Ads 468x60px

-

Monday 26 September 2011

Kedai 1Malaysia akan dibuka di seluruh negara



BERA: Lebih banyak Kedai 1Malaysia akan dibuka di seluruh negara termasuk di daerah-daerah bagi membolehkan orang ramai mendapat bekalan barang-barang keperluan dengan harga yang murah dan berpatutan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya sedang mengenal pasti lokasi yang sesuai bagi mewujudkan kedai-kedai tersebut.

"Sebanyak 60 buah kedai seumpama itu akan diwujudkan di seluruh negara tahun depan, tiga daripadanya akan diwujudkan di Pahang iaitu di Bera, Kuantan dan Pekan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan hari raya peneroka Felda Tembagau, dekat sini, malam tadi.

Beliau berkata sebanyak 25 buah kedai seumpama itu akan diwujudkan sebelum akhir tahun.


"Kedai 1Malaysia ini dilihat dapat memberi pilihan kepada orang ramai untuk mendapatkan bekalan barang-barang keperluan mereka dengan harga lebih berpatutan," katanya. -BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...