Ads 468x60px

-

Sunday, 18 September 2011

Resipi Mebuat Roti John

 
Bahan:
200gm daging cincang
3 biji roti perancis yang kecil
6 biji telur
2 biji bawang besar
1 batang cili merah dihiris
sedikit serbuk lada hitam dan garam

Sos Roti John:
15 tangkai lada kering kisar
5 sudu makan tomato sos
sedikit cuka, air dan sedikit gula dan garam
Campurkan semua bahan-bahan diatas dan masak hingga mendidih

Cara membuat:
Daging cincang disangai dengan sedikit rempah sop.
Pukul telur dengan sedikit garam dan lada hitam.
Masukkan daging, bawang besar dan hirisan cili merah.
Roti dibelah dua dan letakkan adunan telur diatas roti dan masak di kuali yang telah dilengseri dengan sedikit minyak masak.
Balik-balik kan. Setelah masak, hidangkan bersama hirisan timun, tomato dan daun salad.
Asal Usul...ikut citer orang laaa

Pada masa perang dulu, bila jepun dah kalah, tentera mat saleh yang ada dalam negara ni pun nak kena balik ke negara asal mereka. Semasa proses menaiki kapal terbang untuk balik ke negara asal tu, ada seorang tentera mat saleh yang bernama John tiba-tiba sakit perut dan hendak buang air. Airport masa dulu mana ada tandas macam sekarang, terpaksalah dia merayau-rayau di kawasan berdekatan cari tandas untuk lepaskan hajatnya.

Bila je sudah selesai buang air, si john tadi balik semula ke airport untuk naik kapal terbang, tapi rupanya telah di tinggalkan oleh pasukannya. tinggallah John terkontang-kanting keseorangan kat airport tu.

Bila tiba waktu makan si john ni rasa lapar sangat, dia cuma ada bekalan sebuku roti panjang  dan satu paket daging cincang sahaja yang diambil dari khemah  tenteranya. John ni pun terfikir macam mana nak kasi sedap roti dia tu.

Lalu dia singgah di sebuah rumah kampung kat situ, kebetulan rumah tu ada bela ayam dan kebetulan jugak ada telur ayam yang fresh. Jadinya dia mintak dengan tuan rumah tu sebiji telur ayam untuk dia gunakan.

Kemudian si John tu buka peralatan memasaknya dan gorang teur ayamnya, dia juga masukkan semua daging cincang tu ke dalam telur goreng tadi. Bila sudah siap diletakkan campuran telur dan daging cincang tadi ke dalam rotinya. Bila di makan terasa pulak sedapnya. Dan memandangkan John ni mat saleh tak suka makan nasi, dia putuskan itulah makanan utamanya sementara menunggu kapal terbang lain.

Disebabkan John tak cukup duit, dia tefikir untuk menjual roti yang ciptanya untuk mengumpul sedikit duit belanja. Dan sejak itulah roti john mula menjadi terkenal dari masa ke semasa sehinggalah hari ini dan semakin bertambah resepinya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...