Ads 468x60px

-

Thursday 29 September 2011

Pakatan tidak laksana hudud

Pembangkang tolak cadangan Nik Aziz kerana tak tepati dasar bersama

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang sepakat tidak akan melaksanakan undang-undang hudud seperti yang dicadangkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana pelaksanaannya tidak menepati dasar bersama pakatan itu, Perlembagaan Persekutuan dan kandungan Buku Jingga.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya menghormati pendirian PAS berhubung undang-undang berkenaan tetapi pada masa sama menerima perbezaan pendirian DAP yang membantah pelaksanaannya.
Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan. - Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang
“Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang selama kira-kira tiga jam di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut di sini, lewat malam tadi.

Turut hadir, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Isu hudud dibangkitkan Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini yang bercadang untuk melaksanakannya di Kelantan. Bagaimanapun, cadangan itu mendapat bantahan rakan sekutu parti itu, DAP.

Ditanya sama ada keputusan itu akan berubah pada masa akan datang, Anwar berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah membincangkan perkara itu jika ia dibangkitkan.
Anwar berkata, pakatan pembangkang juga tidak boleh menafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pandangan berhubung isu itu.

“Kita mengambil berat pandangan itu dengan serius, mereka (DAP) juga mengkaji dan menghormati (pandangan PAS),” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...