Ads 468x60px

-

Friday, 11 November 2011

Peluang Kerja Pada pelajar SPM (Ini Betul Ini Bukan Main2)

 
Peluang latihan dan kerja. Di jamin dapat kerja.  Ramai yang tidak percaya dengan kenyataan ini, tetapi inilah hakikatnya. Mereka bukan saja mendapat tajaan pengajian latihan biasiswa penuh daripada kerajaan, malah mendapat elaun sara diri sepanjang tempoh pengajian latihan serta jaminan kerja selepas tamat latihan.

Ini adalah realiti apabila pelajar mendaftar di bawah Skim Perantisan Mekatronik yang ditaja sepenuhnya oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Selain belajar secara percuma, pelajar yang mengikuti latihan di bawah skim ini akan diberi elaun bulanan RM350 hingga RM450 yang diberi syarikat industri yang menaja sepanjang tempoh pengajian dan latihan selama 15 bulan selain dijamin mendapat jaminan kerja oleh majikan yang menaja sejurus tamat latihan.

Kursus ini boleh diikuti di Pusat Teknologi Auto Prima, yang dilantik sebagai penyedia latihan skim tersebut secara rasmi oleh Kementerian Sumber Manusia.

Pusat ini juga diiktiraf di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) serta mendapat pengiktirafan Penyedia Latihan Kelas A sebagai pusat latihan teknologi yang memiliki tenaga pengajar profesional dan Pendidikan Kemahiran Teknikal & Vokasional.

Ketua Pegawai Eksekutif Auto Prima, Juhaidi Yean Abdullah berharap golongan ibu bapa dan pelajar harus didedahkan peluang latihan kemahiran yang sedia ada kepada kepada pelajar lepasan SPM yang tidak berminat untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang akademik. Kursus Kemahiran dan Vokasional ini adalah pilihan yang amat bersesuaian kepada mereka.

Ini adalah sebagai misalan bahawa Kerajaan Malaysia menitikberatkan untuk membekalkan peluang latihan kepada belia dan beliawanis lepasan SPM.

Beliau berkata, pengajian di Autoprima yang terletak di Shah Alam merangkumi empat bidang teknikal iaitu, mekanikal, elektrik, elektronik, dan komputer serta teknologi maklumat yang merupakan bidang yang amat diperlukan dalam sektor perindustrian.

“Pengajian ini lebih menjurus ke arah bidang kemahiran vokasional iaitu 30 peratus teori dan 70 peratus amali. Program ini dijalankan dengan latihan amali di bengkel yang dilengkapi dengan segala peralatan berteknologi tinggi,” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi Unit Kaunseling dan Perhubungan Awam, Mohd Taufik di talian 012-6888445/ atau Puan Bie di 03-51217153/03-51247678 dengan segera kerana tempat amat terhad kepada permohonan yang awal saja.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...