Ads 468x60px

-

Sunday, 18 September 2011

Movie : Leftenan Adnan



Pengarah : Aziz M.Osman
Syarikat Penerbit :     Paradigm Film Sdn. Bhd. , Primeworks Studios Sdn Bhd (Formelly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.)
Bahasa :     Bahasa Melayu
Genre :     Patriotik, Sejarah, Aksi, Peperangan
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 30 Ogos 2000
Durasi : 120 min
Format :35mm

Pengarah : Aziz M.Osman
Penulis: Aziz M.Osman
Lakon Layar : Aziz M.Osman / AR Sulaiman / Ramli Long

Lakonan:
Hairie Othman : Leftenan Adnan (Pelakon Utama)
Umie Aida : Safiah (Pelakon Utama)
Farid Amirul : Mejar Fujiwara (Pelakon Pembantu)
Faizal Hussein : Prebet Ayob (Pelakon Pembantu)
Rusdi Ramli : Prebet Malik (Pelakon Pembantu)
Wahid Senario : Ismail Malim Mas (Pelakon Pembantu)
M.Osman : Pak Saidi (Pelakon Pembantu)
Shaharuddin Thamby : Ibrahim Yaakob (Pelakon Pembantu)
Sherie Merlis :  Tumirah (Pelakon Pembantu)
Rambo : Jen. Yamashita (Pelakon Pembantu)
T.S Jeffry : Pemimpin Komunis (Pelakon Pembantu)
Johan Abdullah : Pegawai Tentera British (Pelakon Pembantu)
Zul Yahya  : Ahmad (Pelakon Pembantu)
Omar Nasrulhaq : Lt. Jen. AE Percival (Pelakon Pembantu)
Mohd Sany :  Lt. Jen. Suguwara (Pelakon Pembantu)
Mohd Razak : Sjn. Ngah (Pelakon Pembantu)
Suhaimi Sulong : Mej. Spencer Chapman (Pelakon Pembantu)
Ghazali Ismail : Sjn. Ibrahim (Pelakon Pembantu)
Zam Azhari Zain udin : L.Kpl. Jibal (Pelakon Pembantu)
Khalid Ismail  : Pbt. Baharom (Pelakon Pembantu)
Wan Shakri Wan Ee : Pbt. Ali (Pelakon Pembantu)
Kamaruzaman Ariffin : Pbt. Darus (Pelakon Pembantu)

Anugerah:
Festival Filem Malaysia ke 15 (2001) : Filem Terbaik
Festival Filem Malaysia ke 15 (2001) : Sutradara Terbaik
Festival Filem Malaysia ke 15 (2001) : Penataan Seni Terbaik

Anugerah (Pencalonan):

Festival Filem Malaysia ke 15 (2001) : Pelakon Wanita Terbaik
Festival Filem Malaysia ke 15 (2001) : Lakon Layar Terbaik
Festival Filem Malaysia ke 15 (2001) : Penataan Bunyi Terbaik


Sinopsis:

Pada tahun 1934, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh anggota tentera British yang bertujuan untuk mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi berminat menjadi tentera, namun ibubapa beliau tidak merestui kemahuannya itu. Adnan nekad, bersama beberapa orang rakan, mereka keluar dari kampung dan menuju ke kem latihan ketenteraan di Port Diskson. Di situ mereka mendaftarkan diri dan menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Adnan melayakkannya terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi Kolor Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Ketika Perang Dunia Kedua, Leftenan Adnan Saidi telah terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan tentera Jepun. Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir Panjang, Singapura itu menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni oleh musuh. 
 
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...