Showing posts with label Macam-macam Ragam. Show all posts
Showing posts with label Macam-macam Ragam. Show all posts
Monday, 16 April 2012
Tuesday, 10 April 2012
300 tatu bendera pada tubuh
NEW DELHI: Seorang lelaki yang terlalu obses untuk memecahkan rekod
dunia akhirnya terpaksa berhenti melakar tatu bendera pada tubuh dan
kepalanya selepas isterinya mengancam meninggalkannya.
Guinness Rishi, 70, dari Delhi dilitupi 305 bendera pelbagai negara, 185 peta negara, 165 bendera mini dan 2,985 karektor.
Isterinya yang sudah sekian lama menderita akhirnya memujuknya
supaya berhenti selepas meyakinkan Guinness bahawa tidak ada orang yang
ingin memecahkan rekodnya.
Rekod rasmi yang dipegangnya ketika ini dicatat pada 2009 dengan 220 tatu bendera.
Labels:
Macam-macam Ragam
Monday, 9 April 2012
Aaron Aziz Tayang IC, Kuku Pula Jadi Isu
NAMPAKNYA aura
Aaron Aziz terus diperkatakan akhir-akhir ini, malah isu kuku tangannya
yang kononnya ‘buruk’ itu pun menjadi bahan dan perbincangan di ruangan
gosip dan forum dalam internet.
Segalanya
bermula apabila Aaron kelmarin menunjukkan kad pengenalan aslinya pada
jurugambar sebagai reaksi kepada gambar kad pengenalan palsunya yang
sedang tersebar luas.
Dan bila
jurugambar mengambil foto kad pengenalannya itu secara ‘close up’, maka
‘rupa bentuk’ jari pelakon Singapura itu pun terserlahlah dengan ketara.

Dalam hal ini, gambar kuku Aaron nampak jelas, kukunya kelihatan seakan-akan tidak ‘diuruskan’ dengan rapi dan terus menjadi ‘bahan’ dalam internet.
Mungkin menyedari yang kukunya itu HANGAT diperkatakan, Aaron dengan selambanya menjawab isu itu dalam twitternya.
'Senyum! Tak perlu kata apa apa! Senyum! Itu lah di panggil kuku jantan hehehehe'
'Tangan dan jari memang byk luka luka. Maklumlah kuku KL Gangster2 yg baru habis ni'.
Tidak cukup dengan itu, Aaron juga memuat turun gambar jari kuku tangannya yang terbaru buat tatapan peminatnya.

Nampaknya
itulah harga yang perlu dibayar kalau dah bergelar selebriti ini, dari
kad pengenalan sampai kuku pun diperkatakan orang. Agaknya apalagi yang bakal diperkatakan mengenai Aaron lepas ini.
Labels:
Macam-macam Ragam
Saturday, 12 November 2011
Berhati-hati Dengan Awek Ini!!! : Wanita bersuami lima guna seks sebagai 'senjata'
* GAMBAR fail menunjukkan Horne dan Baker.
MANCHESTER - Ashley Baker iaitu suami kelima Emily Horne mendedahkan dia berkahwin dengan wanita berkenaan setelah digoda dengan seks dan pujuk rayu, lapor sebuah akhbar semalam.
"Horne seorang wanita yang tidak mempunyai perasaan dan jahat. Dia perlu dihukum penjara untuk satu tempoh yang panjang," kata Baker.
Horne yang berusia 30 tahun itu kini menunggu hukuman selepas dia mengaku bersalah di sebuah mahkamah di Manchester minggu lalu kerana berkahwin lebih daripada dua lelaki.
"Horne memperalatkan seks sebagai senjata. Dia merupakan seorang penipu," tambah Baker.
Menurutnya, wanita itu mengaku kononnya dia hamil selain berbohong dia pernah dirogol dan menghidap kanser semata-mata untuk memujuknya berkahwin.
Akibat termakan pujuk rayu wanita itu, mereka mendirikan rumah tangga pada September 2007 empat bulan selepas berkenalan tanpa Baker menyedari bahawa dirinya dimadukan.
Bagaimanapun, rahsia wanita itu terbongkar apabila Horne sendiri mengaku dia pernah dipenjara kerana berpoligami dan sudah bersuami ketika mereka berbulan madu. - Agensi
Labels:
Jenayah,
Macam-macam Ragam
Friday, 11 November 2011
Kenapa Orang Lelaki Suka Pergi Ke Pameran Kereta? Di Sini Ada Jawapannya
Assalamualaikum WTH dan salam sejahtera. Kalau kita pergi ke pameran kereta yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat kereta besar seperti Proton, Perodua, Naza, Toyota, Honda dan lain-lain lagi kita akan dapati lebih ramai kaum lelaki ada di situ berbanding kaum yang satu lagi. Apa kejadahnya mereka lebih ramai ye? huhu mungkin di sini ada jawapanya hehehehe, just kiding bro
Labels:
Macam-macam Ragam
Percayakah Anda Gambar Ini Lebih Mahal Dari Harga Sebuah Istana?
INILAH foto Sungai Rhine yang dirakam oleh Gursky dan dicetak di atas kaca akrilik.
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Sekeping gambar pemandangan Sungai Rhine di Jerman yang dirakam pada tahun 1999 oleh artis Jerman, Andreas Gursky dijual pada harga AS$4.3 juta (RM13.5 juta) di sini, sekali gus mencatat rekod lelongan gambar termahal di dunia.
Bertajuk Rhein II, gambar warna itu dijual pada Selasa lalu dalam satu lelongan oleh firma Christie.
Agensi lelongan berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pembeli tersebut.
Rekod gambar termahal yang pernah dijual dalam lelongan sebelum ini ialah sekeping gambar yang dirakam oleh Cindy Sherman bertajuk Untitled.
Foto berkenaan dijual pada harga AS$3.8 juta (RM11.9 juta) oleh firma lelongan Christie pada Mei lalu. - Agensi
Labels:
Macam-macam Ragam
"SAYA TAK HISAP DADAH!!" - SAIFUL APEK.
Pelakon komedi, Saiful Apek bersama empat rakannya termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka, tahun lalu.
Saiful atau nama sebenarnya, Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff, 42; Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28; Shaiful Baharom, 24; dan Noremy Mohamad, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepada mereka. Hanya Mohamad Shafarul Abdul Rahim, 25, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun tahun lalu.
Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 dan pengawasan polis.
Mohamad Shafarul yang bekerja secara sambilan di syarikat milik Saiful, Gitu-Gitu Production turut mengaku bersalah terhadap dua lagi pertuduhan iaitu memiliki 0.09 gram kanabis dan memiliki perkakas yang digunakan untuk menyediakan kanabis.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di No. 306, Blok C, Pangsapuri Sunway Court, Jalan PJS 7/13, Bandar Sunway di sini pada pukul 10 malam, hari yang sama. Dakwaan bagi kedua-dua tuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 10(2)(a) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.
Dengan pengakuan salah itu, Mohamad Shafarul dikenakan denda antara RM2,000 dan RM3,000 yang kesemuanya berjumlah RM7,500 atau penjara 10 bulan serta dua tahun pengawasan oleh pihak polis.
Sementara itu, Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid membenarkan Saiful dan tiga rakannya yang lain masing-masing diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Disember ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad dan Fadilah Shah Abdul Latif manakala kesemua tertuduh diwakili peguam bela, Mohd. Fadly Hashim.
Mengikut laporan akhbar sebelum ini, Saiful Apek diberkas sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Subang Jaya dalam serbuan di sebuah rumah kerana mengambil dadah bersama empat lagi rakannya, termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20-an.
Dalam serbuan pada pukul 10 malam itu, polis turut merampas 40 gram daun kering dipercayai dadah jenis ganja atau kanabis.
Hasil ujian saringan air kencing terhadap pelakon yang pernah mengarah dan menerbitkan filem serta rakan-rakannya kemudian mendapati semua mereka positif dadah.
Labels:
Jenayah,
Macam-macam Ragam
Thursday, 10 November 2011
Budak Paling Gemukk Di Abad Ini Huhu
Sorang budak gemuk ni yang terlalu gemuk sehingga mendapat gelaran budak paling gemuk. Nama budak tu Lu Hao. Berat budak tu 5 kali berat budak normal yang seumur dengannya. Entah la apa benda yang budak ni makan samapi boleh jadi macam tu.
Nak bagi gambaran saiz sebenar budak tu susah dengan kata-kata. Tengok je gambar bawah ni:
Amacam? Ada gaya sorang SUMO tak? haha
Labels:
Macam-macam Ragam
!! Awek Nak Bunuh Diri Sampai Terkencing-Kencing!!
Macam ni punya orang pun ada ka?
Labels:
Macam-macam Ragam
Rahsia Di Sebalik Tarikh 11/11/11 Yang Perlu Anda Tahu
RAMAI pasangan di China memilih untuk berkahwin pada hari ini berikutan deretan nombor satu yang ada padanya dan dianggap bertuah.
SHANGHAI – Beribu-ribu pasangan di China akan melangsungkan perkahwinan hari ini kerana mereka menganggap 11/11/11 sebagai tarikh bertuah.
Akhbar Shanghai Morning Post melaporkan lebih 3,000 pasangan membuat tempahan untuk berkahwin di bandar raya ini.
Peluang untuk berkahwin pada tarikh yang mengandungi barisan angka 1 itu, kata akhbar berkenaan, cuma datang sekali dalam tempoh satu abad.
Keghairahan sama turut dilaporkan di bandar-bandar lain di China dengan lebih 400 pasangan menempah untuk berkahwin di bandar raya Wuhan, tengah China.
Di bandar Jinan, timur China pula lebih seratus pasangan merancang untuk berkahwin pada tarikh tersebut yang dianggap bertuah.
“Peluang untuk berkahwin pada hari ini yang memiliki tarikh 11/11/11 cuma datang sekali dalam seumur hidup,” kata seorang pengantin lelaki, Wang Qiang.
“Saya dan pasangan saya tidak akan membiarkan peluang ini terlepas,” tambahnya. – Agensi
Labels:
Macam-macam Ragam
Wednesday, 9 November 2011
Inilah Penjara Paling Ramai Orang Nak Masuk
CHILPANCINGO: Polis Mexico menemui 19 pelacur, dua guni marijuana dan 100 ekor ayam laga dalam pemeriksaan mengejut di sebuah penjara di bandar peranginan Acapulco, kata pegawai keselamatan semalam.
Serbuan itu dilakukan ketika 500 anggota keselamatan Persekutuan bersedia memindahkan 60 banduan ke pusat penjara keselamatan maksimum pada Ahad dan Isnin.
Jurucakap pasukan antidadah di Guerrero, Artuto Martinez, berkata polis turut menemui enam banduan wanita di kawasan tahanan lelaki penjara berkenaan, selain sejumlah senjata tajam, dua burung merak dan beberapa barangan mewah, termasuk set televisyen plasma.
“Kami sedang menyiasat siapa yang mungkin menjadi dalangnya,” katanya.
Guerrero adalah bandar raya ketiga mencatatkan kadar pembunuhan paling tinggi di Mexico selepas Chihuahua dan Nuevo Leon. - AFP
Labels:
Jenayah,
Macam-macam Ragam
Tuesday, 8 November 2011
Kenapa Orang Sekarang Malas Beli & Baca Buku?
KETUA Pegawai Eksekutif Barnes & Noble, William Lynch melancarkan Nook Tablet di New York pada Isnin lalu.
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Firma jualan buku AS, Barnes & Noble melancarkan komputer tablet pada Isnin lalu sebagai cubaan untuk bersaing dengan produk iPad dan Kindle Fire keluaran Amazon.
Diberi nama Nook Tablet, ia dijual pada harga AS$249 (RM778) seunit, AS$50 (RM156) lebih mahal berbanding Kindle Fire yang mula dijual pada 15 November lalu. Tetapi ia AS$250 (RM782) lebih murah daripada iPad yang paling murah.
Amazon dan Barnes & Noble merupakan antara syarikat terawal yang menjual buku elektronik. Selain berfungsi sebagai pembaca e-book, Nook Tablet membolehkan penggunanya melayari Internet menggunakan sambungan WiFi, menghantar e-mel, menonton program televisyen dan filem, serta mendengar muzik. Kedai buku dalam talian Barnes & Nobel menawarkan lebih 2.5 juta judul buku.
Mempunyai skrin warna selebar 17.8 sentimeter seperti Kindle Fire, Nook Tablet hadir dengan beberapa aplikasi sedia ada termasuklah Netflix, Hulu Plus dan Pandora.
Gajet itu memiliki memori mencecah 16 gigabit. Barnes & Noble mendakwa bateri gajetnya itu mampu bertahan selama 11.5 jam untuk membaca dam sembilan jam jika menonton video.
Nook Tablet akan mula dijual di 700 buah cawangan Barnes & Noble pada 17 November depan. Penganalisis daripada firma Forrester, Sarah Rotman Epps meramalkan Barnes & Noble mampu menjual antara 1.5 hingga dua juta unit gajet tersebut sepanjang musim cuti ini. - AFP
Labels:
Gadget,
ICT,
Macam-macam Ragam
Monday, 7 November 2011
Angka Keramat 11.11.11 Jadi Pilihan Ibu Bapa
SERAMAI 17 ibu bapa telah mendaftar untuk melahirkan bayi mereka pada 11.11.11 di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR - Gara-gara angkanya yang menarik, tarikh 11.11.11 menjadi pilihan ibu bapa yang mahu anak mereka dilahirkan pada tarikh tersebut.
Bahagian Perhubungan Media dan Penulis, Pusat Perubatan Prince Court, Annie Freeda Cruez berkata, setakat ini seramai 17 ibu bapa dari pelbagai bangsa sudah mendaftar di hospital itu untuk melahirkan bayi mereka pada tarikh istimewa tersebut.
"Daripada 17 ibu bapa yang mendaftar, 11 daripadanya akan melahirkan bayi secara pembedahan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Annie berkata, kelahiran bayi 11.11.11 tersebut akan disambut meriah oleh pihak hospital.
Malah tambahnya, bayi yang lahir pada tarikh tersebut akan diserahkan buku akaun simpanan Maybank dengan deposit sebanyak RM50.
"Selain itu, bayi yang bertuah itu juga akan diberikan buah tangan sebagai tanda memperingati tarikh istimewa itu," ujarnya.
Labels:
Macam-macam Ragam
Sunday, 6 November 2011
Jururawat tersilap buang bayi yang masih hidup (video)
SEBUAH hospital di Selatan China menggantung empat pegawai perubatannya kerana membuang seorang bayi yang baru dilahirkan secara pra matang yang disalah anggapkan sebagai sudah meninggal dunia.
Bayi malang itu dimasukkan ke dalam sebuah beg plastik dan kemudiannya ditinggalkan di dalam bilik air hospital.
Selepas beberapa ketika melahirkan, Liu Dongmei berkata dia diberitahu oleh jururawat hospital bahawa bayi lelakinya telah mati semasa dilahirkan.
Bagaimana pun kesilapan itu hanya disedari selepas 30 minit kemudian apabila salah seorang saudara mendapati bahawa bayi lelaki itu masih bergerak-gerak.

Huang Lichuan, pengarah Gynecology dan Obstetrics hospital tersebut mengakui bahawa doktor dan jururawat yang terlibat telah menunjukkan sikap sambil lewa.
"Mereka (4 orang Staff) mesti bertanggung jawab" katanya seperti yang dipetik oleh Nanfang Daily Jumaat lalu. Nama dan jawatan pekerja yang digantung itu bagaimana pun tidak dinyatakan.
Liu, 23 mengandung 7 bulan sewaktu dia sampai di Nanhai Red Cross Hospital pada 23 Oktober bersama suaminya, Wang Haizhang, 24. Dia dimasukkan ke wad selepas mengalami sakit perut. Tiga hari kemudian, dia diarahkan ke wad bersalin.
"Walaupun suami saya telah memberitahu doktor berulang kali di antara pukul 3 hingga 5 am, bahawa saya sudah hendak bersalin, doktor hanya tiba sewaktu beberapa minit sebelum saya bersalin" kata Liu seperti yang dipetik oleh Nanfang Daily.
Apa yang berlaku pada waktu itu tidak begitu jelas. Difahamkan bahawa doktor memeriksa keadaan wanita tersebut dan terus berlalu pergi, membiarkan dua orang jururawat menguruskan kelahirannya.
Sebaik sahaja selesai melahirkan, Liu dimaklumkan bahawa bayinya telah meninggal dunia kerana ia tidak menangis. Ia kemudiannya dibungkus di dalam sebuah beg plastik kuning dan dicampakkan di bilik air berhampiran.
Bagaimanapun, adik ipar Liu, Wang Heping tiba kira-kira 30 minit kemudian dan meminta untuk melihat jasad bayi tersebut sebelum menyaksikan beg plastik tersebut bergerak-gerak.
Menyedari kesilapan mereka, kaki tangan hospital dengan segera memindahkan bayi tersebut ke unit rawatan rapi.

"Selepas bersalin, jururawat memberi tahu bahawa bayi saya adalah bayi perempuan, sebaliknya saya sebenarnya telah melahirkan bayi lelaki" kata Liu.
Tambahnya lagi "Beratnya hanya 1.9 kg dengan ketinggian 45 cm sewaktu dilahirkan, namun selepas seminggu dirawat di unit rawatan rapi keadaannya kini bertambah baik."
Labels:
Jenayah,
Macam-macam Ragam
Subscribe to:
Posts (Atom)







































































