PLAT
termahal dunia, '1', yang berharga RM43.7 juta dibeli oleh jutawan Abu
Dhabi, Saeed Abdul Ghaffar Khouri (gambar kecil) pada 2008 dan dipakai
pada kereta kesayangannya, Bugatti Veyron.
KUALA LUMPUR -
Nombor plat pendaftaran kenderaan WWW 1 yang hangat diperkatakan
khususnya di ibu negara kini diramalkan mampu mencecah nilai RM500,000
apabila tendernya dibuka pada 30 April nanti.
Menurut
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Mohd. Nadzri Osman, ramalan tersebut dibuat berdasarkan beberapa
tawaran awal yang sudah diterima meskipun tender belum lagi dibuka
kepada orang ramai.
"Sejak pengumuman mengenai nombor yang dikaitkan dengan singkatan terkenal WWW iaitu World Wide Web dibuat,
beberapa tawaran telah dilakukan oleh individu yang berminat dengan
harga sudah pun melebihi RM400,000," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad baru-baru ini.
0 comments:
Post a Comment