Ads 468x60px

-

Wednesday 26 October 2011

Di Mata Rakyat Afrika, Gaddafi Dianggap Sebagai Syuhada dan Dermawan Sejati

 

HHRS 2.0 - Di masa Muammar Gaddafi hidup, dia sering menyumbang puluhan bilion dollar kepada beberapa negara-negara termiskin di Afrika. Bahkan ketika dia datang melawat negara-negara miskin tersebut, pemimpin Libya eksentrik ini boleh menimbulkan kekaguman ramai orang dengan membahagi-bahagikan wang kepada pengemis di jalanan.

"Ketua negara-negara lain hanya memandu dan berlalu begitu saja dengan limusin mereka. Sedangkan Gaddafi berhenti, meminta pengawalnya menjauh dan menjabat tangan dengan kami," kata Cherno Diallo, Isnin lalu (24/10) di sebuah hotel yang dibiayai oleh Libya. "Kematian Gadhafi telah menyentuh setiap warga di Mali, kami semua merasa sedih dan kehilangan."

Sementara kekuatan Barat yang menggembar-gemburkan kematian Gaddafi, ramai warga Afrika berkumpul di masjid yang dibina dengan wang Gaddafi untuk meratapi orang yang mereka anggap sebagai syuhada anti-imperialis dan dermawan tersebut.

"Apakah hidup Gaddafi lebih penting daripada beribu-ribu orang yang telah tewas selama perang di kedua-dua negara ini?" tanya salah seorang penjaga kedai di negara Afrika Barat kecil Gambia, yang bercakap pada keadaan 'anonymity'.

Beberapa penganalisis menganggarkan rejim Gaddafi melabur lebih dari 150 bilion dolar di negara-negara asing, sebahagian besar ke negara-negara Afrika yang miskin.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...