Tuesday, 18 October 2011
Khidmat ulama 24 jam
JEDDAH: Badan Pentadbiran Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci akan menyediakan lebih 100 pondok telefon di lobi dan pintu pagar Masjidil Haram.
Pembantu Setiausaha Rendah badan itu, Yousuf bin Abdullah al-Wabil berkata, semalam telefon berkenaan akan disambungkan ke pejabat cendekiawan agama bagi menjawab soalan dikemukakan jemaah selama 24 jam sehari.
Beliau memberitahu Arab News, lebih 50 ulama akan bertugas 24 jam sehari bagi memberi tunjuk ajar di pintu pagar Raja Abdul Aziz, Ajyad dan al-Fatah, selain di kawasan lain di dalam Masjidil Haram. Yousuf berkata, lebih 20 guru agama juga akan mengajar di Masjidil Haram selepas Solat Subuh, Zuhur, Maghrib dan Isyak.
“Fon kepala turut disediakan di kawasan khas solat untuk wanita dan di kawasan kompleks Masjidil Haram bagi membolehkan jemaah mengikuti pelajaran agama,” katanya.
Labels:
Agama,
Fakta Menarik,
luar negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment