Ads 468x60px

-
Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Saturday, 21 April 2012

STADIUM UTAMA SUKAN OLIMPIK LONDON 2012 MENAKJUBKAN

Tak lama lagi Sukan Olimpik London 2012 akan berlangsung dlm masa beberapa bulan lagi..

debaran para atlet semestinya semakin terasa dengan bahang sukan olimpik..

pastinya pihak penganjur telah banyak membuat persiapan dengan fasiliti2 sukan yg selengkapnya..

begitu juga dengan arena utama Stadium Olimpik London dalam fasa terakhir pembinaannya..

teruja pulak aku nak tengok sukan olimpik ni...

harap2 tahun ni Malaysia ada membawa pulang butiran pingat emas...amin










 
 
 

Monday, 9 April 2012

KENAPA RONALDO MENONGGENG DI PADANG?


REAL MADRID, 9 Apr - Cristiano Ronaldo, Victor Valdes dan beberapa pemain utama Barcelona dan Real Madrid bakal terlepas pertembungan 'El Classico' pada 21 April ini di stadium Nou Camp, jika dilayangkan satu lagi kad kuning oleh pengadil.

Bagi pasukan Barcelona, Victor Valdes, Seydou Keita, Alexis Sanchez dan Thiago Alcantara masing-masing sudah dilayangkan empat kad kuning, dan bakal berhadapan dengan penggantungan satu perlawanan jika menerima satu lagi kad kuning.

Begitu juga dengan Real Madrid, Cristiano Ronaldo, Xabi Alonso dan Fabio Coentrao berada di ambang penggantungan perlawanan jika tidak berhati-hati sehingga dilayangkan satu lagi kad kuning.

Dengan kedua-dua pasukan akan berhadapan dengan dua perlawanan sebelum pertembungan di Nou Camp, pemain-pemain ini masih berpeluang untuk mengekalkan rekod tanpa dilayangkan kad kuning sebelum pertembungan yang akan menentukan potensi juara La Liga.

Walaubagaimanapun, jawatankuasa pertandingan liga akan memantau rapi Madrid yang dihukum musim lalu dalam Liga Juara-Juara dengan Alonso dan Sergio Ramos sengaja bertindak kasar untuk dilayangkan kad merah berikutan arahan daripada jurulatih, Jose Mourinho yang mahu pasukannnya terlepas perlawanan kumpulan terakhir mereka pada perlawanan yang menyaksikan kemenangan 4-0 ke atas Ajax Amsterdam.

Real Madrid akan bertemu Atletico pada hari Rabu, sebelum menjadi tuan rumah kepada Sporting Gijon pada hari Ahad, manakala Barcelona yang menjadi tuan rumah kepada Getafe pada hari Selasa, akan bertandang ke Valencia pada hari Ahad untuk bertemu Levante.

Thursday, 10 November 2011

VIDEO GOL MALAYSIA VS THAILAND 2-1 SUKAN SEA JAKARTA 2011







Jakarta - Sea Games 2011. Malaysia football team win agains big team Thailand 2-1.


Monday, 7 November 2011

Zulfadli Pengganti Chong Wei


JUARA remaja dunia, juara remaja Asia, juara Sukan Komanwel Remaja dan juara remaja kebangsaan.

Itulah pencapaian bintang badminton muda negara, Zulfadli Zulkifli yang dilakarnya sepanjang tahun ini.

Simboliknya, kesemua kejayaan tersebut dilakar ketika dia bakal menamatkan karier selaku pemain remaja pada tahun ini.

Ini kerana, usia Zulfadli bakal menjangkau 19 tahun pada tahun depan.

Berdasarkan pencapaian itu, dia kini disebut-sebut sebagai calon paling sesuai bagi menggantikan tempat jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei andai dia bersara kelak.

Bagaimanapun, bagi Zulfadli yang bernaung di bawah Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC), dia tidak mahu terburu-buru untuk memikirkan sasaran itu.

Sebaliknya, dia meletakkan sasaran dua hingga tiga tahun lagi untuk menggalas cabaran sebagai pemain No. 1 negara di pentas antarabangsa kerana masih banyak perlu diperbaiki terutama dalam corak permainannya.

"Saya tipu kalau saya katakan saya langsung tidak memasang impian untuk menjadi pemain No. 1 negara. Mana-mana pemain sekalipun pasti memikirkan perkara yang sama seperti saya.

"Namun, bukan mudah sebenarnya untuk bergelar pemain No. 1 negara. Banyak perkara yang perlu diperbaikinya terutama dalam corak permainan. Saya perlu bersedia dari semua aspek.

"Dalam tempoh terdekat ini, memang sukar untuk saya untuk menggalas cabaran sebagai pemain No. 1 negara tetapi saya meletakkan sasaran selama dua hingga tiga tahun lagi daripada sekarang," kata Zulfadli ketika dihubungi Kosmo! kelmarin.

Kelmarin, Zulfadli mencipta sejarah baharu dalam arena sukan badminton tanah air apabila menjadi pemain Malaysia pertama muncul selaku juara pada Kejohanan Badminton Dunia 2011 di Taiwan.

Malah, dia turut membantu skuad badminton negara muncul juara dalam acara berpasukan campuran pada kejohanan yang sama.

Sebelum itu, dia turut mencipta sejarah apabila merangkul kejuaraan pada Kejohanan Badminton Asia 2011 di India Julai lalu sebelum memenangi pingat pada temasya Sukan Komanwel Remaja di United Kingdom, September lalu.

"Alhamdulillah, segala usaha serta kerja keras saya selama memang berbaloi dengan muncul juara dalam kejohanan-kejohanan besar.

"Malah, yang paling menarik, kesemua kejuaraan dalam kejohanan besar saya capai pada tahun ini. Ia telah menutup karier saya sebagai pemain remaja dengan pencapaian yang membanggakan," jelas Zulfadli.

Zulfadli bakal menggalas cabaran negara pada Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Sandakan 2011 yang bakal bermula pada 22 hingga 27 November ini sebelum menghadapi Grand Prix (GP) Terbuka Macau tiga hari kemudian.

Dia bersama barisan pemain badminton remaja negara negara yang lain telahpun selamat tiba di tanah air dari Taiwan semalam.

Wednesday, 26 October 2011

Khuatir Final Diboikot Peminat, PBSNT Jual Tiket Pada Harga RM25

Perkembangan terbaru yang juga khabar gembira buat penyokong Terengganu, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menjual tiket final Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan pada harga RM25 bermula esok (Rabu), sebagai usaha mengelakkan final kali ini diboikot peminat.

Banner yang kelihatan digantung di Stadium   

Kerajaan negeri dilaporkan akan menanggung subsidi 50%, dan tiket berharga RM25 hanya boleh didapati di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah.

Dalam pada itu, Raja Bola, Datuk Ghani Minhat adalah antara yang terkejut melihat tiket final Sabtu ini, dijual pada harga RM50, dan berpendapat tindakan terbaru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ini tidak lebih dari mengambil kesempatan terhadap penyokong setia kedua-dua pasukan, dan hanya akan menjauhkan minat ramai terhadap sukan nombor satu negara itu.

“saya nak tanya awak, awak rasa ramai ke yang datang stadium final nanti ? .. saya tak rasa penyokong akan datang memenuhi stadium, kalau saya terpaksa beli tiket, saya takkan beli. Bukan sebab tak patriotic, mahal juga bukan alasan, tetapi saya nak tanya apabila menetapkan harga tiket  apa kriteria yang dia (FAM) tengok? Time macam ni lah kita berpeluang melihat kemeriahan bolasepak tempatan, tapi tindakan macam ni, hanya akan menjauhkan minat mereka untuk datang ke stadium. FAM perlu faham situasi mereka, bukan semua berkemampuan, jangan hanya fikirkan kewajaran di satu pihak..”. – Datuk Ghani Minhat.

DGM juga berpendapat dengan situasi ini, tidak mustahil ramai yang memilih untuk sekadar memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka, dengan duduk di depan TV, menonton siaran lngsung sama ada di RTM atau Astro Arena.

Sementara itu, sebilangan besar penyokong kedua-dua pasukan nyata kecewa dengan perkembangan ini, yang disifatkan tidak bertimbang rasa dan bersedia memboikot perlawanan akhir sebagai menunjukkan tanda protes.

“Dia cakap keputusan dibuat selepas pertimbangan wajar, jadi saya nak tahu adakah dia pertimbangkan berapa banyak duit dah dihabiskan peminat selama ini untuk menyokong pasukan mereka? dia hanya fikir kos dia, tapi kos yang dihabiskan peminat untuk ke stadium, dari tambang bas, makan minum, harga tiket dan kos lain-lain siapa yang nak cover? ..”. – Farid Fakrudin, Terengganu.

“yang kecewanya, persatuan negeri juga bersetuju dengan harga ditetapkan, dan tidak pula bersuara bagi pihak kami penyokong setia yang tidak ketinggalan memberi sokongan pada setiap perlawanan. Keuntungan jualan tiket diagih sama rata kepada kedua-dua pasukan, tapi kami sebagai penyokong, menang atau kalah, apa kami dapat? Kami golongan student, bukan mewah berpendapatan tinggi..”. Zakri Elias, Negeri Sembilan.

Manakala kenyataan dipetik dari facebook Terengganu FC, berbunyi :

“Andainya lepas ni FAM tidak turunkan juga harga tiket, cadangan saya  boikot penjualan tiket di Shah Alam (jangan beli, itu untuk kantung FASNGOR), beli tiket dari PBSNT sahaja dengan syarat PBSNT jual dengan harga subsidi (RM30), kalau PBSNT takmahu tolong kita, buat ape kita tolong persatuan, KITA BOIKOT sebab persatuan pun angguk jer bila FAM kata pasal tiket..”. – FB Terengganu FC.

Sunday, 23 October 2011

Man City berpesta gol, rekod kemenangan terbesar sejak 85 tahun

 
Pasukan manakah yang mampu menghalang Manchester City selepas ini? image © AFP

MANCHESTER, (AFP)
- Manchester City memalukan juara bertahan, Manchester United 6-1 untuk menjarakkan diri dengan lima mata sebagai pendahulu liga.

Dua gol daripada Mario Balotelli dan Edin Dzeko dan masing satu daripada Sergio Aguero dan David Villa lembaran baru pasukan bimbingan Roberto Mancini itu untuk merakamkan kemenangan terbesar di Old Trafford sejak 85 tahun.

Penyerang Itali itu memulakan kenduri City pada minit ke-22 dan kedudukan Red Devils bertambah parah pada separuh masa kedua apabila Johnny Evans bertindak kurang bijak sehingga dibuang padang.

Darren Fletcher cuma menyelamatkan keadaan dengan menjaringkan gol buat tuan rumah ketika kedudukan 3-0 tetapi itu hanya menyemarakkan lagi semangat Man City untuk menambah tiga gol lagi menerusi serangan kilat.

Dalam perlawanan lain, Robin van Persie masuk sebagai pemain gantian dengan meledakkan dua gol untuk membantu Arsenal membenam Stoke City 3-1.

Di Craven Cottage, Everton menjaringkan dua gol pada masa kecederaan untuk merakamkan kemenangan 3-1 ke atas Fulham.

Everton mendahului menerusi Royston Drenthe sebelum pemain sayap, Bryan Ruiz menyamakan kedudukan pada minit ke-69.

Saha menjadi duri dalam daging buat pasukannya untuk menjadikan kedudukan 2-1 sebelum Jack Rodwell menamatkan sisa perjuangan lawan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...