Ads 468x60px

-

Friday, 14 October 2011

Isteri gigit telinga minta maaf

 
 
KUALA LUMPUR – Wanita warga Vietnam yang didakwa bertindak ganas menggigit telinga hingga hampir putus dan menggugut untuk memotong kemaluan suaminya memohon maaf di atas semua perbuatan zalimnya terhadap warga emas itu.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Thi Quang, 29, kembali ke pangkuan Chin Weng Seng, 61, kelmarin selepas melarikan diri sejak Khamis lalu.

“Saya minta maaf kepada suami. Saya sedar dan sangat menyesal. Saya juga masih sayangkan dia,” katanya pada sidang media di Wisma MCA di sini semalam.

Pada masa sama Quang menceritakan, ketika kejadian itu, dia baru lepas minum arak dan telah berlaku perselisihan faham berikutan dia menolak permintaan suaminya untuk mengadakan hubungan seks.

Dalam kejadian itu, dia mengaku telah mengugut untuk memotong kemaluan suaminya dan telah menakut-nakutkan lelaki itu dengan mendakwa kononnya menghidap HIV tetapi tidak benar.

Weng Seng yang bekerja sebagai pemandu teksi sebelum ini mendakwa, hasratnya untuk mengakhiri zaman bujang bersama wanita dipilihnya melalui ejen tidak menjadi kenyataan sebaliknya dia menderita kerana isterinya itu seorang yang ganas.

Bagaimanapun, dalam pertemuan semalam, Weng Seng berkata, dia sedia memaafkan perbuatan isterinya dan yakin Quang tidak tergamak mengulangi perbuatan itu lagi kerana telah diberi amaran oleh polis sebelum ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...