Ads 468x60px

-

Friday 14 October 2011

Murid Tahun Enam mati lemas dalam lombong




LANGKAWI: Seorang murid lelaki Tahun Enam mati lemas selepas tergelincir ke dalam lombong kuari pasir di Kampung Gelam Kedawang di sini, petang semalam. 

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi, Yaakob Hassan hari ini berkata, mayat Mohd Aiman Ali, 12, ditemui oleh orang awam kira-kira sejam selepas dia tergelincir ke dalam lombong itu jam 4 petang semalam.

Katanya, Mohd Aiman tergelincir ke dalam lombong itu semasa hendak membersihkan belakang bajunya yang kotor ketika bermain dengan dua rakannya di kawasan lombong itu.

Rakannya, Mohd Akif Danial Ridzuan, 10, berkata dia dan rakannya cuba menyelamatkan Mohd Aiman tetapi gagal lalu meminta bantuan orang ramai. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...