Ads 468x60px

-
Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Monday, 31 October 2011

Bangkai kapal selam Jepun Perang Dunia Kedua ditemui



SEBAHAGIAN badan kapal selam tentera Jepun yang ditemui di luar pantai Rabaul, Papua New Guinea.


CANBERRA - Sebuah kapal selam tentera Jepun pada era Perang Dunia Kedua ditemui di dasar laut Papua New Guinea semasa satu pemeriksaan mengesan bahan letupan.
Kapal perang Australia dan New Zealand menemui kapal selam itu 55 meter di dalam dasar laut pada Khamis lalu.
Sebahagian bangkai tersebut ditemui tertanam di dalam dasar laut. - Agensi

UL- pergh dari perang dunia kedua lagi Jepun dah ada kapal selam... Malaysia baru je ada kapal selam patutlah negeri kita mudah kene jajah huhu

Saturday, 29 October 2011

BILIK D MANA " INTERNET " D LAHIRKAN !!



29 October 1969 ialah tarikh bersejarah dalam sejarah manusia. You see pada tarikh tersebut mesej pertama didalam network ARPANET (the first inter-net) dihantara antara komputer diUCLA ke sebuah lagi komputer di Stanford Research Institute. Mesej pertama yang dihantar ialah "LOGIN" tetapi komputer di UCLA crash mengejut dan hanya huruf perkataan "LO" dapat dihantar. Something never change huh? 42 tahun selepas mesej pertama ini kini kita mempunyai internet. Dari hanya 4 komputer didalam network yang terdiri daripada komputer di kampus UCLA, Stanford, UTAH dan University of California, Santa Barbara, kini kita mempunyai jutaan komputer serta peranti mudah alih yang boleh mengakses internet pada satu-satu masa.

Didalam gambar dibawah anda boleh melihat bilik 3420 di UCLA dimana mesej pertama antara dua komputer dihantar. Bilik 3420 dihias semula supaya kelihatan seperti pada tahun 1969 unytuk menyambut ulang tahun tarikh bersejarah ini. Lelaki tua dibawah ialah Prof. Leonard Kleinrock, beliau adalah antara bapa ARPANET dan was there when the first message was sent.




Friday, 21 October 2011

GAMBAR RAJA INDON KAWIN

GAMBAR RAJA INDON KAWIN SEMALAM !!! NADI GLOBAL LAPOR !!






Di Indonesia semalam berlaku majlis perkahwinan puteri Sultan Jogjakarta, Sultan Hamengkubuwono X. Puteri baginda Gusti Kanjeng Ratu Bendara mengahwini Kanjeng Pangeran Haryo Yudanegara di Jogjakarta. Gusti Kanjeng Ratu Bendara ialah puteri ketiga Sultan Hamengkubuwono X dan dalam majlis semalam 40 000 warga Jogja mambanjiri ibukota bagi melihat kedua mempelai.

Pihak istana menyediakan 150 gerai kecil yang memberi air dan makanan percuma kepada rakyat jelata yang hadir di tepi jalan.

Saturday, 15 October 2011

Cerita sahabat Mat Indera





CUACA di bandar Muar pada hari itu agak dingin. Mungkin kerana hujan pada sebelah malamnya membuatkan suasana di negeri Johor pada pagi itu sedikit lembap.

Namun, ia tidak membuatkan seorang penarik beca, Ithnin Turban, untuk bermalas-malasan di rumah. Pada masa itu Ithnin berusia 21 tahun.

Rutin membawa penumpang di sekitar bandar itu kira-kira 63 tahun lalu sudah menjadi kemestiannya selepas dia berkahwin, apatah lagi beliau telah dikurniakan seorang cahaya mata berumur setahun.

Sahabatnya pula, Muhammad Indera yang tujuh tahun lebih tua daripadanya bekerja sebagai pemunggah beras dari kapal yang berlabuh di tebing Sungai Muar.

Ithnin yang mesra disapa Pak Ngah itu berkawan baik dengan Muhammad atau lebih popular dipanggil Mat Indera, lelaki yang dikatakan bertanggungjawab mengarahkan serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong di Muar pada 23 Februari 1950.

Serangan sebelum subuh itu mengakibatkan seramai 23 anggota polis dan keluarga mereka terkorban.

“Pada zaman itu (tahun 1947) begitu sukar untuk mendapatkan beras. Sesiapa yang ingin membelinya perlu menggunakan kupon kerana ia dijual secara terhad.



“Oleh kerana saya bersahabat dengan Mat (Mat Indera), saya sering dapat membeli beras dengan mudah tanpa perlu pakai kupon.

“Tetapi ia bukan beras yang dijual di kedai sebaliknya sisa beras yang tertumpah ke tanah,” ujar Ithnin semasa ditemui Jurnal di rumahnya di Kampung Baru Salong, Pekan, Pahang baru-baru ini.


Ilmu ghaib
Pada usia 84 tahun sekarang, ingatan Ithnin mengenai kejadian lebih 60 tahun lalu itu ternyata masih baik. Walaupun beliau mengalami masalah pendengaran kerana faktor usia, perbualan dengannya banyak dibantu oleh Penghulu Mukim Penyor 1, Mohamad Bakri Abu Talib.

Jelas Ithnin, beras yang tercicir itu akan dikutip oleh Mat Indera untuk dijual kepadanya pada harga yang lebih murah. Harga beras pada masa itu ialah 10 sen secupak, kata Ithnin.

Ujar Ithnin lagi, Mat Indera memiliki tubuh badan yang tegap dan lebih tinggi berbandingnya. Justeru, tidak hairanlah dia dapat memunggah guni beras seberat 50 kilogram dengan mudah. Ketinggian Ithnin lebih kurang 1.55 meter.

Menurut cerita Ithnin, beliau mengenali Mat Indera semasa sama-sama menuntut ilmu dengan seorang guru agama di Muar. Selain ilmu agama, Mat Indera juga dipercayai memiliki ilmu ghaib dan ‘ilmu selisih’ iaitu kebolehan menghilangkan diri daripada pandangan orang. Dengan kelebihan itu, orang yang mencari atau ingin menangkapnya sukar bertembung dengan Mat Indera

“Dia (Mat Indera) memang ada ilmu ghaib. Sebab itulah dia menjadi lincah dan tidak dapat ditangkap oleh polis dengan mudah,” ujar bapa kepada lima cahaya mata itu.

Tambah Ithnin, untuk menjaga ilmu ghaibnya, Mat Indera tidak boleh menembak orang.

“Boleh jadi sebab itulah dia hanya memberi arahan dalam serangan pukul 4 pagi ke atas Balai Polis Bukit Kepong itu,” terang Ithnin.

Ditanya mengenai ilmu ghaib yang dipelajarinya, Ithnin nampaknya enggan mengenang kembali. Dalam laporan sebelum ini, Mat Indera yang lahir pada 29 Disember 1920 di Batu Pahat pernah berguru dengan beberapa orang guru agama termasuk Kiai Salleh.

Menurut adik Mat Indera, Johan Shah Indera pula, abangnya itu pernah juga berguru dengan Haji Yassin iaitu bapa kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Haji Yassin dikenali sebagai Tok Guru Haji Yassin yang amat terkenal di Bakri dan Panchor, Muar.

Mat Indera juga pernah berguru dengan Kiai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Johor, Almarhum Sultan Ibrahim.

Ithnin memberitahu, pada tahun 1948, beliau ada menyimpan hasrat untuk menyertai pasukan beruniform. Dalam masa yang sama, Mat Indera telah membawanya ke sebuah bangunan di pekan Muar. Tanpa pengetahuan Ithnin, tempat itu rupa-rupanya lokasi pertemuan anggota Parti Komunis Malaya (PKM).


Mat Indera curi beras
Menurutnya, di kelab itu hanya orang Cina yang kelihatan. Ithnin dan Mat Indera sahaja orang Melayu di dalam bilik itu.

Ithnin sangat terkejut kerana dia dipujuk oleh Mat Indera untuk menyertai komunis dan dia segera menolaknya. Namun, dia sempat berpesan kepada Mat Indera: “Mat, tak guna kau masuk komunis, nanti kau kena tembak.”

Sejak peristiwa itu, hubungan Ithnin dan Mat Indera terputus.

“Saya tidak ambil tahu lagi pasal dia selepas itu, tetapi sedar yang dia menyertai komunis. Saya pula mengambil keputusan untuk menjadi polis SC (Special Constable).

“Tetapi setahun kemudian saya menjadi polis JS (Jungle Scout) pula dengan gaji RM150 sebulan iaitu RM60 lebih banyak daripada gaji SC,” ujar Ithnin yang ditempatkan di Kem Tangkak, Johor.

Menjawab persoalan mengapakah Mat Indera menyokong komunis, Ithnin berpendapat lelaki itu tidak puas hati terhadap pihak berkuasa yang menangkapnya kerana mencuri beras. 

“Mungkin kerana dia berdendam dengan pihak polis menyebabkan dia menyertai komunis untuk menentang kerajaan,” ujar Ithnin.

Mengimbas kembali tragedi Balai Polis Bukit Kepong, Ithnin memberitahu, beliau turut terlibat dalam usaha memberikan bantuan.

Jelasnya, beliau bersama 40 anggota polis hutan yang lain menerima arahan untuk pergi ke Bukit Kepong kira-kira pukul 4 pagi, namun bantuan itu sudah terlambat.

“Perjalanan dari Tangkak ke Bukit Kepong mengambil masa selama lebih sejam. Apabila sampai, seluruh balai polis itu sudah musnah diserang dari segenap sudut.

“Saya sedih kerana tiada apa yang sempat kami bantu,” kenangnya.

Tambah Ithnin, situasi itu telah digambarkan seperti keadaan sebenar dalam filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsudin pada tahun 1981.

Mat Indera dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953 di Penjara Taiping sebelum dikebumikan Kampung Jambu Air, Taiping, Perak. Lelaki itu yang tidak pernah berkahwin mati pada umur 33 tahun.

“Saya ada mendengar cerita bahawa dia telah tertangkap setelah termakan buah kecubung yang membuatkan dia mabuk.

“Dengan cara itu sahaja yang dapat melemahkan ilmu ghaibnya. Khabarnya dia ditangkap atas bantuan seorang lelaki Jawa yang diberikan hadiah sebanyak RM25,000,” katanya lagi.

Setelah lima tahun berkhidmat sebagai anggota pasukan keselamatan, Ithnin yang lahir di Tanjung Gading, Melaka berhenti berkhidmat secara sukarela pada tahun 1953.

Beliau kemudian mengikut seorang rakan sepasukannya dalam polis hutan, Ali Mira ke Sungai Majnun, Pekan, Pahang. Apatah lagi beliau turut ditawarkan untuk memiliki sebidang tanah seluas empat hektar di negeri itu.

“Saya terus menetap di negeri Pahang sehingga kini selepas kerajaan menghadiahkan saya sebidang tanah,” ujarnya.

Dinukilkan daripada KOSMO 



Monday, 19 September 2011

Mat Indera


SIAPA sebenar Ahmad Indera atau Mat Indera? Persoalan ini mencetuskan polemik selepas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa Mat Indera yang mengetuai serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, 61 tahun lalu, sebagai pejuang kemerdekaan.

Malah, isu itu terus menimbulkan kontroversi apabila sebuah buku yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor didakwa menyenaraikan Mat Indera antara 22 tokoh pejuang di Johor. Ikuti penjelasan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengenai status Mat Indera.

Pembabitan dalam kegiatan pengganas tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan negara.

MAT Indera atau nama sebenarnya Ahmad bin Indera ialah anak Johor yang terbabit dalam gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan.

Beliau pada awalnya, seperti individu lain juga yang berjuang atas platform masing-masing, dengan matlamat yang sama iaitu membebaskan negara daripada belenggu penjajahan.

Bezanya, Mat Indera membabitkan diri dalam gerakan haluan kiri dengan menjadi ahli kepada sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhammad.

Sayap pemuda PKMM dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam. Haluan kiri ini termasuk juga gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang mempengaruhi pelbagai gerakan buruh dan masyarakat awam.

Apabila pihak berkuasa British menguatkuasakan Undang-Undang Darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu (selepas tindakan militan dan ganas PKM membunuh peladang British), semua parti politik berhaluan kiri seperti PKMM, AWAS, API dan PKM diharamkan.

Oleh itu, ramai ahli gerakan haluan kiri ini memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM ataupun meneruskan hasrat berjuang di atas platform lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Perjuangan melalui parti dan gerakan (UMNO) yang sah itu adalah lebih teratur dan meluas dengan membabitkan pelbagai pertubuhan Melayu di Semenanjung, yang akhirnya berjaya menuntut kemerdekaan tanah air dan membina sejarah serta melangsungkan tamadun moden pasca merdeka di negara ini.
Bagaimanapun, Mat Indera memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British.

Tindakannya terus menyertai PKM dan menyertai gerakan militan adalah haram, tidak sah dan tidak benar dengan menggunakan taktik kekejaman dan kezaliman, sehingga menyebabkan dia termasuk dalam golongan yang bertindak secara salah dan terpesong.

Ini berlainan daripada pemimpin haluan kiri yang lain seperti Dr Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad ataupun Ibrahim Yaakub tidak memilih untuk bertindak secara militan.

Kemuncak pembabitan Mat Indera dalam gerakan ganas dan kejam PKM itu ialah peristiwa serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950. Fakta yang diperoleh daripada pelbagai sumber oleh sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan bahawa Mat Indera telah merancang operasi ganas itu terhadap pegawai polis British, tetapi telah diingkari oleh anggota di bawah kepemimpinannya yang menyerang dengan kejam semua sekali anggota polis dan keluarga mereka di balai polis Bukit Kepong.

Sebagai seorang daripada pemimpin Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan, Mat Indera adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan berkenaan.

Natijahnya, dia telah dianggap oleh penduduk tempatan di kampungnya sebagai pengganas yang kejam dan zalim, sehingga mengancam ketenteraman dan keselamatan orang awam di tanah air. Sedangkan, ketika itu orang lain sedang bertungkus-lumus berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dengan kaedah yang lebih wajar, benar dan aman yakni melalui rundingan, bukan melalui kekejaman dan keganasan PKM yang memusnahkan nyawa, jiwa dan harta benda negara.

Mat Indera juga didapati berusaha keras mempengaruhi dan mengajak rakyat Melayu untuk menyertai kegiatan haramnya dalam gerakan PKM yang mempunyai cita-cita yang lebih buruk daripada Malayan Union British sebelum itu.

Komunis memang menentang pentadbiran British di Tanah Melayu secara militan bersenjata untuk menubuhkan People’s Democratic Republic of Malaya yang membawa natijah penghapusan kedaulatan Melayu di tanah airnya dan penguasaan bangsa asing di negeri Melayu.

Malaysia yang pada ketika itu dengan nama Persekutuan Tanah Melayu sangat-sangat bertuah kerana ramai penduduk tidak menyokong PKM, sebaliknya bersama-sama pasukan kerajaan membanteras kekejaman pengganas komunis.

Itulah yang berlaku sehingga tertangkapnya Mat Indera apabila kepemimpinan peringkat masyarakat di Kampung Parit Baru, Seri Medan sendiri yang merancang dengan kerjasama polis untuk memerangkap dan memberkasnya ketika dia datang ke kampung berkenaan.

Akhirnya Mat Indera berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman mati kerana peranannya dalam tindakan ganas dan jenayah membunuh dengan kejam sebagai anggota pergerakan komunis militan dan pengganas yang diharamkan sehingga ke hari ini.

Sokongan penduduk ini memberi sumbangan besar yang menyebabkan pengganas komunis gagal mencapai cita-cita mereka iaitu menubuhkan Republik Komunis Malaya.

Dalam hal ini, sudah tentu perjuangan pengganas komunis amat berbeza sekali dengan perjuangan UMNO yang diasaskan oleh Datuk Onn Jaafar dan diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, iaitu menuntut kemerdekaan melalui rundingan dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu Berdaulat berlandaskan Demokrasi Raja Berperlembagaan.

Berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong itu, Mat Indera dengan sengaja dan sedar menjadi anggota gerakan pertubuhan besar pengganas komunis PKM, sebagai Ketua Rejimen ke-10, yang kejam serta zalim serta mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam pada ketika itu.

Dia bukan seorang ‘pejuang’ untuk mendapatkan kemerdekaan negara yang pada masa itu sedang diusahakan secara rundingan aman dan lebih berhemah serta bertamadun.

Sehingga hari ini, ketika rakyat negara ini sudah merdeka dan berkerajaan sendiri sejak 1957, gerakan PKM tetap diharamkan. Gerakan itu diharamkan kerana cita-cita komunisme yang bertentangan dengan ajaran Islam, ketuhanan dan bersifat menindas perbezaan pendapat dalam sistem demokrasi, walaupun sudah ada perjanjian peletakan senjata parti itu di Betong (Thailand) dengan kerajaan Malaysia pada 1989.

Dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ) segala kajian, penulisan dan catatan yang berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak seperti Mat Indera, adalah data kemasyarakatan berkaitan seorang anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini, khususnya di Johor dalam perjalanan sejarah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Penulisan dan catatan berkenaan menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia kini, untuk mengayakan lagi khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi demi generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan masa akan datang. -BH

Thursday, 15 September 2011

Sejarah Hari Malaysia

" Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 September 1973 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat referendum di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah dan Sarawak. Ia bukan merupakan cuti am di Semenanjung Malaysia. "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...