Ads 468x60px

-

Saturday, 24 September 2011

Pewarisan Harta Dan Harta Sepencarian Yang Dilaksanakan Di Rancangan Felda

 

Muzakarah Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-38, yang bersidang pada 21 Jun 1995 di Negeri Sembilan telah membincangkan berkaitan hukum Pewarisan Harta dan Harta Sepencarian Yang Dilaksanakan Di Rancangan FELDA. Muzakarah telas memutuskan bahawa:
 
  1. Amalan yang dilaksanakan di Rancangan FELDA mengenai pewarisan harta yang berdasarkan Akta Tahun1960 adalah tidak bertentangan dengan hukum syarak kerana persetujuan meletakkan satu penama itu dibuat atas persepakatan semua pihak yang terlibat.
  2. Sekiranya tidak mendapat persetujuan waris-waris untuk melantik seseorang daripada mereka sebagai wakil maka:   
             a. Harta si mati hendaklah dijual
             b. Penjualan harta tersebut hendaklah diberi keutamaan kepadawaris.         
             c. Hasil daripada penjualan harta tersebut hendaklah dibahagi-kan kepada waris mengikut
                 faraid, dan  
             d. Kalau harta si mati tidak habis dibahagikan kepada waris mengikut faraid maka lebihan       
                 pembahagian itu hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.    
                    
     3.      Amalan yang dilaksanakan di Rancangan FELDA mengenai harta sepencarian tidak 
              bertentangan  dengan hukum syarak.
 
Sila klik di sini

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...