Ads 468x60px

-

Saturday 15 October 2011

Tandas Tertinggi


KATHMANDU - Tandas pada kedudukan ketinggian 5,182 meter akan dibina di Gunung Everest.

Tindakan itu diambil selepas kumpulan pencinta alam mendakwa sisa buangan yang terdapat di kawasan tersebut seakan mencacatkan pemandangan.

Pengarah kumpulan pencinta alam, Eco Himal, Phinjo Sherpa berkata, mereka telah menjalankan operasi membersih di sekitar kawasan pergunungan itu tetapi usaha tersebut seakan sia-sia.

“Penyediaan satu atau dua buah tandas termasuk tong sampah lebih besar di kem asas pendaki mungkin dapat menyelesaikan masalah tersebut,” katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...