Ads 468x60px

-

Monday 31 October 2011

Mat rempit berdemonstrasi!!! Hanya Di Pulau Pinang



SERAMAI 200 penunggang motosikal dan ahli NGO yang mengadakan demonstrasi jalanan menuju ke bangunan Dewan Undangan Negeri di George Town semalam.


GEORGE TOWN – Sekumpulan penunggang motosikal termasuk seorang ahli persatuan bukan kerajaan (NGO) ditahan ekoran gagal mematuhi arahan pihak polis ketika menyertai perhimpunan haram di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Mereka yang ditahan ialah empat remaja dan Pengasas Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga), Sabaruddin Ahmad di hadapan pekarangan DUN di sini kira-kira pukul 1.30 petang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya sebelum itu mendapati sekumpulan 200 lelaki yang menunggang motosikal cuba mengadakan demonstrasi secara haram dan tanpa permit.

Menurut beliau, seramai 100 anggota polis termasuk Pasukan Penggempur Ringan (LSF) dikerah mengawal peserta terbabit.

“Tangkapan dilakukan memandangkan peserta demonstrasi haram tersebut tidak mematuhi arahan polis supaya bersurai.

“Lima daripada mereka turut ditahan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya sambil memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 275 Kanun Keseksaan kerana percubaan mengadakan perhimpunan haram.

Difahamkan, perarakan melibatkan 200 penunggang motosikal itu bertujuan melahirkan rasa kecewa terhadap pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang yang dikatakan gagal menyediakan kemudahan riadah bagi golongan muda.

Antara lain, peserta demonstrasi meminta kerajaan negeri membina litar lumba motosikal sekali gus mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku terutama kemalangan jalan raya yang membabitkan penunggang motosikal.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...