada pusingan haid berikutnya.

2. Sperma lelaki boleh bertahan dalam wanita sehingga 7 hari selepas air mani dipancut dalam faraj wanita.

Daripada fakta diatas jangkaan hari subur wanita boleh dikira. Sebagai contoh sekiranya wanita datang haid setiap 28 hari, maka waktu keluar telur adalah hari yang ke 14 daripada haid hari pertama. Sekiranya wanita datang haid setiap 32 hari, maka waktu keluar telur adalah hari ke 18.

Hari keluar telur, merupakan hari paling subur wanita. Dalam pusingan haid wanita terdapat tiga fasa, fasa tidak subur sebelum keluar telur, fasa subur dan fasa tidak subur sebelum haid berikutnya.

Fasa tidak subur sebelum keluar telur, adalah antara hari pertama haid sehingga hari ke tujuh. Ingin diingatkan sperma lelaki boleh bertahan sehingga 7 hari dalam wanita.

Jika wanita haidnya kering diantara hari pertama hingga hari ke tujuh. Sekiranya hubungan seks dan pancutan air mani dilepas dalam faraj wanita, maka kemungkinan untuk mengandung adalah rendah. Hari ke 7 biasanya hari berhati-hati. Pakailah kondom jika tidak mahu mengandung.

Hari ke 8 sehingga hari ke 16 adalah, hari yang tidak selamat bagi melepaskan air mani dalam faraj wanita, ini bagi pasangan suami isteri yang merancang keluarga. Ini adalah afasa subur wanita.

Bagi yang ingin mendapatkan anak, hari 13 dan 14 merupakan hari betul-betul sesuai untuk bersama melakukan hubungan seks dan memastikan peluang yang tinggi untuk mendapatkan anak.

Adalah diingatkan, walaupun pada hari paling subur, hubungan seks bukan hanya masuk dan lepaskan air mani sahaja dan berharap sperma lelaki akan bertemu dengan telur di salur Fallopian. Untuk meninggikan lagi peluang untuk isteri mengandung. pasangan suami dan isteri perlu dengan berahi yang tinggi. Dengan berahi yang tinggi akan membuat pasangan suami dan isteri mencapai klimak atau orgasm yang tinggi.

Berahi dan Klimak dan orgasm yang tinggi, akan memastikan air mani dengan sperma yang terbaik dihasilkan. Wanita pula akan membuat faraj dan rahim menarik masuk mani dan sperma lelaki dengan denyutan-denyutan yang lagi mencepatkan sperma sampai ke salur fallopian. Ingat ya. Hanya ada 24 jam untuk memastikan isteri mengandung.

Hari yang selamat untuk melepaskan mani didalam adalah selepas hari ke 17 sehingga haid pertama berikutnya. Ini adalah fasa tidak subur sebelum haid berikutnya.

Penerangan diatas adalah untuk pusingan haid 28 hari.

*** Untuk pusingan haid 32 hari. Kiraan adalah seperti berikut. ***

Telur dijangka keluar hari ke 18.

Hari selamat fasa sebelum keluar telur. Adalah hari pertama sehinggalah hari ke sebelas.

(18 tolak 7 = 11 :- 18 hari keluar telur. 7 adalah jangka masa hidup sperma dalam wanita). Hari ke sebelas adalah hari perlu berhati-hati, pakailah kondom sekiranya tidak mahu wanita mengandung.

Fasa subur adalah bermula dari hari 12 sehingga hari 20. Waktu paling sesuai untuk peluang mengandung yang tinggi adalah hari ke 18 dan 19.

Hari selamat fasa sebelum haid berikutnya adalah hari ke 21 sehinggalah hari 32 atau datang haid berikutnya.

Lakukan kiraan seperti diatas bagi pusingan haid dengan jangka masa yang berlainan. Yang paling penting menentukan hari keluar telur wanita iaitu 14 hari sebelum jangka haid berikutnya.

Wanita dinasihatkan menyimpan rekod datang haid pertama setiap bulan bagi memastikan jangkaan hari keluar telur dan subur dapat ditentukan.

Penerangan diatas masih tidak tepat. Nasihat daripada doktor dan pakar kesuburan masih diperlukan bagi memastikan kiraan yang betul.

*** Kiraan Kalendar Untuk Merancang Keluarga ***

Sekira pasangan mahu menggunakan cara kiraan bagi merancang keluarga. Simpanan maklumat haid isteri selama 6 bulan perlu diketahui. Fakta bahawa pusingan haid wanita tidak tetap perlu diambil kira.

Untuk menentukan hari pertama subur bagi fasa subur maka

Dapatkan pusingan haid yang paling pendek dalam catatan 6 bulan pusingan haid. Sebagai contoh ada pusingan haid mengambil masa hanya 27 hari sahaja. Tolakan dengan 18 hari maka mendapat hari ke 9.

Untuk mendapatkan permulaan hari bagi fasa tidak subur sebelum haid berikutnya. Dapatkan pusingan haid paling lama. Contohnya 31 hari. Maka tolakan dengan 11 hari. Maka hari permulaan bagi fasa tidak subur sebelum haid adalah hari ke 20.

Diringkaskan.

Hari pertama datang haid hingga hari ke lapan merupakan fasa tidak subur pertama. (Hari 7 dan 8 merupakan hari berhati-hati. Pakailah kondom jika tidak mahu mengandungkan isteri).

Hari 9 hingga 20 merupakan hari-hari memboleh wanita mengandung atau fasa subur wanita. (hari 13 hingga 18 adalah jangkaan hari-hari keluar telur. Masa-masa yang sesuai untuk suami isteri untuk mendapatkan anak).

Lelaki perlu menjaga kesihatan diri untuk memastikan sperma yang kuat bertahan dalam faraj wanita bagi jangka masa diatas. Adalah penting hubungan seks jika mahu isteri mengandung perlulah romantik dan mencapai berahi yang tinggi bagi kedua-dua pasangan.


hari 21 keatas adalah hari selamat untuk melepaskan mani dalam faraj wanita atau fasa tidak subur sebelum datang haid berikutnya.

Penerangan diatas masih tidak tepat. Nasihat daripada doktor dan pakar kesuburan masih diperlukan bagi memastikan kiraan dan cara yang betul.


Berahikan Atau Gairahkan Pasangan Anda

Berahi atau gairah seks adalah penting bagi menjadikan hubungan seks mencapai klimak atau orgasm yang memuaskan suami isteri. Bagi lelaki dan perempuan masing-masing mempunyai cara untuk mencapai rasa gairah dan berahi.

Bagi mencapaikan hubungan seks yang bermakna, rancangkan satu sesi yang dirasakan satu malam tanpa gangguan dan penuh kesediaan. Buat pilihan hari yang dijangkakan isteri sedang subur. Biasanya lima ke enam hari selepas haid kering.

Sesi hubungan seks istimewa boleh dirancang ditempat-tempat yang menarik hotel tiga, emat atau lima bintang. Keselesaan dan ketenangagn perlu bagi menimbulkan gairah yang berpanjangan.

Ada kajian mendapati, isteri cepat gairah dan cepat berahi seks sewaktu sedang subur. adalah penting untuk menyediakan pencegahan hamil seperi kondom atau amalan pil perancang. Turut sediakan pil perancang kecemasan yang dipanggil emergency contremption pill atau morning after pill.

Nikmat tertinggi hubungan seks apabila dapat pancutkan mani didalam faraj wanita dan klimak bersama sewaktu sedang subur. Sememangnya biologi hubungan seks adalah sebegitu. Faraj wanita perlu dipenuhkan dengan air mani. Air mani yang mempunyai pelbagai khasiat seks akan bertindak balas dengan otot faraj dan menimbulkan klimak wanita dan kemutan yang kuat yang turut memberi kesedapan kepada batang zakar lelaki.

Dua tiga hari sebelum hari yang dirancangkan untuk melakukan hubungan seks yang penuh gairah dan hebat, usaha untuk meningkatkan berahi suami isteri perlu dilakukan.

Syarat utama adalah untuk tidak melakukan hubungan seks sehingga hari yang dirancangkan telah tiba.

Suami perlu lebih romantik. Rancangkan sesuatu seperti hadiahkan bunga, makan malam bersama atau hadiahkan baju tidur jarang dan seksi atau minyak wangi yang meningkatkan gairah seks.

SMS atau telepon menyatakan rasa rindu dan gairah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...