Ads 468x60px

-
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Friday, 23 December 2011

Al Fatihah ADUN PAS Tendong Dr Muhammad Daud meninggal dunia

 
 
Selepas dikejutkan dengan berita kematian bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Tan Sri Abdul Hamid Othman petang Jumaat, pada awal pagi Sabtu pula, ADUN Tendong Kelantan, Dr Muhammad bin Daud dikhabarkan pulang ke rahmatullah.
 
Berdasarkan mesej dari laman sosial Facebook Menteri Besar kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kira-kira jam 1.45 pagi Sabtu yang mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham.

"Baru sahaja dimaklumkan dengan kematian Allahyarham YB Dr Muhammad bin Daud, ADUN Tendong, Pasir Mas sebentar tadi. Beliau dikatakan meninggal secara mengejut di rumahnya," tulis beliau.

Dun Tendong merupakan satu Dun di bawah Parlimen Pasir Mas selain Dun Chetok dan Pengkalan Pasir yang dimenangi PAS dalam pilihanraya umum lalu. -24/12/2011

opsyen SBPA dilanjutkan ke 15 Januari 2012



PUTRAJAYA 23 Dis. – Kemelut mengenai pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akhirnya selesai dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) diberi hak berunding dalam isu berbangkit serta menjadi pemerhati dalam pelaksanaan dasar pemisah atau ‘exit policy’.

Perbincangan lebih tiga jam antara CUEPACS dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membawa hasil positif apabila masing-masing bersetuju supaya tarikh akhir untuk menerima opsyen SBPA dilanjutkan ke 15 Januari 2012, manakala tarikh akhir untuk penerimaan opsyen umur persaraan 60 tahun dikekalkan pada 30 Disember ini.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, JPA pada masa yang sama turut bersetuju supaya perkara-perkara mengenai pelaksanaan SBPA dirundingkan setiap tiga bulan sehingga hal-hal yang berbangkit dapat diselaraskan secara bersama.

“Mengenai penambahbaikan gred yang tertinggal dalam SBPA, semua gred 17 dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) akan dibuat semakan semula dalam tempoh tiga bulan. CUEPACS berharap akan mendapat gambaran lebih lanjut mengenai perkara ini pada rundingan seterusnya.

“Pada masa sama, satu taklimat yang teliti mengenai kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus akan dibuat antara ahli majlis kongres bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah pada minggu depan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengarahkan rundingan dijalankan hari ini antara JPA dan CUEPACS bagi menentukan sama ada pelaksanaan SBPA akan ditangguhkan atau tarikh mengembalikan borang opsyen dilanjutkan.

Dalam pada itu, isu dasar pemisah yang menjadi kebimbangan penjawat awam turut diselesaikan pada hari ini apabila wakil CUEPACS dibenarkan menjadi pemerhati dalam panel pelaksanaan dasar tersebut.

Omar berkata, CUEPACS melihat dasar pemisah itu dari sudut yang positif kerana ia dapat mengelakkan masalah kewujudan penjawat awam yang tidak produktif.

“Wakil CUEPACS boleh memberi pandangan sebelum seseorang itu dikeluarkan dari jabatan, agensi, pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun. Ini bagi mengelakkan terdapat penjawat awam yang teraniaya.

“Jabatan dan agensi di mana penjawat awam berkenaan berkhidmat juga tidak dibenarkan untuk mengambil tindakan memberhentikan seseorang penjawat awam di bawah dasar pemisah, keputusan itu mesti dibuat oleh JPA dengan kehadiran wakil CUEPACS,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr. Ismail Alias berkata, JPA dan CUEPACS secara keseluruhannya bersepakat untuk melaksanakan SBPA .

“Kita telah menyelesaikan semua isu. JPA amat gembira dan menghargai pandangan dan keputusan daripada pihak CUEPACS,” katanya.

Al Fatihah - Bekas Menteri JPM, Abdul Hamid Othman meninggal dunia



Beliau yang bertugas sebagai Penasihat Maju Holdings Sdn Bhd meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya di Maju Junction di sini.

Bernama melaporkan, pegawai peribadinya Nor Azhar Yusof berkata sebelum serangan itu, beliau kelihatan sihat dan berwatakan seperti biasa namun tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas.

"Kakitangan pejabat memanggil saya apabila melihat Allahyarham mengalami sesak nafas dan kami semua cuba memberi bantuan kecemasan termasuk bantuan pernafasan namun lima minit kemudian Tan Sri telah tiada.

"Allahyarham mempunyai sejarah penyakit lain iaitu sakit jantung dan diabetis," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata jenazah Abdul Hamid dibawa pulang ke kediamannya di Taman Tenaga, Batu 9, Jalan Puchong dan akan dikebumikan di Puchong selepas solat Zohar esok.

Penasihat Agung Pusat Kebajikan Wanita dan Keluarga (Kewaja) itu meninggalkan seorang isteri, Puan Seri Jamilah Mohd Said, 68, seorang anak, Wafi Nazrin dan serta lima orang cucu.

Allahyarham dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah pernah mengetuai Pusat Islam Malaysia di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam.

Abdul Hamid memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 1995 sehingga 1999. Sebelum itu pada tahun 1990 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada 2001, Abdul Hamid dilantik sebagai Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudian Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2005 hingga 2009.-23/12/2011

Saturday, 22 October 2011

Himpunan Sejuta Umat Akan Jelajah Seluruh Negara



GELAGAT peserta yang hadir ke Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah Islam di Stadium Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Himpunan Sejuta Umat, Selamatkan Akidah Islam (Himpun) akan bergerak ke seluruh negara selepas Pengerusi perhimpunan berkenaan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin minggu depan sebelum bertemu dengan Raja-Raja Melayu dan Menteri-Menteri Besar di setiap negeri.

Pengerusi perhimpunan yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya akan membentangkan 10 usul Deklarasi Himpun pada pertemuan tersebut sebelum mengadakan perhimpunan di seluruh negara.

“Sepuluh Deklarasi Himpun yang kita tuntut ini merupakan hal-hal yang memang dipersetujui Islam.
“Ia juga bagi memberitahu orang lain supaya menghormati dan memahami suara kita,” katanya pada sidang akhbar selepas perhimpunan yang diadakan di Stadium Shah Alam di sini semalam.

Tegasnya, perhimpunan semalam menuntut supaya kerajaan memastikan undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh bagi memelihara kemuliaan Islam dalam Perlembagaan.

“Kita juga meminta kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam di negara ini,” katanya.

Pada perhimpunan yang bermula pukul 2 petang dan berakhir pukul 6 petang itu, lebih 10,000 orang hadir walaupun tidak mencapai sasaran 100,000 peserta.

Oleh NORHAYATI YAHAYA
dan MOHD. YUNUS YAKKUB
berita@kosmo.com.my

Monday, 17 October 2011

Kalender 2012 Dan Cuti Sekolah

Malaysian State & National Holidays 2012

Dates
Occasion
For
1 January
Sunday
New Year All states except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu
14 January
Saturday
Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan’s Birthday
Negeri Sembilan only
15 January
Sunday
Sultan of Kedah’s Birthday Kedah only
23 January
Monday
Chinese New Year Nationwide
24 January
Tuesday
Chinese New Year (2nd Day) All states except Kelantan and Trengganu
1 February
Wednesday
Federal Territory Day Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
5 February
Sunday
Prophet Muhammad’s Birthday
(Maulidur Rasul)
Nationwide
7 February
Tuesday
Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
4 March
Sunday
Anniversary of Installation
of Sultan of Trengganu
Trengganu only
30 March
Friday
Sultan of Kelantan’s Birthday Kelantan only
6 April
Friday
Good Friday Sabah & Sarawak only
15 April
Sunday
Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 April
Thursday
Sultan of Perak’s Birthday Perak only
1 May
Tuesday
Labour Day Nationwide
7May
Monday
Hari Hol Pahang Pahang only
17 May
Thursday
Wesak Day Nationwide
17 May
Thursday
Raja Perlis’ Birthday Perlis only
30- 31 May
Wed & Thu
Harvest Festival
Pesta Kaamatan Sabah
Sabah & Labuan only
1 – 2 June
Fri & Sat
Sarawak Harvest Festival
Hari Gawai Sarawak
Sarawak only
2 June
Saturday
Malaysian King’s Birthday
Harijadi Agong
Nationwide
17 June
Sunday
Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 July
Saturday
Georgetown Heritage Day Penang – but not a ‘paid holiday’ for private sectors employees.
7 July
Saturday
Penang Governor’s Birthday Penang only
20 July
Friday
Sultan of Trengganu’s Birthday Trengganu only
21 July
Saturday
Awal Ramadan
Start of Muslim fasting month (bulan Puasa)
Johor, Kedah & Malacca only
6 August
Monday
Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu only
19 – 20 Aug
Sun & Mon
Hari Raya Puasa * Nationwide
31 August
Friday
National Independence Day
Merdeka
Nationwide
9 September
Sunday
Sarawak Governor’s Birthday Sarawak Only
16 September
Sunday
Malaysia Day &
Sabah Governor’s Birthday
Nationwide
Sabah
14 October
Saturday
Malacca Governor’s Birthday Malacca only
24 October
Wednesday
Sultan of Pahang’s Birthday Pahang only
26 October
Friday
Hari Raya Haji *
Hari Raya Qurban
Nationwide
27 October
Saturday
Hari Raya Haji (2nd Day) *
Hari Raya Qurban
Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu Only
11 November
Sunday
Deepavali or Diwali Nationwide, except for Sarawak
15 November
Thursday
Awal Muharram
(Maal Hijrah)
Nationwide
22 November
Thursday
Sultan of Johor’s Birthday Johor only
11 December
Tuesday
Sultan of Selangor’s Birthday Selangor only
25 December
Tuesday
Christmas Nationwide

CUTI SEKOLAH TAHUN 2012
Kumpulan A: Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu

Cuti Pertengahan Penggal 1 : 09.03.2012 – 17.03.2012 (9 Hari)
Cuti Pertengahan Tahun : 25.05.2012 – 09.6.2012 (16 Hari)
Cuti Pertengahan Penggal 2 : 17.8.2012 – 25.8.2012 (9 hari)
Cuti Akhir Tahun : 09.11.2012 – 31.12.2012 (53 Hari)

Kumpulan B : Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

Cuti Pertengahan Penggal 1 : 10.03.2012 – 18.03.2012 (9 Hari)
Cuti Pertengahan Tahun : 26.05.2012 – 10.6.2012 (16 Hari)
Cuti Pertengahan Penggal 2 : 18.8.2012 – 26.8.2012 (9 hari)
Cuti Akhir Tahun : 10.11.2012 – 01.01.2013 (53 Hari)

Saturday, 15 October 2011

MyKad baharu mulai Januari


KLUANG - Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baharu yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, MyKad itu dapat menangani isu pemalsuan serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

"MyKad dengan struktur baharu ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau yang juga anggota Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan struktur baharu.

Turut hadir, Ketua Pengarah JPN, Datin Jariah Mohd. Said.
Hishammuddin berkata, MyKad baharu itu diperbuat daripada bahan 'polycarbonate' yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad.

Katanya, MyKad itu juga menggunakan cip baharu yang telah diuji ketahanannya di Sirim.
Beliau berkata, pemohon baharu akan diberikan MyKad baharu mulai tahun depan manakala pemegang MyKad lama boleh menukarnya dengan yang baharu.

Pelajar dapat RM100 bulan Disember


PORT DICKSON – Bayaran bantuan sebanyak RM100 kepada setiap 5.3 juta pelajar di negara ini seperti yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2012, akan dibuat pada bulan Disember ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kelonggaran supaya pembayaran itu dilakukan sebelum sesi baharu persekolahan bermula.

“Ini bermakna semua pelajar berhak untuk dapat jumlah itu tidak kira daripada kumpulan mana. Oleh kerana bajet ini untuk Januari tetapi Januari sekolah sudah bermula, kita minta ia dibayar pada bulan Disember kerana biasanya ibu bapa berbelanja bagi sesi persekolahan pada bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis bersama rakyat di Kampung Paya di sini.

Ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lepas, Najib berkata, bantuan persekolahan RM100 diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di seluruh negara.

Selain itu, Najib turut mengumumkan agihan baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, bantuan itu merupakan pemberian kerajaan untuk mengurangkan bebanan ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak ramai.

Tuesday, 20 September 2011

PERTUNJUKAN KUDA KEBANGSAAN 1MALAYSIA 2011




PERTUNJUKAN KUDA KEBANGSAAN 1MALAYSIA 2011

Tarikh : 22 - 25 September 2011
Masa : 10 pagi
Tempat : Selangor Turf Club (STC), Equestrian & Sport Centre,
              Jalan Kuda Emas Off Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur

Semua warga KPM dan orang ramai dijemput hadir. Kemasukan adalah PERCUMA

Daripada : Penyelaras Sukan Equestrian KPM
                   ( Cik Vimala Davy G.Ramiah)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...