Ads 468x60px

-

Sunday, 23 October 2011

Ghadafi Menawarkan Harta Kekayaannya ...Seseorang Menjerit, Sepatutnya Kamu Berdoa Sebelum Mati - Saksi

 
Seorang saksi, Hammad Mufti Ali, 28, memberitahu bagaimana bekas pemimpin Libya dengan penuh kekalutan merayu untuk hidup dengan menawarkan emas dan wang kekayaannya yang diluar dugaan mereka sebelum dibunuh selepas dia diseret dari persembunyiannya dari dalam pembetung.
 
Encik Ali berkata: "Pada satu ketika seseorang menjerit kepadanya bahawa dia sepatutnya bukan bercakap tentang wang, sebagai seorang Muslim yang baik, dia seharusnya berdoa untuk dirinya sendiri yang diamanahkan kepada Allah sebelum mati. 
 
"Tetapi dia terus berkata bersedia untuk memberikan kita sebanyak mana wang dan emas yang kita mahukan."
 

 
Encik Ali, komander briged di Sirte, kepada akhbar Itali Corriere Della Sera: "Semasa dia ditarik dari tempat persembunyiannya, dia berkata bersedia untuk menawarkan apa-apa pertukaran untuk nyawanya. Beliau berkata, beliau mempunyai wang dan emas bagi kita jika dia dilepaskan.

"Dia kehilangan banyak darah - beliau berusia 69 tahun dan tubuhnya tidak bermaya lagi. Dia telah luka di seluruh anggota tubuh akibat kesan dipukul"
Kolonel Gaddafi dikatakan mempunyai lebih $200bn (£125bn) dalam bentuk wang tunai dan emas yang tersembunyi dalam beberapa akaun rahsia di seluruh dunia.
Laporan awal tahun ini selepas permulaan revolusi beliau telah menerbangkan harta kekayaannya ke Zimbabwe.
 
 
 Rakya Libya Berbaris enunggu giliran melihat mayat Ghadafi
 
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah berkata ia percaya Libya mempunyai sekurang-kurangnya 140 tan emas tersembunyi dan sebahagian besar tersimpan di dalam peti besi bank pusat di Tripoli. [orange.co.uk]

"Sesungguhnya harta yang menggunung tidak mampu untuk menyelamatkan kamu sama ada di dunia dan akhirat, kecuali jika harta kamu  itu kamu gunakan untuk kebaikan menuju ke jalan Allah"
 
Wallahualam (Hanya Allah Yang Lebih Mengetahui Segala-galanya) Semoga Allah SWT memberi kepada kita hidayah dan maghfirah kepada kita semua dengan belas ehsan-Nya yang maha luas.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...