Ads 468x60px

-

Friday 28 October 2011

TERKINI!! BOMOH RAWAT PESAKIT KAT HOTEL!!!!


GAMBAR HIASAN

GEORGETOWN: Rawatan pelik dan menjijikkan. Itu yang dilakukan seorang penoreh getah kononnya mendakwa dia bomoh handal dan tahu selok belok bagi membuang sihir yang terkena kepada pesakitnya.

Bagaimanapun, temberang bomoh berusia 30-an terbabit akhirnya terbongkar selepas seorang jururawat muda didakwa terkena sihir yang sudah berada di peringkat paling teruk, menjadi mangsa kerakusan lelaki berkenaan di sebuah hotel, di Jalan Burma, di sini, awal pagi kelmarin.

Malah, mangsa terpaksa menggunakan alasan untuk mandi dan menunaikan solat sebelum dia mengambil kesempatan meloloskan diri dan menghubungi polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa berusia awal 20-an mula menyedari bomoh itu cuba melakukan perkara buruk terhadapnya apabila lelaki terbabit menjilat dan meramas seluruh tubuhnya ketika mendapatkan rawatan di sebuah hotel.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila bomoh dikenali sebaai ‘Abang Adi’ juga rakan keluarga jururawat itu menjemput mangsa di rumah abang iparnya di Batu Kawan, Seberang Prai Selatan kira-kira jam 11 malam.

“Lelaki terbabit menggunakan alasan untuk menjalankan rawatan kepada adik ipar rakannya dan kerana percaya mangsa akhirnya dibenarkan mengikut bomoh itu.

“Mangsa dibawa dengan menaiki kereta lelaki terbabit ke Georgetown dan ketika dalam perjalanan bomoh berkenaan memberitahu rawatan itu terpaksa dilakukan di sebuah hotel,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang seolah-olah dipukau itu hanya mengikut kata-kata bomoh terbabit dan ketika berada dalam hotel itulah jururawat berkenaan mula mengesyaki lelaki itu cuba mengarnbil kesempatan terhadapnya.

“Bomoh berkenaan meminta jururawat itu membuka semua pakaian kononnya sebagai satu kaedah rawatan membuang sihir yang ada dalam badan namun mangsa agak pelik dengan
tindakannya itu,” katanya.

Menurutnya, mangsa mula tersedar dan mengesyaki yang lelaki itu cuba mengambil kesempatan dan dia kemudian meminta bomoh itu menghentikan rawatan dengan alasan untuk mandi dan menunaikan solat.

“Mangsa yang ketakutan masuk ke bilik mandi dan sejurus keluar dia melihat bomoh terbabit sedang tidur dan kesempatan itu diambilnya untuk melarikan diri keluar dari hotel berkenaan.

“Dia bersembunyi di sebuah kedai di hotel itu sebelum menghubungi polis yang menahan suspek,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah 'Hmur Laut, Asisten
Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan menerima laporan dan juga penahanan lelaki itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...