Ads 468x60px

-

Sunday 6 November 2011

Majlis perkahwinan di dalam gelanggang tinju



MANUEL ANTELMO CASTRO dan isterinya, Vicky Rodriguez berdiri di tepi gelanggang tinju di Cancun, Mexico kelmarin.


CANCUN, Mexico - Seorang peminat tinju, Manuel Antelmo Castro melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Vicky Rodriguez di dalam gelanggang tinju di sini kelmarin.
Mereka melangsungkan perkahwinan itu sebelum perlawanan tinju antara Alfredo 'Perro' Angulo dari Mexico dan petinju Amerika Syarikat, James 'Mandingo Warrior' Kirkland.

MAJLIS perkahwinan Vicky Rodriguez dengan Manuel Antelmo Castro diadakan di dalam gelanggang tinju di Cancun, Mexico kelmarin.


Pertandingan itu melibatkan kategori super welterweight. Dalam pertandingan itu, Kirkland yang berkulit hitam berjaya mengalahkan Angulo dalam pertarungan yang berlangsung selama enam pusingan. Bekas juara tinju dunia keturunan Mexico, Oscar De La Hoya menjadi saksi dalam majlis perkahwinan itu. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...