Ads 468x60px

-

Sunday 30 October 2011

RM 5000 UTK TIDUR DGN ARTIS MALAYSIA ?!!



RM5,000 untuk khidmat seks artis, akhirnya bekas penerbit rancangan televisyen, Haslinda Merican M.A. Merican dan Mohd. Amin Jamadi dipenjarakan atas kesalahan Seksyen 16(1)(k) Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973.


PUTRAJAYA 13 Okt. – Selepas 16 tahun turun naik mahkamah, bekas penerbit rancangan televisyen, Haslinda Merican M.A. Merican dan bekas perunding kewangan, Mohd. Amin Jamadi akhirnya dihantar ke penjara hari ini atas kesalahan menjadi perantara pelacuran melibatkan empat artis wanita.

Kedua-duanya diperintah menjalani hukuman penjara selama 10 bulan serta-merta dan denda RM5,000 selepas rayuan akhir mereka terhadap sabitan dan hukuman, ditolak secara sebulat suara oleh Mahkamah Rayuan yang bersidang sehingga pukul 6.10 petang.

Sebaik sahaja keputusan itu dibuat, Haslinda Merican yang bertudung dan berjubah warna ungu serta Mohd. Amin yang berkemeja biru dan seluar hitam, masing-masing dilihat agak terkejut sebelum mereka dibawa oleh anggota polis ke lokap mahkamah.

Haslinda Merican yang hadir bersama seorang adik lelakinya sebelum itu turut mengakui susuk badannya yang kurus semakin susut berikutan kes itu yang memakan masa bertahun- tahun lamanya.
Mereka sebelum ini telah menjelaskan denda tersebut. Mohd. Amin pernah dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir beberapa kali ketika kesnya disebut manakala Haslinda Merican sentiasa berada di mahkamah sepanjang prosiding berlangsung.

Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif yang bersidang bersama Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus dan Hakim Datuk Clement Allan Skinner dengan itu mengesahkan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Mahkamah Tinggi yang mengekalkannya.
Hakim Md. Raus ketika mengumumkan keputusan tersebut menyatakan, panel itu bersetuju dengan penghakiman kedua-dua mahkamah terdahulu bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui tahap keraguan yang munasabah.

Sehubungan itu, pada hemat beliau, Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman dan denda yang munasabah manakala Mahkamah Tinggi betul ketika mengekalkannya.

Mereka didapati bersalah pada 4 Oktober 2000 kerana menjadi perantara pelacuran terhadap empat artis wanita (nama mereka dirahsiakan oleh mahkamah) di antara pukul 8 dan 10.30 malam, 27 Jun 1995 di lobi Hotel Ming Court (kemudian dikenali sebagai Hotel Corus), Jalan Ampang di ibu negara.
Haslinda Merican dan Mohd. Amin diwakili oleh peguam Gurbachan Singh manakala pendakwaan diwakili oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abas dan Najib Zakaria.

Kes berprofil tinggi itu pernah mendapat liputan meluas pihak media kerana beberapa nama orang kenamaan dan artis terkenal wanita turut disebut ketika perbicaraan yang bermula pada 13 November 1995.
Sebelum itu, Gurbachan berhujah, hakim bicara gagal mengenal pasti wujudnya lompang dalam kes pendakwaan yang boleh menjadikan tuduhan terhadap Haslinda Merican dan Mohd. Amin tidak dapat dipertahankan.

Beliau menghujahkan, dua saksi utama dalam kes itu telah dicabar dalam prosiding kebolehpercayaan saksi manakala seorang lagi saksi penting gagal dikesan walaupun maklumat daripada suaminya sendiri menyatakan dia menetap di Australia.

Hujahnya, tiada keterangan langsung daripada seorang lagi saksi penting bahawa dia diminta memberikan khidmat seks manakala keterangan salah seorang saksi utama pendakwaan diterima bagi menyokong pertuduhan walaupun wanita itu dipersetujui oleh mahkamah sebagai rakan sejenayah.
Sementara itu, Mohamad Abazafree berhujah, hakim bicara betul ketika mensabitkan kedua-duanya selepas berpuas hati bahawa keterangan saksi-saksi pendakwaan menyokong pertuduhan melibatkan kegiatan menjadi perantara pelacuran.

Beliau menghujahkan, wujud transaksi pembayaran yang membuktikan adanya kegiatan pelacuran selepas wang RM5,000 yang dibayar atas khidmat seks ditemui pada tubuh Mohd. Amin ketika dia ditangkap.
Mohamad Abazafree turut berhujah, keterangan saksi polis bahawa dia berada di atas katil dalam bilik hotel bersama-sama salah seorang wanita berbogel (namanya disebut dalam pertuduhan) sebelum gambarnya dirakam dalam serbuan itu jelas menunjukkan wujud penawaran seks.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(1)(k) Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.


Utusan Online

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...