Ads 468x60px

-

Monday, 17 October 2011

1,400 jemaah haji akan jadi tetamu istimewa Raja Abdullah



JEDDAH: Sejumlah 1,400 orang Islam di seluruh dunia akan menunaikan haji sebagai tetamu Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Abdullah, menurut Menteri Hal Ehwal Islam Saleh Al-Asheikh, semalam.
Saleh berkata, dalam program ini, Raja Abdullah akan menerima tetamu daripada Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Turki, Thailand, Filipina, Kemboja, Kazakhstan, Sri Lanka, Tajikistan, Nepal, Afghanistan, Vitenam, Malaysia, Russia, Hong Kong, Mongolia, Singapura dan Myanmar.

Setakat ini, 18,000 jemaah dari seluruh dunia telah menunaikan haji sebagai tetamu Arab Saudi.

Program ini dijalankan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Seruan dan Bimbingan.

“Untuk tahun ini, kami menjemput jemaah dari negara yang tidak menjadapat jemputan tahun lepas. Kami ingin menjemput lebih ramai warganegara lain dalam program ini,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...