Pemakanan yang baik bukan sahaja penting untuk kesihatan dan tumbesaran secara fizikal, tetapi juga sangat penting untuk perkembangan otak. Perkembangan otak yang optimum bermula daripada peringkat kehamilan dan perlu diteruskan selepas anak dilahirkan. Pengambilan asid lemak penting kerana otak manusia terdiri daripada 60 peratus lemak.
Cara utama untuk menggalakkan perkembangan optimum otak kanak-kanak ialah melalui diet yang mengandungi asid lemak perlu yang mencukupi. Asid lemak perlu tidak boleh dihasilkan oleh tubuh dan perlu diperoleh daripada makanan. Oleh itu, ibu bapa perlu tahu apakah asid lemak perlu, mengapa anak anda perlukannya dan bagaimana untuk memastikan dia mendapat amaun yang secukupnya.
Lemak yang diperlukan untuk fungsi otak ialah Omega-3 dan Omega-6. Omega-3 dan Omega-6 merupakan komponen utama pada sel membran anak anda. Asid lemak Omega-3 mengandungi asid alfalinolenik (ALA) yang boleh bertukar menjadi asid eikosapentanoik (EPA) dan asid dokosaheksanoik (DHA). Kumpulan asid lemak ini menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dan penting untuk perkembangan dan fungsi otak anak anda.
Manakala asid lemak Omega-6 pula mengandungi asid linolenik (LA) yang boleh bertukar kepada asid linolenik gamma (GMA) dan asid linolenik berkonjugat yang menyokong sistem imunisasi yang sihat. Disebabkan kedua-dua asid lemak ini penting, kekurangannya boleh mengganggu proses perkembangan otak kanak-kanak.
Asid lemak Omega-3 boleh didapati daripada kacang soya, kekacang, tuna dan salmon. Asid lemak Omega-6 pula boleh didapati daripada kekacang, jagung, minyak bunga matahari, bijan dan minyak sayuran.
Omega-3 dan Omega-6 turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara bahan yang terdapat dalam kumpulan eicosanoids ialah prostaglandins. Peranan prostaglandins pada tubuh ialah :
-Memastikan suhu badan kekal pada tahap normal.
-Membaik pulih sel dan membentuk sel-sel baru.
-Mengawal tekanan bendalir terutamanya pada bahagian mata dan telinga.
-Penting untuk tindak balas alergik.
-Mengawal aturan sistem pencernaan di dalam perut.
-Membaik pulih sel dan membentuk sel-sel baru.
-Mengawal tekanan bendalir terutamanya pada bahagian mata dan telinga.
-Penting untuk tindak balas alergik.
-Mengawal aturan sistem pencernaan di dalam perut.
Fungsi Lemak

Lemak penting kepada anak anda kerana dapat membantu penyerapan nutrien, transmisi saraf dan mengekalkan keutuhan membran sel. Selain daripada membekalkan tenaga, lemak juga membantu mengekalkan kesihatan rambut dan kulit, melindungi organ penting dalam tubuh dengan menebat dan mengekalkan susu badan.
Fungsi lemak dalam tubuh anak :
1. Membekalkan bagan seakan hormon untuk mengawal banyak fungsi badan.
2. Asid lemak Omega-3 membantu pertumbuhan, perkembangan dan fungsi otak.
3. Membantu tubuh menyerap vitamin A,D, E dan K yang larut lemak.
4. Membekalkan komponen struktur mielin, sarung penebat lemak di sekeliling setiap saraf bagi membolehkannya menghantar perutusan dengan cepat.
5. Komponen penting untuk kesihatan dan fungsi membran.
6. Menebat dan bertindak sebagai penyerap hentakan bagi tulang dan organ.
Menurut Robert Steele, Pakar Pediatrik di St. John’s Children Hospital Springfield, Missouri, diet seorang kanak-kanak mengandungi jumlah lemak lebih dari 30%. Hal ini bermakna, jumlah lemak yang hadir di dalam diet kanak-kanak adalah bergantung kepada sumbernya sama ada daripada susu atau daripada makanan.
Menurut ‘Healthy Eating Index’ (HEI) 2001, hanya 38% - 39% kanak-kanak yang mematuhi jumlah lemak yang dicadangkan. Keadaan inilah yang membimbangkan kerana tabiat pemakanan yang tidak baik di kalangan anak kecil boleh menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan mereka seterusnya bertindak sebagai asas kepada tabiat pemakanan yang tidak baik apabila dewasa kelak.
Kanak-kanak memerlukan lebih banyak lemak dalam diet mereka. Oleh yang demikian, dinasihatkan kepada setiap ibu bapa agar memberikan anak mereka 2 hingga 3 cawan susu setiap hari. Walaupun ramai ibu bapa khuatir mengenai pengambilan lemak berlebihan, kanak-kanak yang berumur di bawah 2 tahun tidak seharusnya diberi susu rendah lemak, susu skim atau susu tanpa lemak, kecuali dinasihatkan oleh pakar pemakanan dan pakar pediatrik. Kandungan lemak mengikut saranan susu hidangan untuk setiap hari adalah memadai dan boleh menolong membekalkan jumlah keperluan tenaga untuk tumbesaran yang normal.
0 comments:
Post a Comment