Showing posts with label Maharaja Lawak Mega. Show all posts
Showing posts with label Maharaja Lawak Mega. Show all posts
Friday, 23 December 2011
Friday, 11 November 2011
KLIMAKS MAHARAJA LAWAK.. ADLIN AMAN RAMLI HINA P.RAMLEE..!!?
Sekarang sedang berlangsung sebuah rancangan yang semakin mendapat perhatian 3 buah Negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Maharaja Lawak menonjolkan momentum jumlah rating penonton yang semakin meningkat. Malah golongan ahli Politik mahupun mereka yang sarat memperkatakan soal politik turut menonton rancangan ini bagi menghilangkan rasa tekanan. Peserta2 semuanya hebat2.Malah otai2 Lawak Tanah Air seperti Imuda, Mr. Os, Abon, Mat Over dan ramai lagi turut menonjolkan bakat masing2. Pengarah terkenal, Afdlin Shauki juga tidak ketinggalan. Adlin Aman Ramli yang menyertai pertandingan di saat2 akhir turut menggerunkan peserta yang lain. Bercakap tentang anak kepada Pelawak Vateran, Arwah A.R Tompel ini, ada cerita2 yang kurang enak diperkatakan terhadap beliau. Mungkin sekadar propaganda Adlin. Pada awal kemunculan Minggu Pertama, Adlin dilihat agak berlagak menceritakan beliau selaku putera kepada seorang Pelawak terkenal era kegemilangan P.Ramlee.
Namun, momentum beliau memuncak pada Minggu kedua dengan persembahan berani menggayakan pakaian sari. Sehingga pecah perut penonton tertawa dengan lawak beliau. Akan tetapi, tindakan Adlin yang mengaitkan Tan Sri P.Ramlee pada minggu pertama menyebabkan ada yang rasa kurang senang.
Beliau cuba mempertahankan kekebalan bidang lawak lagenda A.R Tomple dengan mendakwa ayahnya itu pernah memiliki Saloma sebelum P.Ramlee lagi. Rasa2 nya itu agak keterlaluan tambahan lagi kedua2 lagenda itu telah meninggal dunia.
Adlin sewajarnya mempertontonkan kepada masyarakat hasil karya lakonan lawaknya mengikut brand tersendiri. Tidak perlulah menumpang populariti nama ayahnya untuk menang di dalam pertandingan beliau. Kerana Adlin diperakui amat berbakat. Cuma perlu ada sifat rendah diri sedikit. Kerana sifat itulah yang menyebabkan Datuk Siti Nurhaliza kini bergelar Artis No. 1 Malaysia malah turut membarisi artis2 terkenal di Asia.
Sumber Di sini
Labels:
Maharaja Lawak Mega
Tuesday, 8 November 2011
Maharaja Lawak Mega
Maharaja Lawak Mega Minggu 1 (Full)
Maharaja Lawak Mega Minggu 2 (Full)
Labels:
Maharaja Lawak Mega
Thursday, 3 November 2011
Kejutan Maharaja Lawak Mega
| |
| AFDLIN SHAUKI dan Harun Salim Bachik yang turut menyertai Maharaja Lawak Mega bakal menjadikan percubaan untuk merebut gelaran juara agak sengit. |
MENYELITKAN elemen kejutan dalam sesebuah rancangan realiti TV dilihat antara langkah paling berkesan untuk menarik minat penonton serta mampu menaikkan lagi rating rancangan sebegitu.
Oleh yang demikian, rancangan Maharaja Lawak Mega yang menampilkan pelawak-pelawak otai dari tiga buah negara seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia sudah melakukan satu kejutan menarik biarpun baru minggu pertama disiarkan.
Siapa sangka pihak Astro telah melantik tiga orang juri tetap yang bukan terdiri daripada pelawak profesional, sebaliknya mereka yang dilantik sebagai juri adalah penyanyi, chef dan pemain bola sepak terkenal.
Antara tiga orang juri tetap yang dilantik adalah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, chef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dan legenda bola Malaysia, Zainal Abidin Hassan.
Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani yang ditemui selepas rancangan tersebut berakhir berkata, memang daripada awal lagi pihaknya inginkan juri yang bukan terdiri daripada pelawak sendiri.
“Kalau kita memilih pelawak sebagai juri tetap, rasanya ia bukanlah satu tindakan yang tepat kerana mungkin ada di kalangan peserta yang bertanding adalah rakan baik dengan juri yang dilantik.
“Jadi kami merasakan adalah lebih baik sekiranya ketiga-tiga juri tetap ini adalah daripada bidang yang langsung tidak kena mengena dan komen yang diberikan adalah pandangan sebagai seorang penonton,” jelasnya.
Ditanya tentang pemilihan Siti, Chef Wan dan Zainal Abidin sebagai juri tetap Maharaja Lawak Mega, Nizam menganggap ia adalah sebagai satu tarikan istimewa memandangkan ketiga-tiganya memang terkenal dalam bidang masing-masing.
Jelasnya lagi, dengan persetujuan yang diberikan oleh mereka untuk menjadi juri, ia dilihat sebagai satu penghormatan yang tertinggi serta mampu menarik minat lebih ramai penonton untuk menonton rancangan tersebut.
“Dengan melantik mereka sebagai juri tetap, ini bermakna mereka perlu memberi komitmen selama 10 minggu rancangan ini disiarkan. Sedangkan kita tahu mereka sendiri turut mempunyai jadual yang cukup ketat.
BARISAN pelawak-pelawak otai tiga negara yang bakal bersaing menerusi Maharaja Lawak Mega.
“Misalnya, Datuk Siti Nurhaliza sendiri sebenarnya perlu membuat satu persembahan di tempat lain pada salah satu minggu. Namun, setelah perbincangan dibuat akhirnya jadual persembahan tersebut telah diubah dan beliau akan terus bersama Maharaja Lawak Mega sepanjang siaran ini berlangsung,” ujarnya.
Menurut Nizam lagi, selain ketiga-tiga juri tetap yang dilantik itu, pihak Astro akan turut mengundang seorang juri jemputan setiap minggu sama ada dari Singapura atau Indonesia.
Sementara itu, Siti menjelaskan dia menerima tawaran untuk menjadi juri tetap adalah disebabkan dia merupakan salah seorang peminat setia rancangan Raja Lawak dan Maharaja Lawak serta sering menantikannya pada setiap minggu.
Ujarnya, dia memang gemar dengan sesebuah rancangan yang menghiburkan dan menganggap kedua-dua rancangan tersebut telah mewujudkan satu fenomena dalam dunia komedi tempatan.
“Pada mulanya saya memang terkejut apabila ditawarkan untuk menjadi juri tetap dan tidak yakin dapat memberikan komen yang baik. Namun, setelah diterangkan oleh pihak Astro barulah saya menerima tawaran berkenaan.
“Bagaimanapun, saya tidak menganggap pemilihan saya semata-mata mahu menaikkan lagi rating kerana rancangan ini sebenarnya sudah pun mempunyai peminat yang cukup ramai termasuk saya,” ujarnya.
Seorang lagi juri iaitu Chef Wan pula menjelaskan dia sebenarnya adalah peminat setia rancangan komedi. Malah, dia kerap mengikuti pelbagai rancangan komedi luar negara.
“Memang komedi adalah bukan bidang saya, tetapi setiap komen yang saya berikan adalah berdasarakan kepada pengalaman saya sebagai penonton yang memang kerap menonton rancangan komedi sejak dahulu lagi.
“Pada masa yang sama, saya sangat mengharapkan agar kesemua peserta yang bersaing dalam rancangan ini dalam mempersembahkan satu bentuk komedi yang unik dan mampu menghiburkan penonton,” ujarnya.
Tiada penyingkiran
Memandangkan rancangan tersebut baru minggu pertama disiarkan, maka pihak Astro telah membuat keputusan untuk tidak melakukan sebarang penyingkiran dan semua peserta akan kembali bersaing untuk minggu seterusnya.
Kesemua 17 peserta yang beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega rata-ratanya telah membuat satu persembahan yang cukup menarik termasuklah peserta dari Singapura dan Indonesia.
Bagaimanapun, kumpulan yang Boboi yang dianggotai Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik paling mencuri tumpuan sehingga mendapat peratusan yang tertinggi daripada juri dan penonton.
Begitu juga dengan dua peserta solo iaitu Jalil Hamid dan Adlin Aman Ramli yang berada di tangga kedudukan 10 terbaik, manakala kumpulan Bawel dari Indonesia pula menjadi peserta luar negara yang berada di tangga teratas iaitu di kedudukan kelima.
Labels:
Maharaja Lawak Mega
Friday, 28 October 2011
Maharaja Lawak Mega Minggu 1
Maharaja Lawak Mega Promo
Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama Part 1 Kumpulan Anje
Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama Part 2 Kumpulan Syok
Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama Part 3 Kumpulan Bawel
Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama Part 4 Kumpulan Pimai
Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama Part 5 Kumpulan Rap
Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama Part 6 Kumpulan Saehu
Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama Part 7 Kumpulan Boboi
Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama Part 8 Kumpulan Comel
Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama Part 9 Kumpulan Osbon
Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama Part 10 Adlin
Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama Part 11 Kumpulan Lanun
Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama Part 12 Kumpulan Gebu
Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama Part 13 Kumpulan Caer
Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama Part 14 Kumpulan 3G
Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama Part 15 Jalil Hamid
Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama Part 16 Kumpulan Bawal Power
Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama Part 17 Kumpulan Hiro
Labels:
Maharaja Lawak Mega
Subscribe to:
Posts (Atom)


