Ads 468x60px

-

Friday, 4 November 2011

Warga miskin tegar di AS meningkat


WASHINGTON 4 Nov. - Jumlah rakyat Amerika Syarikat (AS) yang hidup dalam kemiskinan tegar telah meningkat lebih daripada satu pertiga sejak sedekad lalu, menurut kajian Brookings Institution.

Pada sedekad lalu, jumlah penduduk AS yang berada di bawah garisan kemiskinan persekutuan - didefinisi pada 2010 memiliki pendapatan sebanyak AS$22,314 (RM68,173) bagi sebuah keluarga dengan empat ahli telah meningkat kepada 12.3 juta.

Laporan itu berkata, jumlah penduduk miskin telah mencatatkan kenaikan bersejarah kepada 46.2 juta bersamaan lebih daripada 15 peratus daripada bilangan penduduk AS.

Katanya, golongan kejiranan miskin tegar, yang mana sekurang-kurangnya 40 peratus daripada penduduk berada di bawah garisan kemiskinan - naik sebanyak satu pertiga berbanding 2000 hingga 2009, meskipun kenaikan itu bukan merentasi negara.

Brookings yang asas kajiannya berdasarkan data pendapatan antara tahun 2000-2009, mencatatkan, kelembapan ekonomi AS telah menghapuskan keuntungan ekonomi yang diraih pada tahun 1990an.

Tumpuan kemiskinan yang meningkat dua kali ganda di bandar bahagian barat seperti Detroit, Michigan dan Dayton, Ohio antara tahun 2000 dan 2009 serta kenaikan sebanyak satu pertiga di bandar-bandar selatan AS iaitu Baton Rouge, Louisiana dan Jackson, Mississippi.

''Ini bermakna pengukuhan ekonomi pada akhir tahun 1990an tidak mampu menyelesaikan kemiskinan,'' menurut Brookings.

Pertumbuhan ekonomi perlahan pada tahun 2000, diikuti dengan kelembapan paling buruk sedekad lalu menyebabkan jumlah kemiskinan tegar bertambah di seluruh negara, khususnya di pinggir bandar dan komuniti metropolitan kecil dan bahagian barat.

Menurut laporan itu, polisi-polisi kerajaan untuk menggalakkan keseimbangan dan kestabilan pertumbuhan ekonomi di peringkat serantau dan melaksanakan hubungan antara kluster pertumbuhan kejiranan pendapatan rendah dan peluang ekonomi serantau akan menjadi kemajuan jangka panjang dalam menangani kekurangan ini.

Sementara itu, dalam laporan berasingan, Wall Street Journal melaporkan sehingga Ogos lalu, menunjukkan hampir 15 peratus rakyat AS bergantung kepada kupon makanan demi kelangsungan hidup mereka.

The Journal yang menggunakan data Jabatan Pertanian AS berkata, lebih daripada 21 peratus penduduk di selatan negeri Mississippi dan satu per lima penduduk New Mexico, Tennessee and Louisiana bergantung kepada kupon makanan makanan. -AFP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...