Ads 468x60px

-
Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Tuesday, 24 April 2012

Bekas Imam Rogol Remaja : dipenjara 15 tahun, 12 sebatan


JOHOR BAHRU – Seorang bekas Imam sebuah masjid di Johor Bahru hari ini dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan selepas didapati bersalah merogol seorang gadis di bawah umur tahun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen Nu’aman Mahmud Zuhudi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Nur Akmal @ Basok Bakri Abdul Kader, 32, di akhir kes pembelaan.
Dalam penghakimannya, beliau berkata, walaupun tertuduh pertama kali melakukan kesalahan seksual itu, namun kedudukannya sebagai seorang imam jelas menunjukkan dia benar-benar mengetahui hukum dan kesalahan yang dilakukan.

“Mahkamah mengambil kira kepentingan awam dalam kes ini dan bukannya kedudukan dia sebagai imam. Tertuduh sepatutnya memberi contoh yang baik kepada masyarakat dan menjaga nama baiknya,” katanya.

Tertuduh didakwa merogol remaja perempuan ketika kejadian berusia 13 tahun di rumahnya di Taman Perling, dekat sini, kira-kira jam 3 petang, 21 Februari 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sepanjang prosiding berkenaan, tertuduh kelihatan tenang namun sebaik sahaja keputusan dibacakan, dia akhirnya mengalirkan air mata apabila dipeluk ahli keluarga yang lain.

Terdahulu, peguam Sukhaimi Mashud memohon hukuman terhadap anak guamnya diringankan atas alasan kesalahan pertama dilakukan selain tertuduh adalah adalah seorang imam serta sudah berkahwin dan memiliki seorang anak berusia empat tahun.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Afif Ali.

Monday, 9 April 2012

Guru lakukan hubungan seks bersama pelajar bawah umurnya

Bekas guru di California yang menjadi berita muka depan akhbar ketika dia meletakkan jawatan untuk tinggal bersama pelajarnya yang berusia 18 tahun ditahan semalam kerana disyaki melakukan penderaan seksual terhadap seorang pelajar lain lebih 10 tahun lalu, kata polis.

Christopher James Hooker, 41, ditahan untuk siasatan kerana disyaki melakukan hubungan seks oral bersama pelajar bawah umur. Polis berkata, kejadian itu berlaku ekoran hubungannya dengan seorang pelajar berusia 17 tahun pada 1998 di Sekolah Tinggi Davis di Modesto, tempat dia pernah mengajar.

Hooker muncul di mahkamah semalam dan hakim menetapkan ikat jamin AS$50,000 (RM150,000) serta pelantikan peguam bela awam untuknya, lapor akhbar Modesto Bee. Dia meminta jumlah ikat jamin dikurangkan dan hakim menetapkan perbicaraan Selasa ini bagi memutuskan perkara itu.

Polis berkata, siasatan bermula selepas Hooker mengumumkan hubungannya bersama Jordan Powers Februari lalu yang menjadi muridnya di Sekolah Tinggi Enochs di Modesto.

Muncul dalam pelbagai rancangan bual bicara televisyen nasional di AS, Hooker bersama Jordan mengekalkan hubungan tanpa seks hingga pelajar itu berusia genap 18 tahun, tetapi polis menyiasat sama ada berlaku hubungan tidak wajar sebelum itu.

Dalam wawancara untuk rancangan Dr Phil dan Selamat Pagi Amerika, ABC pasangan itu dilihat berpimpin tangan dan saling bertukar senyuman.

Pasangan itu mendakwa ketika mereka bertemu kali pertama iaitu ketika Jordan berusia 14 tahun, hubungan mereka tidak membabitkan sentuhan fizikal hingga pelajar itu cukup umur.

Mengikut undang-undang California pelajar perlu mencecah usia 18 tahun untuk menjalin hubungan dengan orang dewasa. Ibu Jordan, Tammie yang bersemuka dengan pasangan itu dalam rancangan Dr Phil menuduh Hooker mempengaruhi anak perempuannya.

Ekoran hubungan pasangan itu, anggota Kongres dari Modesto, Kristin Olsen mengusulkan undang-undang supaya melarang hubungan pelajar-guru walaupun pelajar sudah mencapai usia 18 tahun dan membatalkan skim saraan serta perubatan guru terbabit jika mereka disabitkan bersalah.

Menurutnya tindakan itu dapat menghalang guru menjalin hubungan dengan pelajar mereka sendiri walaupun pelajar mencecah usia dewasa. - SD

Sunday, 8 April 2012

Gila : Warga Emas Bunuh & Makan Isteri



BOSTON - Seorang warga emas berumur 79 tahun yang baru sahaja berhijrah dari China ke Massachusetts, Amerika Syarikat (AS), mengaku tidak bersalah dan keliru dengan pertuduhan terhadapnya iaitu membunuh kejam isteri pertamanya, kelmarin.

Menurut polis, Jeiming Liu yang ditemui anak lelakinya, dalam keadaan duduk di atas sebuah kerusi malas serta berlumuran darah pada tangan, mulut dan muka sambil memandang ke luar kondominium serta dikelilingi cebisan daging yang dipercayai milik isterinya.

 Kemudian dia menjumpai ibunya, Yuee Zhou, 73, dalam sebuah bilik tidur dengan keadaan berbaring, berlumuran darah dan mengalami kecederaan parah pada bahagian lengan tangan.

 Namun, anak lelaki Liu yakin ayahnya tidak mampu melakukan kekejaman itu kerana mempunyai saiz fizikal yang kecil.

 Liu yang asyik mengulangi ayat ‘Ini bukan ibu kamu’ sejak ditemui, dipercayai menghidapi penyakit Alzheimer atau demensia.

 Penolong Pendakwa Raya Daerah, Michael D. McHugh berkata, Liu mungkin memakan cebisan daging isterinya berikutan sebahagian lengan kiri mangsa berlubang dan beberapa batang jari turut ditemui di sekitar kondominium mereka.
Sumber : Sinar Harian

Maksiat ditangga yang hancing!




YAN - “Saya sudah lali melihat remaja berkelakuan tidak senonoh di tingkat atas bangunan ini,” demikian luah seorang penyewa Bangunan Arkid Majlis Daerah Yan (MDY) di sini, Ang Bee Hwa, 54, yang didakwanya menjadi tempat pilihan remaja melakukan perbuatan tidak senonoh.


Bee Hwa berkata, dia sudah menyewa sebuah premis di tingkat bawah bangunan dua tingkat itu sejak 12 tahun lalu dan mendapati remaja atau pasangan kekasih sering menjadikan tingkat atas bangunan terbabit sebagai tempat mereka berasmara.



Menurutnya, dia bertambah geram apabila sering terhidu bau hancing dan terserempak pasangan remaja melakukan perbuatan tidak senonoh itu di situ.



“Mereka menjadikan tangga tingkat atas untuk berdua-duaan kerana banyak premis di tingkat atas kosong dan jarang ada orang naik ke tingkat atas.



“Saya sudah lali dengan keadaan ini dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini,” katanya.



Bee Hwa berkata, dia juga mohon kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyelenggarakan bangunan terbabit yang didakwanya seakan-akan diabaikan.



Katanya lagi, penyewa di premis bangunan terbabit menghadapi beberapa masalah akibat bumbung bangunan yang bocor dan menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir sempurna mengikut saluran air di atas bumbung itu.



“Apabila hujan, air akan melimpah ke bahagian bawah dan kadang-kala menyebabkan premis berdekatan bumbung bocor terkena tempias air yang melimpah itu.



“Saya sudah maklumkan kepada PBT setiap kali membayar sewa bulanan premis ini, namun tiada tindakan diambil sehingga kini,” katanya.

Friday, 23 December 2011

Ibu Relakan Anaknya Dikhalwat

 
 
Ledang – Seorang ibu tergamak menyembunyikan perbuatan anak perempuannya daripada ditangkap khalwat dalam satu serbuan oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang di sebuah rumah di sebuah taman perumahan di Tangkak, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, tindakan wanita berusia 44 tahun itu yang mendakwa teman lelaki anaknya sebagai anak saudaranya dari Segamat terbongkar.

Ia berikutan anak perempuan wanita terbabit yang berusia 17 tahun mengaku lelaki berusia 16 tahun dan tidak bersekolah itu adalah teman lelakinya, selain bercadang untuk berkahwin pada Mac tahun depan.

Lebih malang, ibu remaja terbabit turut diarah hadir ke Pejabat Agama Daerah Ledang kerana didapati nikah tanpa kebenaran di Narathiwat, Thailand pada 2004.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa, Mohd Zainal Kadiran memeriksa rumah tersebut.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang wanita berbaju tidur membuka pintu.

“Pihak penguat kuasa terpaksa menunggu hampir 10 minit sebelum wanita berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang remaja lelaki berseluar pendek tanpa memakai baju dalam sebuah bilik, manakala remaja perempuan sedang baring di atas katil,” katanya kepada Sinar Harian.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala ibu remaja perempuan terbabit diarahkan hadir ke Pejabat Agama Darah Ledang kerana bersubahat dan akan didakwa di bawah Seksyen 40(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam kerana nikah tanpa kebenaran. -SH

Thursday, 22 December 2011

VIDEO PENGAKUAN KHAS !! IBU DAN ANAK BERZINA..!! HAMPIR KIAMAT !!


GAMBAR !! PELAJAR UNISEL BUNUH DIRI !! TAKZIAH DARI KAMI !!



Tekejut kejap bila orang upload gambar ni kat twitter tadi….Memang semua orang ada masalah, tapi bunuh diri bukan penyelesaiannya. Sanggup bunuh diri untuk lari dari masalah sehingga sanggup mencabut nyawa sendiri?

Di atas adalah gambar seorang pelajar UNISEL berbangsa India yang membunuh diri dengan menggantungkan dirinya pada kipas. Dipercayai mangsa telah pun mati selama 4 hari dan baru disedari oleh rakan sebilik beliau. Punca beliau membunuh diri masih belum diketahui dan identiti masih belum dikenalpasti.

Wednesday, 30 November 2011

KEJAM !!! LEPAS POTONG KEPALA ISTERI, BAWA KEPALA BERSIAR-SIAR


 
Seorang lelaki berasal dari Guwahati, Assam di India, telah membunuh isterinya dan berjalan keluar ke jalan utama dengan kepala isterinya yang terputus dan parang yang berlumuran darah sebelum ditangkap. Ranjit Das, bapa kepada dua anak lelaki berusia sembilan dan enam tahun, menjalankan perniagaan kedai runcit kecil dan juga bekerja sebagai seorang pemandu autorickshaw sambilan Dia dituduh membunuh oleh Ketua Hakim di mahkamah majistret pada hari Jumaat lalu dan dikenakan tahanan reman.

Isteri yang dikahwininya sejak 10 tahun, Amiya Daimary Das bekerja sebagai jururawat di Kesihatan Luar Bandar India. Beliau telah bertugas di Barpeta, kira-kira 170km dari Guwahati dan pulang ke rumah pada minggu lepas.Ranjit kemudian mengesyaki Amiya mempunyai hubungan sulit dan mendakwa dia mempunyai bukti.

Beliau kemudian mengkelar leher isterinya pada hari Khamis lalu dengan parang, dan membawa kepalanya yang berlumuran darah dan berjalan melalui jalan utama bersamanya. Beliau kemudiannya ditahan oleh polis peronda. “Saya mempunyai bukti yang cukup tentang perhubungan sulit itu. Beliau telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki lalu menyebabkan saya hilang pertimbangan dan membunuhnya,” kata Ranjit.-

Saturday, 12 November 2011

Berhati-hati Dengan Awek Ini!!! : Wanita bersuami lima guna seks sebagai 'senjata'

* GAMBAR fail menunjukkan Horne dan Baker.
MANCHESTER - Ashley Baker iaitu suami kelima Emily Horne mendedahkan dia berkahwin dengan wanita berkenaan setelah digoda dengan seks dan pujuk rayu, lapor sebuah akhbar semalam.
"Horne seorang wanita yang tidak mempunyai perasaan dan jahat. Dia perlu dihukum penjara untuk satu tempoh yang panjang," kata Baker.
Horne yang berusia 30 tahun itu kini menunggu hukuman selepas dia mengaku bersalah di sebuah mahkamah di Manchester minggu lalu kerana berkahwin lebih daripada dua lelaki.
"Horne memperalatkan seks sebagai senjata. Dia merupakan seorang penipu," tambah Baker.
Menurutnya, wanita itu mengaku kononnya dia hamil selain berbohong dia pernah dirogol dan menghidap kanser semata-mata untuk memujuknya berkahwin.
Akibat termakan pujuk rayu wanita itu, mereka mendirikan rumah tangga pada September 2007 empat bulan selepas berkenalan tanpa Baker menyedari bahawa dirinya dimadukan.
Bagaimanapun, rahsia wanita itu terbongkar apabila Horne sendiri mengaku dia pernah dipenjara kerana berpoligami dan sudah bersuami ketika mereka berbulan madu. - Agensi

Friday, 11 November 2011

"SAYA TAK HISAP DADAH!!" - SAIFUL APEK.


 
Pelakon komedi, Saiful Apek bersama empat rakannya termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka, tahun lalu.

Saiful atau nama sebenarnya, Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff, 42; Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28; Shaiful Baharom, 24; dan Noremy Mohamad, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepada mereka. Hanya Mohamad Shafarul Abdul Rahim, 25, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun tahun lalu.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 dan pengawasan polis.

Mohamad Shafarul yang bekerja secara sambilan di syarikat milik Saiful, Gitu-Gitu Production turut mengaku bersalah terhadap dua lagi pertuduhan iaitu memiliki 0.09 gram kanabis dan memiliki perkakas yang digunakan untuk menyediakan kanabis.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di No. 306, Blok C, Pangsapuri Sunway Court, Jalan PJS 7/13, Bandar Sunway di sini pada pukul 10 malam, hari yang sama. Dakwaan bagi kedua-dua tuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 10(2)(a) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Dengan pengakuan salah itu, Mohamad Shafarul dikenakan denda antara RM2,000 dan RM3,000 yang kesemuanya berjumlah RM7,500 atau penjara 10 bulan serta dua tahun pengawasan oleh pihak polis.

Sementara itu, Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid membenarkan Saiful dan tiga rakannya yang lain masing-masing diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad dan Fadilah Shah Abdul Latif manakala kesemua tertuduh diwakili peguam bela, Mohd. Fadly Hashim.

Mengikut laporan akhbar sebelum ini, Saiful Apek diberkas sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Subang Jaya dalam serbuan di sebuah rumah kerana mengambil dadah bersama empat lagi rakannya, termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20-an.

Dalam serbuan pada pukul 10 malam itu, polis turut merampas 40 gram daun kering dipercayai dadah jenis ganja atau kanabis.

Hasil ujian saringan air kencing terhadap pelakon yang pernah mengarah dan menerbitkan filem serta rakan-rakannya kemudian mendapati semua mereka positif dadah.

Wednesday, 9 November 2011

Inilah Penjara Paling Ramai Orang Nak Masuk

CHILPANCINGO: Polis Mexico menemui 19 pelacur, dua guni marijuana dan 100 ekor ayam laga dalam pemeriksaan mengejut di sebuah penjara di bandar peranginan Acapulco, kata pegawai keselamatan semalam.

Serbuan itu dilakukan ketika 500 anggota keselamatan Persekutuan bersedia memindahkan 60 banduan ke pusat penjara keselamatan maksimum pada Ahad dan Isnin.

Jurucakap pasukan antidadah di Guerrero, Artuto Martinez, berkata polis turut menemui enam banduan wanita di kawasan tahanan lelaki penjara berkenaan, selain sejumlah senjata tajam, dua burung merak dan beberapa barangan mewah, termasuk set televisyen plasma.

“Kami sedang menyiasat siapa yang mungkin menjadi dalangnya,” katanya.

Guerrero adalah bandar raya ketiga mencatatkan kadar pembunuhan paling tinggi di Mexico selepas Chihuahua dan Nuevo Leon. - AFP

Inilah Penyebab Kematian Michael Jacson

MURRAY...dituduh memberi ubat pelali berlebihan.
MURRAY...dituduh memberi ubat pelali berlebihan. 
 
 
MICHAEL...meninggal dunia di rumahnya pada 25 Jun 2009.
MICHAEL...meninggal dunia di rumahnya pada 25 Jun 2009. 
 
 
LOS ANGELES: Doktor peribadi Michael Jackson, Conrad Murray, diletakkan dalam pengawasan ketat selepas dia dibawa ke penjara dengan tangan bergari sebaik saja didapati bersalah membunuh Raja Pop itu.

Dengan wajah muram, Murray, 58, kelihatan tidak berkelip matanya ketika juri terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita sebulat suara mensabitkan kesalahan membunuh tanpa niat ke atasnya.

Keputusan itu diambil selepas mereka berbincang selama sembilan jam.

Murray didapati bersalah menyebabkan kematian Michael, 50, dengan memberinya ubat penahan sakit secara berlebihan.

Perbicaraan itu mengambil masa enam minggu.

Di penjara, pihak berkuasa meletakkan Murray sebagai tahanan berpotensi untuk membunuh diri sementara menunggu hakim menjatuhkan hukuman ke atasnya.

Melalui tuduhan itu, Murray boleh dipenjara sehingga empat tahun.

Sementara itu, keluarga Michael jelas gembira dengan keputusan berkenaan.
Dalam mahkamah, kakak Michael, La Toya, kedengaran berkata “Yes!” selepas juri membacakan keputusan mereka kira-kira jam 9.15 malam (waktu tempatan).

Di luar pula, ratusan peminat bersorak dan melompat kegembiraan apabila Murray disabitkan kesalahan membunuh artis kesayangan mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi, Michael Pastor, enggan membenarkan Murray diikat jamin dan mengarahkan tertuduh ditahan sebelum keputusan ditentukan tiga minggu lagi.

Kata Pastor, orang awam wajar dilindungi dan Murray melakukan jenayah yang menyebabkan kematian.

Sejurus selepas itu, Murray dikelilingi tiga anggota keselamatan yang menarik tangannya ke belakang untuk digari.

Peguam bela Murray, Ed Chernoff, dilihat menitiskan air matanya ketika keputusan juri dibaca.

Selain La Toya, turut hadir di mahkamah, bapa Michael, Joe; ibunya, Katherine; serta adik-beradik Raj Pop itu, Randy, Jermaine dan Rebbie.

Anak Michael - Prince, 14; Paris, 13, dan Blanket, 9, - tidak menonton liputan keputusan itu di televisyen supaya Katherine boleh menyampaikannya sendiri kepada mereka. - TS

Tuesday, 8 November 2011

Sunday, 6 November 2011

Jururawat tersilap buang bayi yang masih hidup (video)

SEBUAH hospital di Selatan China menggantung empat pegawai perubatannya kerana membuang seorang bayi yang baru dilahirkan secara pra matang yang disalah anggapkan sebagai sudah meninggal dunia.

Bayi malang itu dimasukkan ke dalam sebuah beg plastik dan kemudiannya ditinggalkan di dalam bilik air hospital.

Selepas beberapa ketika melahirkan, Liu Dongmei berkata dia diberitahu oleh jururawat hospital bahawa bayi lelakinya telah mati semasa dilahirkan.

Bagaimana pun kesilapan itu hanya disedari selepas 30 minit kemudian apabila salah seorang saudara mendapati bahawa bayi lelaki itu masih bergerak-gerak.


Huang Lichuan, pengarah Gynecology dan Obstetrics hospital tersebut mengakui bahawa doktor dan jururawat yang terlibat telah menunjukkan sikap sambil lewa.

"Mereka (4 orang Staff) mesti bertanggung jawab" katanya seperti yang dipetik oleh Nanfang Daily Jumaat lalu. Nama dan jawatan pekerja yang digantung itu bagaimana pun tidak dinyatakan.

Liu, 23 mengandung 7 bulan sewaktu dia sampai di Nanhai Red Cross Hospital pada 23 Oktober bersama suaminya, Wang Haizhang, 24. Dia dimasukkan ke wad selepas mengalami sakit perut. Tiga hari kemudian, dia diarahkan ke wad bersalin.

"Walaupun suami saya telah memberitahu doktor berulang kali di antara pukul 3 hingga 5 am, bahawa saya sudah hendak bersalin, doktor hanya tiba sewaktu beberapa minit sebelum saya bersalin" kata Liu seperti yang dipetik oleh Nanfang Daily.

Apa yang berlaku pada waktu itu tidak begitu jelas. Difahamkan bahawa doktor memeriksa keadaan wanita tersebut dan terus berlalu pergi, membiarkan dua orang jururawat menguruskan kelahirannya.

Sebaik sahaja selesai melahirkan, Liu dimaklumkan bahawa bayinya telah meninggal dunia kerana ia tidak menangis. Ia kemudiannya dibungkus di dalam sebuah beg plastik kuning dan dicampakkan di bilik air berhampiran.

Bagaimanapun, adik ipar Liu, Wang Heping tiba kira-kira 30 minit kemudian dan meminta untuk melihat jasad bayi tersebut sebelum menyaksikan beg plastik tersebut bergerak-gerak.

Menyedari kesilapan mereka, kaki tangan hospital dengan segera memindahkan bayi tersebut ke unit rawatan rapi.


"Selepas bersalin, jururawat memberi tahu bahawa bayi saya adalah bayi perempuan, sebaliknya saya sebenarnya telah melahirkan bayi lelaki" kata Liu.

Tambahnya lagi "Beratnya hanya 1.9 kg dengan ketinggian 45 cm sewaktu dilahirkan, namun selepas seminggu dirawat di unit rawatan rapi keadaannya kini bertambah baik."
 
 

Saturday, 5 November 2011

Lelaki Bakar Diri Protes Pemerintahan China




NEW DELHI - Seorang pemuda Tibet membakar dirinya di luar Kedutaan China di sini sebelum perbuatan tersebut dihalang oleh polis India, kata beberapa saksi.

Pemuda berkenaan yang turun dari sebuah kenderaan awam bertindak mencurahkan minyak tanah ke seluruh tubuhnya dan menyalakan api pada tubuhnya yang berpakaian sebelum beberapa anggota polis bergegas memadamkan api yang sedang marak.

Seorang wartawan agensi berita AFP yang berada di lokasi kejadian berkata, seluar panjang dan seluruh pinggang pemuda berkenaan dijilat api sebelum api dapat dipadamkan.

Dia yang cedera ringan akibat melecur pada kedua-dua kakinya kemudian dibawa keluar dari tempat kejadian dengan menaiki kenderaan polis.

Tindakan nekad tersebut dilakukan kerana memprotes campur tangan pemerintahan China di wilayah Tibet. - AFP

SELANGOR !! SUAMI DI UGUT BINI YANG CURANG !!



AMPANG: Berang rahsia kecurangannya diketahui suami, seorang wanita berusia 30 tahun sanggup mengugut mahu mencerderakan suaminya jika perbuatan terkutuknya itu didedahkan kepada keluarganya.

Difahamkan, rahsia kecurangan wanita terbabit terbongkar selepas suaminya terbaca beberapa kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) antara isteri dan teman lelakinya yang mengandungi ayat-ayat cinta dan berbaur lucah.

Berikutan terbongkarnya rahsia itu, teman lelakinya isteri nekad memutuskan hubungan cinta mereka menyebabkan isteri mangsa naik berang.

Sumber berkata, suami wanita itu yang berusia 32 tahun terkejut sebaik membaca SMS berkenaan, lalu bertanyakan kepada isterinya serta meminta penjelasan ketika berada di rumah mereka di Bukit Ampang, di sini, semalam.

"Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, wanita berkenaan sedang bersiap untuk ke tempat kerja apabila suaminya mendengar nada deringan kiriman SMS dari telefon bimbit milik isterinya itu lalu mengambilnya.

"Sebaik dibaca kandungan SMS itu, lelaki terbabit terkejut dan tidak menyangka isterinya sanggup bermain kayu tiga," katanya.

Menurut sumber, lelaki itu yang juga ahli perniagaan mula mengesyaki isterinya sudah berlaku curang, lalu bertanyakan sambil menunjukkan kandungan SMS berkenaan kepada isterinya.

"Namun, isterinya menafikan ada menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.
"Si suami yang tidak berpuas hati, kemudian bertindak menghubungi teman lelaki isterinya. Malah lelaki itu yang dihubungi itu ketakutan dan memberitahu mahu memutuskan hubungan cinta dengan isteri lelaki itu," katanya.

Beliau berkata, sebaik dimaklumkan teman lelaki isterinya mahu memutuskan hubungan menyebabkan wanita itu naik angin lalu memarahi suaminya dan mengugut mahu mencederakannya jika erbuatan itu diketahui keluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisoner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes dirujuk kepada mahkamah syariah untuk tindkan lanjut.

Raja Noraina Raja Rahim
noraina@hmetro.com.my
05/11/2011

Friday, 4 November 2011

Gadis Manis Pengawal Peribadi Gaddafi Yang Dibunuh Dan Diperkosa

 
Pengawal Peribadi Gaddafi yang dipanggil "The Revolutionary Nuns" atau "Amazonian Guard" telah diburu dan dibunuh sebelum kematian Gaddafi. Semua wanita ini diburu dan dibunuh oleh askar yang tengah memburu Gaddafi ketika itu. Memang kasihan tengok semua wanita yang hanya menjalankan tugas mereka untuk menjaga keselamatan Gaddafi.




 
Setakat ini terdapat tiga mayat telah ditemui. Mayat pertama cuba larikan diri bersama teman lelakinya telah ditembak mati. Mayat kedua pula dibelasah sehingga mati. Yang ketiga paling sadis kerana telah dirogol beramai-ramai sebelum didera sehingga mati. 



 
Memang tidak patut askar ini melakukan semua ini kepada mereka. Wanita ini hanya menjalankan tugas mereka. Kenapa mereka tidak memburu Gaddafi sahaja dan lepaskan wanita ini? Apakah salah semua wanita ini?

GENG SEKSUALITI MERDEKA DI TANGKAP DALAM JAMBAN O.K.U LRT !!

GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang dipercayai mahu melakukan hubungan seks luar tabii dalam tandas sebuah stesen transit aliran ringan (LRT) diberkas polis bantuan selepas perlakuan aneh mereka menarik perhatian orang awam, petang kelmarin.

Difahamkan, pasangan songsang berusia lingkungan 20-an itu sering menjadikan tandas berkenaan sebagai tempat memuaskan nafsu mereka.


Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, tindakan kedua-dua lelaki terbabit disedari beberapa orang awam yang melihat mereka memasuki tandas orang kelainan upaya (OKU) yang terletak di dalam bangunan LRT berkenaan.


“Hairan melihat kelakuan pelik mereka yang rnasuk ke dalam tandas bersama-sama, orang awam mula mengesyaki pasangan itu adalah pasangan gay lalu segera bertindak memaklumkan perkara itu di kaunter polis bantuan.


“Anggota yang menerima maklumat itu kemudian segera ke dalam tandas itu, namun kedua-dua lelaki terbabit enggan membuka pintu,” katanya.


Sumber berkata, berikutan keengganan itu, anggota terbabit bertindak membuka pintu tandas berkenaan dalam tandas menggunakan kunci.


“Anggota terbabit terkejut sebaik mendapati kedua-dua lelaki berada dalam keadaan separuh bogel. Kedua-dua rnereka kemudian diarah memakai semula pakaian masing-masing dan keluar dari tandas itu,” katanya.


Menurutnya, pasangan itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Ienayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

TERKINI !!! PENSYARAH ROGOL PELAJAR DAN PAKSA MINUM AIR MANINYA !!


Seorang pensyarah sebuah kolej swasta didakwa telah mengikat, memukul dan merogol pelajar sebelum memaksa dia menelan air mani.

China Press melaporkan bahawa pensyarah berusia dalam 40-an telah memanggil gadis yang berusia 21 tahun untuk bertemu dengannya di pejabat beliau bagi membincangkan kerja kursus beliau.

Semasa berada di bilik, pensyarah tersebut mengajak mangsa berhubungan badan namun ditolak. Namun pensyarah tersebut mengugut untuk mengagalkan pelajar tersebut.

Kerana takut digagalkan, mangsa bersetuju untuk mengikuti pensyarah pergi untuk sarapan pagi dengan menaiki kereta pensyarahnya.

Namun sebaik memasuki kereta, pensyarah tersebut telah mencekik leher pelajar tersebut dan merampas telefon bimbitnya.

Pensyarah membawa mangsa ke rumahnya di Sentul di mana pelajar itu diikat, dibogelkan dan dirogol. Tak hanya dirogol, pelajar tersebut juga dipaksa untuk menelan air mani pensyarah tersebut.
Beliau kemudian meninggalkan pelajar tersebut di stesen LRT.

Pelajar, disertai oleh kakaknya, telah  membuat laporan di balai polis Sentul, Kuala Lumpur.

 ~ dailychilli.com

Bayi yang dijumpai rupanya anak sendiri


SEGAMAT: Pada 26 Ogos lalu, seorang lelaki mendakwa menemui seorang bayi ditinggalkan di depan sebuah pasar raya di bandar ini dan Selasa lalu, dia ditahan selepas siasatan polis mendapati suspek adalah bapa bayi malang itu.

Tindakan bijak pegawai penyiasat kes yang meminta lelaki berusia 21 tahun itu untuk menyerahkan sampel asid deoxyribonucleic (DNA) selepas mendapati hidung bayi serta lelaki terbabit serupa akhirnya berjaya membongkar penipuan berkenaan.

Ketika mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Majid Mohd Ali berkata, hasil ujian DNA dilakukan Jabatan Kimia diperoleh pihaknya Selasa lalu, suspek terus ditahan di kediamannya di Felda Selancar untuk membantu siasatan.

“Kami menahan suspek yang bekerja sendiri pada jam 10 pagi, dia tidak mengakui melakukan kegiatan terkutuk itu, tetapi keputusan DNA membuktikan sebaliknya.

“Kami berhempas pulas menyelesaikan kes ini kerana tidak puas hati dengan sikap mereka yang membuang bayi, syukur kerana tindakan bijak pegawai penyiasat dibantu dengan pegawai juga anggota lain berjaya membongkar penipuan itu,” katanya, semalam.

Pada masa sama, menurut Majid, pihaknya turut menahan teman wanita suspek yang berusia 18 tahun yang bekerja di sebuah kedai makan di Jalan Genuang, kerana disyaki melahirkan bayi perempuan berkenaan.

Hasil siasatan awal, remaja perempuan terbabit mengaku melahirkan serta membuang bayi itu di depan pasar raya berkenaan.

“Kedua-dua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 kerana membuang bayi, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan, pada tarikh berkenaan, seorang lelaki mendakwa menemui bayi di dalam kotak diletakkan di depan pasar raya berkenaan pada jam 5 pagi ketika mahu bersahur.

Lelaki berkenaan kemudiannya mendakwa membawa pulang bayi itu ke kediamannya untuk dibersihkan dan diberikan pakaian baru sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

Bayi itu kini ditempatkan di pusat jagaan Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan, Pahang untuk tempoh dua tahun sementara menunggu tindakan susulan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...