Ads 468x60px

-

Sunday, 18 September 2011

Movie : Sarjan Hasan

 
 
Pengarah : Tan Sri P. Ramlee, Lamberto Avellana
Penulis: Ralph Modder(Cerita Asal) / Tan Sri P. Ramlee
Syarikat Penerbit : Malay Film Productions Ltd
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Patriotik, Sejarah, Drama, Peperangan
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 26 Ogos 1958
Format : 16mm

Lakonan:
Tan Sri P. Ramlee : Sarjan Hassan (Pelakon Utama)
Datin Saadiah : Salmah (Pelakon Utama)
Jins Shamsudin : Aziz (Pelakon Utama)
Salleh Kamil : Buang (Pelakon Utama)
Capten John Gray RMR : (Pelakon Utama)
Capten David Downe R.M. : (Pelakon Utama)
Daeng Idris : Pak Lebai (Pelakon Pembantu)
Aini Jasmin : (Pelakon Pembantu)
Nyong Ismail : (Pelakon Pembantu)
Leng Hussein : (Pelakon Pembantu)
Omar Rojik : (Pelakon Tambahan)
S. Shamsudin : (Pelakon Tambahan)
Koperal Rashid : (Pelakon Tambahan)
M. Rafee : (Pelakon Tambahan)
Adek Jaafar : (Pelakon Tambahan)
Kemat Hassan : (Pelakon Tambahan)
Habibah Haron :(Pelakon Tambahan)
Omar Suwita : (Pelakon Tambahan)
Zainol Bakar  : (Pelakon Tambahan)
Ali Fiji  : (Pelakon Tambahan)
 
    

Sinopsis:

HASSAN (ketika berusia 10 tahun) telah ditinggalkan ayahnya yang meninggal dunia.  Dia menjadi yatim piatu dan kerana ayahnya adalah bekas pekerja Tok Penghulu, Hassan dijadikannya sebagai anak angkat. Tok Penghulu mempunyai seorang anak lelaki (Aziz) yang tidak menyukai Hassan tinggal serumah dengannya tetapi bagaimanapun pembantu rumah (Minah) sayangkan Hassan.  Aziz sering mendera Hassan tetapi Hassan menghadapinya dengan tenang dan tabah.  Suatu ketika Aziz telah mengapi-apikan kawan sekolahnya (Buang) dengan menyatakan Hassan boleh menewaskannya kalau beradu kekuatan yang mana ini menyebabkan Buang mencari pasal dengan Hassan supaya perkelahian berlaku.  Hassan enggan melayan karenah Buang bagaimanapun perkelahian berlaku juga tetapi Hassan tidak melawan.

Hassan disenangi oleh Salmah dan dia sering membela Hassan jika berlaku perkelahian Hassan dengan Buang.  Perhubungan mereka terjalin dengan lebih mesra apabila dewasa.  Salmah tidak sukakan Aziz walaupun Aziz jatuh hati kepadanya. Suatu hari Aziz terbaca dalam suratkhabar Askar Melayu perlukan orang baru.  Aziz meminta kebenaran ayahnya untuk memohon dan telah dipersetujui.  Hassan juga ingin menyertai menjadi askar dan meminta izin ayah angkatnya untuk pergi tetapi dia tidak dibenarkan.  Tok Penghulu lebih suka Hassan berada bersamanya supaya dapat menguruskan sawah dan lading.  Hassan kecewa.
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...