HHRS 2.0 - Seorang ulama terkenal Arab Saudi telah menawarkan untuk memberi hadiah 100 ribu dollar AS pada rakyat Palestin yang berjaya menculik seorang tentera Israel. Mesej tersebut dikeluarkan melalui laman Facebook ulama tersebut.
Awad al-Qarni, nama ulama tersebut, mengaku mengambil keputusan tersebut untuk menyahut seruan serupa yang dijanjikan oleh sebuah keluarga dari Israel. Keluarga tersebut menjanjikan hadiah besar bagi setiap orang yang berjaya menangkap pesalah yang telah membunuh salah seorang ahli keluarga mereka pada 1998.
Tawaran-tawaran itu muncul menyusul pertukaran tahanan Israel dan Palestin pada bulan ini. Sebanyak 1000 lebih tawanan Palestin ditukar dengan seorang tebusan tentera Israel Gilad Shalit.
"Media melaporkan berita tentang penduduk Zionis akan membayar wang tebusan sangat besar pada siapa saja yang membunuh tawanan Palestin yang telah dibebaskan itu," kata Qarni di laman Facebooknya. "Dalam tanggapan pada orang-orang jahat itu, saya umumkan pada dunia bahawa saya komited untuk membayar hadiah 100000 dolar AS pada warga Palestin di Palestin yang dapat menangkap tentera Israel untuk ditukar dengan para tawanan yang tinggal."
Qarni terkenal di Arab Saudi kerana pandangannya yang terus-terang. Dia bukan sebahagian daripada kumpulan ulama rasmi.
Kepada televisyen Al Arabiya, Qarni mengatakan bahawa dia telah menerima sokongan luas di laman Facebook-nya. "Kami juga telah menerima surat dari kumpulan-kumpulan dari negara-negara Arab. Jadi, masalah ini tidak terhad kepada Qarni yang hanya sebagai orang yang melancarkan inisiatif," katanya.
0 comments:
Post a Comment