Ads 468x60px

-

Monday, 19 September 2011

Movie : Senario Ops Pocot



Pengarah : Ismail bob Hashim
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu | kategori : Filem Cereka
Genre : Komedi | Tarikh Tayangan : 21 Julai 2011
Durasi : 83 min | Audio : Dolby | Format : 35mm

Pengarah : Ismail bob Hashim
Penerbit: David Teo (Penerbit)

Lakonan:
Azlee Senario - Azli (Pelakon Utama)
Mazlan Pet Pet - Lan (Pelakon Utama)
Wahid Senario - Wahid (Pelakon Utama)
Diana Amir - Mala (Pelakon Pembantu)
Mas Muharni - Azie (Pelakon Pembantu)
Kamal Adli - Hairi (Pelakon Pembantu)
Sasqia (Pelakon Pembantu)
Mr.Os - Pak Bat (Pelakon Pembantu)


Filem Senario terakhir dengan Metrowealth Pictures (MIG) meninggalkan kenangan manis buat anggota Senario kerana dapat bekerjasama dengan anggota RELA. Ismail Bob Hasim sebagai pengarah cuba mengimbangi komedi dengan sebuah perbadanan kerajaan yang serius. Bagi anggota Senario, mereka mengharapkan agar filem ini dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat untuk sertai RELA. Malah Azlee, Wahid dan Mazlan menjalani latihan fizikal seperti anggota RELA sebenar. GUA puji dengan niat Senario mahu berkhidmat untuk masyarakat.

Moga filem Senario akan datang mampu membawa pembaharuan besar dan tidak statik seperti ditakuk lama memandangkan pelawak baru muncul bagaikan cendawan tumbuh. Mengisahkan tiga lelaki bermasalah di tempat kerja bertemu ketika menyertai pasukan RELA. Azlee, pegawai keselamatan di sebuah kompleks membeli-belah yang kurang stamina dan asyik tidur. Mazlan pekerja swasta yang penakut dan sering menjadi mangsa buli dan Wahid pula bekerja di syarikat pembekal buruh asing yang punya masalah berkomunikasi. Ketika latihan RELA, mereka diberi latihan ketat oleh Pak Bad (Mr. Os). Saksikan gelagat lucu mereka ketika menjalani latihan disamping berdepan dengan gangguan Hairi (Kamal Adli), Bob (Shahfiez) dan Maman (Hairul Azreen). Tetapi pertemuan dengan tiga gadis mengubah hidup mereka apabila masing-masing jatuh cinta dengan Ann, Azie dan Mala.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...