Ads 468x60px

-

Wednesday, 26 October 2011

Khuatir Final Diboikot Peminat, PBSNT Jual Tiket Pada Harga RM25

Perkembangan terbaru yang juga khabar gembira buat penyokong Terengganu, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menjual tiket final Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan pada harga RM25 bermula esok (Rabu), sebagai usaha mengelakkan final kali ini diboikot peminat.

Banner yang kelihatan digantung di Stadium   

Kerajaan negeri dilaporkan akan menanggung subsidi 50%, dan tiket berharga RM25 hanya boleh didapati di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah.

Dalam pada itu, Raja Bola, Datuk Ghani Minhat adalah antara yang terkejut melihat tiket final Sabtu ini, dijual pada harga RM50, dan berpendapat tindakan terbaru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ini tidak lebih dari mengambil kesempatan terhadap penyokong setia kedua-dua pasukan, dan hanya akan menjauhkan minat ramai terhadap sukan nombor satu negara itu.

“saya nak tanya awak, awak rasa ramai ke yang datang stadium final nanti ? .. saya tak rasa penyokong akan datang memenuhi stadium, kalau saya terpaksa beli tiket, saya takkan beli. Bukan sebab tak patriotic, mahal juga bukan alasan, tetapi saya nak tanya apabila menetapkan harga tiket  apa kriteria yang dia (FAM) tengok? Time macam ni lah kita berpeluang melihat kemeriahan bolasepak tempatan, tapi tindakan macam ni, hanya akan menjauhkan minat mereka untuk datang ke stadium. FAM perlu faham situasi mereka, bukan semua berkemampuan, jangan hanya fikirkan kewajaran di satu pihak..”. – Datuk Ghani Minhat.

DGM juga berpendapat dengan situasi ini, tidak mustahil ramai yang memilih untuk sekadar memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka, dengan duduk di depan TV, menonton siaran lngsung sama ada di RTM atau Astro Arena.

Sementara itu, sebilangan besar penyokong kedua-dua pasukan nyata kecewa dengan perkembangan ini, yang disifatkan tidak bertimbang rasa dan bersedia memboikot perlawanan akhir sebagai menunjukkan tanda protes.

“Dia cakap keputusan dibuat selepas pertimbangan wajar, jadi saya nak tahu adakah dia pertimbangkan berapa banyak duit dah dihabiskan peminat selama ini untuk menyokong pasukan mereka? dia hanya fikir kos dia, tapi kos yang dihabiskan peminat untuk ke stadium, dari tambang bas, makan minum, harga tiket dan kos lain-lain siapa yang nak cover? ..”. – Farid Fakrudin, Terengganu.

“yang kecewanya, persatuan negeri juga bersetuju dengan harga ditetapkan, dan tidak pula bersuara bagi pihak kami penyokong setia yang tidak ketinggalan memberi sokongan pada setiap perlawanan. Keuntungan jualan tiket diagih sama rata kepada kedua-dua pasukan, tapi kami sebagai penyokong, menang atau kalah, apa kami dapat? Kami golongan student, bukan mewah berpendapatan tinggi..”. Zakri Elias, Negeri Sembilan.

Manakala kenyataan dipetik dari facebook Terengganu FC, berbunyi :

“Andainya lepas ni FAM tidak turunkan juga harga tiket, cadangan saya  boikot penjualan tiket di Shah Alam (jangan beli, itu untuk kantung FASNGOR), beli tiket dari PBSNT sahaja dengan syarat PBSNT jual dengan harga subsidi (RM30), kalau PBSNT takmahu tolong kita, buat ape kita tolong persatuan, KITA BOIKOT sebab persatuan pun angguk jer bila FAM kata pasal tiket..”. – FB Terengganu FC.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...