BOSTON - Seorang warga emas berumur 79 tahun yang baru sahaja
berhijrah dari China ke Massachusetts, Amerika Syarikat (AS), mengaku tidak
bersalah dan keliru dengan pertuduhan terhadapnya iaitu membunuh kejam isteri
pertamanya, kelmarin.
Menurut polis, Jeiming Liu yang ditemui anak lelakinya, dalam
keadaan duduk di atas sebuah kerusi malas serta berlumuran darah pada tangan,
mulut dan muka sambil memandang ke luar kondominium serta dikelilingi cebisan
daging yang dipercayai milik isterinya.
Kemudian dia menjumpai
ibunya, Yuee Zhou, 73, dalam sebuah bilik tidur dengan keadaan berbaring,
berlumuran darah dan mengalami kecederaan parah pada bahagian lengan tangan.
Namun, anak lelaki Liu
yakin ayahnya tidak mampu melakukan kekejaman itu kerana mempunyai saiz fizikal
yang kecil.
Liu yang asyik
mengulangi ayat ‘Ini bukan ibu kamu’ sejak ditemui, dipercayai menghidapi
penyakit Alzheimer atau demensia.
Penolong Pendakwa Raya
Daerah, Michael D. McHugh berkata, Liu mungkin memakan cebisan daging isterinya
berikutan sebahagian lengan kiri mangsa berlubang dan beberapa batang jari
turut ditemui di sekitar kondominium mereka.
Sumber : Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment