Ads 468x60px

-

Wednesday 19 October 2011

Pelajar kecewa Obama tahu mengenai Bieber



Salah seorang pelajar bertanya kepada Barack Obama jika beliau mengetahui penyanyi Justin Bieber adalah rendah di Sekolah Tinggi Bluestone, Virginia kelmarin. – Reuters


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Presiden AS, Barack Obama ditanya sama ada beliau mengenali penyanyi remaja yang terkenal, Justin Bieber semasa beliau berkunjung ke negeri Virginia kelmarin.

Selepas bercakap mengenai kecemerlangan dalam pelajaran di Sekolah Tinggi Bluestone, Virginia, seorang pelajar perempuan bertanyakan kepadanya: “Adakah anda mengenali Bieber?”
Nampaknya, Presiden AS itu mengenali bintang pop tersebut.

Bieber pernah membuat persembahan dalam satu majlis perayaan di White House pada tahun lalu.
Presiden berusia 50 tahun itu memberitahu, Bieber ialah seorang pemuda yang baik.

Obama berkata: “Saya fikir dia sudah mempunyai teman wanita (Selena Gomez).”

Pelajar berkenaan juga ingin tahu sama ada Bieber rendah?

Dia ternyata kecewa apabila Obama menjawab” “Ya, dia rendah.”

Obama sedang dalam rangka lawatan tiga hari di negeri Virginia dan Carolina Utara untuk memberi penerangan mengenai rang undang-undang pekerjaan yang dirangka oleh pentadbirannya. – Agensi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...