Ads 468x60px

-

Sunday, 23 October 2011

Kemalangan Maut Di Moto GP Malaysia 2011 : Marco Simoncelli Terbunuh (Gambar Nahas)



Perlumbaan Motosikal Grand Prix (MotoGP) Shell Advance Malaysia 2011 mencatatkan sejarah hitam apabila ia terpaksa dibatalkan selepas berlaku kemalangan maut pada pusingan kedua di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).Kemalangan tersebut melibatkan tiga pelumba, Colin Edwards dari Amerika Syarikat serta dua penunggang dari Itali, Marco Simoncelli dan Valentino Rossi.


Di bawah ditampalkan gambar-gambar ketika nahas berlaku.



Penunggang Honda, Marco Simoncelli disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).



Dua lagi pelumba yang terlibat dalam kemalangan, Colin Edward(Monster Yamaha Tech 3) mengalami cedera di bahu dan Valentino Rossi (Ducati) tidak mengalami sebarang kecederaan.


Simoncelli dilaporkan mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, leher dan dada.


Topi keledar Simoncelli tercabut ketika kemalangan di selekoh 11 apabila beliau tergelincir dengan motosikalnya melintang di atas litar dan ketika itu menjadi laluan Edwards dan Rossi.



Edwards yang menunggang Yamaha turut terjatuh tetapi terselamat daripada sebarang kecederaan serius manakala Rossi berupaya dapat menunggang motosikalnya balik ke pit. 


Perlumbaan itu terus diberikan bendera merah dan Simoncelli yang kaku di atas litar terus dibawa ke pusat perubatan menggunakan ambulans.


Menurut Pengarah Perubatan, Dr Michele Macchiagodena, Simoncelli telah diberi bantuan pernafasan namun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4.56 petang.

Marco Simoncelli (1987-2011)
P/S: Memang sukan lumba motor ini antara sukan yang paling merbahaya di dunia. Seperti sukan Formula 1 , MotoGP amat mementingkan aspek keselamatan , namun kemalangan akan tetap dan boleh berlaku. Sekurang-kurangnya kematian pelumba ini akan diingati dan disanjung oleh dunia permotoran. Itu lumrah dunia dan ia perkara biasa.


Walluhu'alam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...