Ads 468x60px

-

Thursday 29 September 2011

Buta sebelah mata layak dikategori sebagai OKU



KUALA LUMPUR: Bermula Sabtu ini, individu yang buta sebelah mata juga akan dianggap sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) dan boleh didaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Keputusan ini dibuat pada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi OKU pada Selasa lepas yang membolehkan golongan ini selepas ini layak menerima segala keistimewaan yang disediakan untuk OKU di bawah JKM sekiranya mereka berdaftar," katanya.

Shahrizat berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan Hari Terbuka MAB di Kompleks MAB di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara wajib melantik seorang wakil dari golongan OKU untuk berada di dalam Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan di kawasan masing-masing. -BERNAMA

Hanya logo Jakim mulai 1 Januari



PUTRAJAYA - Mulai 1 Januari depan, hanya logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh digunakan dan diiktiraf.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu susulan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang diluluskan Parlimen Julai lepas dan akan berkuat kuasa 1 November ini.

"Ini bermakna premis makanan, restoran, hotel dan pihak-pihak lain yang sebelum ini menggunakan logo halal bukan dikeluarkan Jakim, perlu membuat permohonan baharu kerana selepas tarikh 1 Januari nanti, semua logo halal sedia ada adalah terbatal.

"Mana-mana pihak lain juga tidak boleh lagi memperakukan atau mengeluarkan sijil halal ataupun membuat pengisytiharan sendiri berhubung status halal," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ismail Sabri berkata, selepas tarikh itu mereka yang masih menggunakan logo halal lain boleh didenda sehingga RM250,000 bagi pertubuhan perbadanan dan sehingga RM100,000 bagi orang perseorangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Ismail Sabri berkata, bagi pihak industri pula, tempoh setahun diberikan untuk menukar semua produk keluaran mereka dengan logo halal Jakim.

10 most creative bisness card












Lubang Yang Terbesar Di dunia








Tabligh Mega Mosque London 2012






Umat Islam di London akan memiliki sebuah masjid berprestij tinggi yang dapat menampung lebih dari 40.000 (empat puluh ribu) jamaah dalam satu masa. Tapak masjid ini merupakan bekas tapak stadium olahraga yang dulunya digunakan untuk sukan kriket. Sejak stadium ini tidak digunakan lagi oleh peminat sukan kriket ini, maka stadium ini di jual kepada orang Islam. "Ini akan menjadi sesuatu yang belum pernah dilihat di negara ini ." Kata Abdul Khalique, Ketua Jamaah Tabligh ketika itu.


Masjid yang didaftar dengan nama Abbey Mills Mosque ini terletak di Dewsbury, West Yorkshire, London. Di sekitar Kawasan Industri dan Stadium Bawah tanah Westham. Lokasinya sendiri menempati tanah seluas 7,3 (ha) hektar dengan alamat Canning Road,London, E15 3NX, England.


Proses pembangunan masjid ini sendiri mendapat kontroversi, sejak diusulkan pada tahun 2005 yang lalu, dan memerlukan proses pembinaan yang panjang, kerana sebahagian masyarakat London, bimbang, bila masjid itu nanti digunakan sebagai markaz teroris. Tetapi sudah ditegaskan oleh tokoh-tokoh Jamaah Tabligh (JT) bahwa JT adalah organisasi non politik dan tidak ada hubungannya dengan tindakan terorisme di manapun di muka bumi ini.



Pembangunan masjid ini sendiri menelan belanja sebesar lebih dari 100 juta poundsterling, yang dikumpulkan dari seluruh ummat Islam di London dan negara-negara lain, dan perlu dicatat bahawa kerajaan Saudi Arabia tidak berada di sebalik pendanaan masjid ini. Pembangunan masjid di tangani oleh Ali Mangera, the London and Barcelona-based architect.


Lokasi masjid bertanda Icon merah

Proton Model Terbaru Akan Dilancarkan!

 
 
Gambar menunjukkan model terbaru yang akan dilancarkan oleh Proton pada Feb 2012.
Proton Espire






rekabentuknya kelihatan agak menarik..

Lepas Hantu Bonceng, 'Cinta Muka Buku' Najwa Latiff Pula Dituduh Hina Tuhan!



Semuanya gara-gara karana sebaris lirik dalam lagu itu yang berbunyi: 'itulah cinta yang satu, cinta di muka buku' yang ditulis oleh kakaknya, Syafika Latif,22. Di sebabkan sebaris lirik tersebut, Najwa Latif telah dikritik oleh beberapa pihak termasuk pengunjung laman Youtube yang menonton video muziknya.

Rata-ratanya tidak bersetuju dengan lirik yang dinyanyikan anak kelahiran Batu Pahat Johor ini kerana ia seolah-oleh telah menghina Tuhan dan mereka berpendapat cinta yang satu hanyalah pada Allah bukan kekasih.

Namun, Najwa Latif ketika dihubungi murai.com.my sekeras-kerasnya menepis dakwaan tersebut kerana dia memberitahu lirik yang ditulis itu tidak bermaksud demikian, sebaliknya apa yang cuba disampaikannya itu adalah cinta sesama manusia.

"Pertama sekali terus-terang saya dan kakak memang tiada niat untuk menduakan Tuhan menerusi lirik yang ditulisnya dan dinyanyikan oleh saya itu. Sebagai orang Islam saya tahu cinta yang agung itu hanyalah kepada Allah.

"Tetapi apa yang saya faham, yang dimaksudkan oleh kakak saya dengan lirik tersebut adalah cinta sesama manusia yang kekal hingga ke akhir hayat. Dengan maksud lain, satu-satunya cinta kekasih yang kekal hingga membawa kepada perkahwinan."Yelah, lagipun saya pernah dengar banyak kisah orang yang bercinta dan kenal kekasih dalam facebook kekal hingga ke jinjang pelamin.

"Tambahan pula, orang tidak boleh kaitkan lagu ini dengan Tuhan kerana lagu ini pun mengenai cinta muka buku bukan cinta pada Allah. Jadi di situ maksudnya sudah jelas," katanya yang tidak akan mengambil tindakan untuk menukarkan lirik tersebut.
Tambah Najwa lagi, dia yakin tidak semua pihak akan suka dengan apa yang dilakukan. Oleh sebab itu dia juga tidak pernah mengendahkan page Najwalatif Haters yang pernah wujud sebelum ini.

"Sehingga kini saya tak pasti siapa yang mewujudkan laman membenci saya di facebook. Bila saya dapat tahu mengenai perkara tersebut saya terus meminta nasihat ibu bapa saya.

"Mereka nasihatkan saya suapaya terima sahaja penerimaan orang kerana tidak semua orang sukakan diri dan cara kita. Bagaimanapun saya bersyukur kerana laman tersebut telah pun dihapuskan," tambah pelajar tingkatan 4 SMK Perempuan Temenggong Ibrahim Batu Pahat, Johor.

Apa yang pasti, Najwa yang mula popular lagu tersebut menerusi laman Youtube kini telah mengikat kontrak selama dua tahun bersama NAR Records sejak Mac lalu.-murai-

Info AS: 5 Orang Melayu Terkaya Di Malaysia



1. Syed Mokhtar AlBukhary

Nilai Kekayaan: USD 2.5 billion
Sumber: Pelbagai
Umur: 59
Status: Kahwin, 5 anak



2. Azman Hashim



Nilai Kekayaan: USD $785 juta
Sumber: Kewangan
Umur: 71
Status: Kahwin, 5 anak



3. Mokhzani Mahathir



Nilai Kekayaan: USD $560 juta
Sumber: gas & minyak
Umur: 50
Status: Kahwin, 5 anak



4. Shahril & Shahriman Shamsuddin



Nilai Kekayaan: USD $500 juta
Sumber: gas & minyak
Umur: 50
Status: Kahwin



5. Kamarudin Meranun



Nilai Kekayaan: USD $495 juta
Sumber: Syarikat Penerbangan
Umur: 49
Status: Kahwin, 5 anak

Guan Eng cemburu kejayaan Johor

JOHOR BAHRU 28 Sept. - Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memburuk-burukkan negeri ini kerana beliau cemburu dengan keupayaan Johor menarik banyak syarikat multinasional Singapura melabur di Iskandar Malaysia.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ini kerana sebaik sahaja Iskandar Malaysia dilancarkan beberapa tahun lalu, ramai ahli perniagaan dari republik itu melabur di koridor ekonomi tersebut.
Malah, sebelum kewujudan Iskandar Malaysia, ramai pelabur dari negara jiran itu telah melabur di kawasan perindustrian Pasir Gudang, Tebrau, Kulaijaya dan Senai.
"Ini sebenarnya yang dicemburui oleh Guan Eng dan bagi saya tindakannya itu berniat sabotaj dan tidak patriotik, tidak bertanggungjawab serta tidak bersikap kolektif.

"Sepatutnya sebagai Ketua Menteri, dia tidak boleh bertindak sebagai pembangkang dalam menarik para pelabur asing ke negara ini kerana dia dan Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada Malaysia," katanya diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang didakwa memburukkan negeri Johor dalam satu temuramah dengan media asing di Singapura, baru-baru ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pengurusan Pendidikan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Johor di sini, malam tadi.
Mohd. Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat menegaskan, kedatangan dan kepercayaan pelabur asing itu menunjukkan Johor merupakan negeri yang selamat bukan sahaja bagi aktiviti pelaburan, malah untuk bercuti dan membeli-belah.

Beliau berkata, sepatutnya selaku pemimpin, Guan Eng wajar keluar daripada kotak pemikiran kepompong lama.

"Macam kita (kerajaan Persekutuan) apa juga dasar yang dilaksanakan semuanya jelas dan telus, terutamanya dalam usaha menarik para pelabur dan tidak pernah sekali-kali negeri-negeri dibawah pembangkang," katanya.

Pakatan tidak laksana hudud

Pembangkang tolak cadangan Nik Aziz kerana tak tepati dasar bersama

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang sepakat tidak akan melaksanakan undang-undang hudud seperti yang dicadangkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana pelaksanaannya tidak menepati dasar bersama pakatan itu, Perlembagaan Persekutuan dan kandungan Buku Jingga.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya menghormati pendirian PAS berhubung undang-undang berkenaan tetapi pada masa sama menerima perbezaan pendirian DAP yang membantah pelaksanaannya.
Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan. - Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang
“Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang selama kira-kira tiga jam di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut di sini, lewat malam tadi.

Turut hadir, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Isu hudud dibangkitkan Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini yang bercadang untuk melaksanakannya di Kelantan. Bagaimanapun, cadangan itu mendapat bantahan rakan sekutu parti itu, DAP.

Ditanya sama ada keputusan itu akan berubah pada masa akan datang, Anwar berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah membincangkan perkara itu jika ia dibangkitkan.
Anwar berkata, pakatan pembangkang juga tidak boleh menafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pandangan berhubung isu itu.

“Kita mengambil berat pandangan itu dengan serius, mereka (DAP) juga mengkaji dan menghormati (pandangan PAS),” katanya.

5 murid Tahun Enam ditegah ambil UPSR


Mereka mendakwa dilarang ke sekolah dan mengambil peperiksaan itu pada 13 hingga 15 September lalu kerana disifatkan lemah dalam pelajaran serta boleh menjejaskan prestasi sekolah jika menduduki peperiksaan berkenaan.
Perkara itu terbongkar apabila ibu bapa murid terbabit tampil mendedahkan perkara itu semalam kepada media dan kesal dengan sikap pengurusan sekolah menganiaya anak mereka.

Lima murid terbabit ialah Mohd Fazli Md Isa, Mohd Zulfikar Mohd Fauzi, Mohd Zulhilmi Abd Mizan, Mohd Hakim Hasan dan Mohd Zulidham Yusof yang semuanya berusia 12 tahun.

Bapa Mohd Fazli, Md Isa Che Lah, 43, berkata dia hanya mengetahui perkara itu apabila diberitahu anaknya, seminggu selepas UPSR berakhir.

Katanya, Mohd Fazli beritahu seorang guru sekolah itu memaklumkan kepada lima pelajar terbabit supaya tidak datang mengambil UPSR kerana mereka dikatakan `bodoh' dan lemah dalam pelajaran.
“Saya kesal dengan tindakan guru terbabit yang menghalang anak saya menduduki peperiksaan, sedangkan saya bertungkus-lumus menghantarnya ke sekolah sejak Tahun Satu lagi.

“Anak saya turut mengalami tekanan perasaan dan sering murung apabila pihak sekolah terbabit tidak membenarkan dia mengambil peperiksaan itu,” katanya di sini sambil mendakwa beliau tidak tahu apa sepatutnya dilakukan apabila dimaklumkan perkara itu oleh anaknya sehinggalah mengambil keputusan untuk melaporkan kepada media bersama ibu bapa murid lain yang terbabit, semalam.

Seorang lagi waris, Raziah Yahya, 50, berkata beliau dikunjungi seorang guru sekolah berkenaan dan memaklumkan anaknya, Mohd Zulhilmi tidak perlu ke sekolah ketika UPSR itu berlangsung.

“Guru terbabit mendakwa jika anak saya mengambil peperiksaan itu, dia akan mendapat keputusan `E' sehingga menjejaskan peratus kelulusan sekolah.

“Dia juga mendakwa anak saya bodoh tidak boleh membaca, sedangkan Mohd Zulhilmi hanya lembam tetapi boleh membaca.

“Saya kasihan melihat sikapnya yang sering termenung dan mengasingkan diri sejak beberapa hari lalu, mungkin kerana malu dengan rakannya yang lain,” katanya.

Norziah Wateh, 42, ibu kepada Mohd Zulfikar pula berkata, anaknya itu menangis ketika pulang ke rumah selepas diarahkan guru supaya tidak datang ke sekolah mengambil peperiksaan itu.

“Dia amat sedih kerana cikgu mengatakan dia bodoh, selain diejek rakan sekelas,” katanya.

Mereka bagaimanapun belum membuat laporan polis.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Kedah, Mansor Lat ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan itu dengan merujuknya kepada guru besar sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

“Saya masih menunggu laporan lengkap mengenai perkara itu dan akan menyiasat dakwaan itu dengan telus,” katanya.

Pada 20 September lalu, akhbar melaporkan tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, Sarawak tidak dibenarkan menduduki UPSR kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejas prestasi keseluruhan sekolah itu

Tuesday 27 September 2011

1432 Hijrah = 4 pemimpin Arab



Empat pemimpin dunia yang digulingkan bergambar bersama-sama. Dari kiri.. bekas Presiden Lubnan, Presiden Yaman, Presiden Libya dan Presiden Mesir. Menariknya giliran mereka cuba digulingkan bersamaan dengan susunan tahun hijrah 1432 H.... tahun yang sama mereka kehilangan kuasa. Bermula dari Lubnan (1), kemudian Mesir (4), seterusnya Libya (3) dan Yaman (2). Setakat ini yang masih bertahan adalah Presiden Yaman...

Monday 26 September 2011

Kanak-kanak lima tahun maut disengat tebuan



BESUT: Seorang kanak-kanak berumur lima tahun maut selepas disengat tebuan ketika membonceng motosikal bersama ibu dan adiknya di Kampung Pengkalan Nyireh di sini pada jam 1 petang semalam.
Menurut ibunya, Rakiah Ismail, 31, kejadian itu berlaku ketika beliau mengambil mangsa, Tengku Hafizul Hafiq Tengku Anuar dari Tadika Tanjung Demong yang tidak jauh dari rumahnya.

"Allahyarham membonceng di belakang saya manakala adik perempuannya berumur dua tahun berada di bahagian hadapan motosikal dan apabila menghampiri rumah, saya melalui sebuah sarang tebuan yang telah lama bersarang di dahan sebatang pokok.

"Tanpa dijangka, secara tiba-tiba ratusan tebuan menyerang kami dan walaupun dalam kesakitan saya menyuruh Hafizul lari menyelamatkan diri ke rumah jiran saya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Perubatan Islam kian popular



JAKARTA- Semakin ramai orang Islam di rantau ini tidak lagi memilih perubatan moden, sebaliknya beralih kepada perubatan al-Tibb al-Nawabi atau perubatan cara Nabi.

Perubatan tersebut dikatakan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan herba semula jadi tradisional.
"Saya dengar ramai yang telah sembuh. Jadi, saya berharap Allah akan membantu saya," kata seorang wanita yang mengalami masalah sista ovari dan gangguan makhluk halus, Suratmi.

Dia yang mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Jakarta menyatakan sakit perutnya itu sudah semakin reda.
Di Indonesia, perubatan Islam sering dikaitkan dengan golongan fundamentalis yang mendakwa perubatan Barat sebagai racun kepada orang Islam dan ada ubat diperbuat daripada babi.
Justeru, terdapat ahli-ahli kumpulan pengganas yang terlibat dalam perubatan Islam dengan bertindak menjadi bomoh atau penjual.

Sementara itu, segelintir klinik digunakan sebagai tempat merekrut ahli baharu.
Namun, kebanyakan pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan terdiri daripada mereka yang berfahaman sederhana.

"Perubatan Islam membawa mesej bahawa dengan mengambilnya, anda memperkuatkan kepercayaan, manakala keuntungannya memanfaatkan orang Islam," kata Sidney Jones, daripada Kumpulan Krisis Antarabangsa yang pakar mengenai Islam di Asia Tenggara.

Perubatan Islam, produk penjagaan diri dan kecantikan telah menjadi perniagaan besar memandangkan pelanggan di Asia Tenggara sahaja mencecah 250 juta orang.
Misalnya, Siwak-F yang turut dieksport ke Asia Barat dikatakan sebagai ubat gigi yang seperti pernah digunakan oleh Nabi suatu ketika dahulu.

"Kami menggunakan ubat-ubatan yang terbukti keberkesanannya, ditambah dengan keimanan kepada Allah," kata Pengarah Hospital Al-Islam di Kuala Lumpur, Dr. Ishak Mas'ud.
Kos di hospital itu adalah 20 hingga 30 peratus lebih rendah daripada hospital biasa. - AP

Harga rumah baharu meningkat 20 peratus



KUALA LUMPUR 26 Sept. - Harga kediaman yang bakal dilancarkan pada separuh kedua 2011 dijangka meningkat sebanyak 20 peratus, menurut kaji selidik Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda).

Presidennya, Datuk Seri Michael K.C. Yam berkata, peningkatan tersebut adalah disebabkan peningkatan harga bahan mentah binaan serta kekurangan tenaga kerja.
''Perkara tersebut tidak membantu pemaju hartanah kerana melalui kaji selidik tersebut kami dapati kebanyakan pembeli mencari rumah murah walaupun di kawasan bandar yang tanahnya kurang dan kos adalah tinggi.

''Ia meletakkan pemaju hartanah dalam keadaan sukar untuk mengehadkan kos untuk memenuhi permintaan pasaran dan pada masa yang sama menguruskan kenaikan kos bahan mentah,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada taklimat media mengenai prestasi hartanah pada separuh pertama tahun ini dan tinjauan hadapan bagi separuh kedua 2011 serta awal 2012, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Rehda Cawangan Kuala Lumpur, NK Tong dan Ketua Ekonomi RAM Holdings Bhd. (RAM), Dr. Yeah Kim Leng.

Tambah Yam, 47 peratus responden merancang untuk menaikkan harga rumah yang bakal dilancarkan syarikat mereka.

''Bagi separuh kedua tahun ini, 61 peratus responden merancang melancarkan projek pembangunan hartanah mereka yang menunjukkan sentimen positif dengan purata 150 buah kediaman akan dibina untuk setiap pemaju.

''Melalui kaji selidik itu juga, ahli-ahli kami lebih memahami pasaran mereka dan telah berjaya mentafsirkan tempahan diterima kepada jualan,'' jelasnya.
Beliau berkata, pasaran hartanah tempatan masih lagi bergantung kepada pasaran domestik berbanding pembeli asing yang hanya sebanyak empat peratus.

Sementara itu, kajian itu mendedahkan, Skim Rumah Pertamaku yang diperkenalkan kerajaan pada Mac lalu, masih belum dilaksanakan sepenuhnya kerana ketiadaan mekanisme dan ramai tidak mempunyai maklumat lanjut, kadar faedah tinggi serta kesukaran mendapatkan pinjaman.

Secara keseluruhannya, bagi 2012, Yam berkata, pasaran hartanah negara adalah optimistik tetapi dijangka berhati-hati kerana mungkin berlaku perubahan polisi yang bakal diumumkan pada pembentangan Bajet 2012 nanti.

Cinta Azura - Ogy kini Bercinta dengan Jamal Abdillah?



Fauziah Dato' Ahmad Daud AMN. Pelakon yang pernah menggegar Industri Perfileman Negara melalui lakonan hebat dari filem-filem seperti Azura, Ali Setan dan Suara Kekasih.

Watak beliau pada ketika itu seringkali digandingkan dengan beberapa aktor popular sekitar 80an seperti Azmil Mustapha, Jamal Abdillah dan termasuklah bekas suami beliau Eman Manan.
Beliau yang turut popular dengan nama samaran Ogy kini masih bergiat aktif dalam dunia hiburan selain dari menceburi bidang perniagaan.

Pembukaan Blog Fauziah Ahmad Daud yang diilhamkan beliau sendiri sedikit sebanyak memudahkan peminat-peminat beliau mengikuti perkembangan terbaru anak kepada Primadona terkenal, Seniwati Datin Sa'adiah ini.

Ada juga paparan panas yang menyentuh perkongsian cerita beliau kenangan manis beliau ketika mula-mula ditawarkan memegang watak Azura di dalam filem tersebut.
Beliau juga ada menceritakan di dalam blog ini kisah pertemuan buat pertama kali seorang jejaka yang pada ketika itu digilai ramai wanita iaitu Jamal Abdillah. Ogy sempat menceritakan kenangan yang tidak dapat digambarkan ketika diberitahu mengenai pasangan 'hero' untuk filem ini.

Adakah penceritaan semula kisah pengalaman ini ada kisah di Ogy kini kembali tertawan dan kembali bersama Jamal Abdillah dalam dunia realiti, setelah hampir 17 tahun aura filem ini ditinggalkan?
Benarkah Ogy tidak menafikan hal tersebut? 

Sila klik ke blog beliau

Kedai 1Malaysia akan dibuka di seluruh negara



BERA: Lebih banyak Kedai 1Malaysia akan dibuka di seluruh negara termasuk di daerah-daerah bagi membolehkan orang ramai mendapat bekalan barang-barang keperluan dengan harga yang murah dan berpatutan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya sedang mengenal pasti lokasi yang sesuai bagi mewujudkan kedai-kedai tersebut.

"Sebanyak 60 buah kedai seumpama itu akan diwujudkan di seluruh negara tahun depan, tiga daripadanya akan diwujudkan di Pahang iaitu di Bera, Kuantan dan Pekan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan hari raya peneroka Felda Tembagau, dekat sini, malam tadi.

Beliau berkata sebanyak 25 buah kedai seumpama itu akan diwujudkan sebelum akhir tahun.


"Kedai 1Malaysia ini dilihat dapat memberi pilihan kepada orang ramai untuk mendapatkan bekalan barang-barang keperluan mereka dengan harga lebih berpatutan," katanya. -BERNAMA

Murid tahun 4 ketua penyamun



BETONG: Seorang murid tahun empat dipercayai menjadi ketua satu geng pecah rumah dianggotai enam remaja yang memecah masuk rumah sepasang suami isteri dan melarikan pelbagai barangan kemas bernilai RM5,000.
Budak lelaki itu dan lima rakannya yang berusia antara 12 hingga 14 tahun melakukan kegiatan itu di rumah mangsa di kompleks kediaman kakitangan kerajaan di sini, 17 Oktober lalu, sebelum mereka ditahan polis pada Jumaat dan kelmarin.

Pemilik rumah berkenaan yang berusia 34 tahun membuat laporan polis sebaik menyedari kejadian itu selepas dia dan isterinya pulang bercuti dari Kanowit, kira-kira jam 8 malam Jumaat lalu.

Polis menahan seorang anggota kumpulan terbabit berusia 13 tahun di rumahnya beberapa jam selepas mangsa membuat laporan sebelum lima yang lain ditahan bersama pelbagai barangan kemas keesokannya.

Sumber polis berkata, semua suspek kejadian pecah rumah itu mudah diselesaikan apabila mereka dikesan memakai minyak wangi yang mempunyai bau sama dipercayai yang dicuri dari rumah mangsa. “Kumpulan penyamun cilik itu dipercayai sempat ‘berkelah’ di rumah pasangan terbabit sambil menjamu selera bijirin dan coklat sebelum mencuri pelbagai barangan kemas dan barang berharga,” katanya.

Menurutnya, sebaik mangsa pulang dari bercuti, mereka terkejut apabila mendapati dapur rumah berselerak dengan bijirin serta coklat sebelum melakukan pemeriksaan.


“Pasangan terbabit kemudian memeriksa bahagian atas dan mendapati laci almari terbuka, manakala barang kemas serta barangan berharga lain hilang sebelum mangsa membuat laporan polis, kira-kira jam 7.30 malam.

“Susulan laporan itu, polis menggerakkan operasi bagi memburu anggota kumpulan terbabit dan berjaya menahan seorang suspek berusia 13 tahun di rumahnya beberapa jam kemudian dan lima lagi rakannya pada keesokan hari,” katanya.

Sumber itu berkata, berikutan penahanan itu, polis menemui semula barangan berharga seperti rantai, gelang, cincin dan subang dicuri suspek.

“Kita turut mendapat maklumat mengenai gerak-geri kumpulan terbabit melalui penduduk yang kebetulan terserempak kelibat mereka di sekitar rumah berkenaan pada hari kejadian,” katanya.

Menurutnya, semua suspek direman empat hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 457, Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan ibu bapa remaja terbabit sudah dimaklumkan mengenai penahanan anak mereka.

Buang al-Quran di bangsal lembu



BACHOK - Penduduk Kampung Pauh Sembilan dekat sini gempar apabila menemui beribu-ribu naskhah al-Quran yang ditinggalkan di sebuah bangsal lembu dipercayai untuk dilupuskan secara tidak sah.
Seorang penduduk, Mamat Harun, 65, berkata, kira-kira pukul 12 tengah hari kelmarin, sebuah treler telah memasuki kampungnya dan dia sempat melihat beberapa lelaki sedang memunggah kotak ke dalam sebuah lori kecil.

Menurutnya, treler tersebut berhenti dalam jarak satu kilometer dari bangsal tempat al-Quran tersebut ditinggalkan dan terpaksa menggunakan lori kecil untuk mengangkutnya.
"Jalan ke bangsal ini sempit, jadi treler berhenti di simpang jalan dan mereka menggunakan sebuah jengkaut untuk memindahkan al-Quran dari treler ke sebuah lori kecil sebelum dihantar ke bangsal tersebut.
"Saya sempat tanya, mereka beritahu dari Kuala Lumpur dan diarahkan untuk menghantar al-Quran tersebut ke sini untuk disimpan," ceritanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, jarak antara rumahnya ke bangsal tersebut hanyalah 200 meter dan pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa yang pelik.
Bagaimanapun dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena berlaku selepas beberapa orang polis dan pegawai pejabat agama datang ke kawasan tersebut petang kelmarin.

Katanya, bangsal tersebut yang seluas 1.4 meter x 2.8 meter itu pernah dijadikan tempat menyimpan makanan lembu seperti dedak dan rumput namun tetapi kini tidak lagi digunakan oleh pemiliknya.
Sementara itu, sumber Pejabat Agama Jajahan Bachok memberitahu, siasatan awal mendapati al-Quran tersebut mungkin untuk dilupuskan.

Ia berikutan terdapat kecacatan daripada segi cetakan dan reka bentuk ataupun kesilapan pada ayat al-Quran itu sendiri.
Katanya, al-Quran tersebut telah dihantar ke sini oleh sebuah syarikat dari Kuala Lumpur dan akan diserahkan kepada individu tertentu untuk dilupuskan dan bangsal tersebut hanya dijadikan transit.
"Kita telah membuat laporan polis dan siasatan akan dijalankan untuk mengesan individu terbabit kerana tindakan melupus al-Quran perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan hanya boleh dibuat di kawasan tertentu sahaja.

"Saya dimaklumkan tempat untuk melupus al-Quran ini hanya di Kuala Lumpur dan prosesnya melibatkan kos yang tinggi. Jadi, ini mungkin salah satu cara pihak tersebut untuk mengurangkan kerugian yang dialami," ujarnya.

Jelas beliau, pihaknya telah menutup kawasan tersebut dan kesemua al-Quran terbabit juga ditutup dengan rapi bagi mengelakkan ia disalah guna.
Kawasan tersebut kini di bawah pemantauan polis sehingga siasatan selesai dan tindakan susulan diambil.

Kematian Ahmad Sarbaini akibat terjatuh: Koroner



KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner di sini hari ini memutuskan kematian Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed, 56, disebabkan nahas kerana terjatuh dari aras tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak disengajakan.

Koroner Aizatul Akmal Maharani membuat keputusan itu selepas bersidang selama 13 hari dan memanggil 34 saksi sejak 4 Julai lalu.
Aizatul juga menolak unsur dibunuh dan membunuh diri.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu gelanggang badminton bangunan itu di Jalan Cochrane di sini pada April lalu.

Sunday 25 September 2011

Saiz pinggang petanda sakit jantung



“KALAU awak hendak guna tangga, silakan. Saya sayang lemak,” gurau seorang teman ketika kami berpecah haluan untuk masuk ke pejabat. Dia menuju ke lif, penulis pula ke pintu ruangan tangga. Mengah juga untuk sampai ke tingkat tiga tetapi memikirkan kesihatan, penulis gagahkan juga mendaki hampir 80 anak tangga.

Bagi pekerjaan yang banyak duduk, menggunakan tangga untuk naik atau turun ke tingkat lain boleh dijadikan pengganti sebahagian aktiviti senaman harian.
Ia antara alternatif untuk menyihatkan badan dan lebih bagus jika anda dapat memanjangkan tempoh aktiviti cergas kepada 30 minit sehari.

Untuk sihat kita memang perlukan sedikit pengorbanan - sekurang-kurangnya sanggup mengorbankan simpanan lemak berlebihan dalam badan. Tidak kira apa pun jenis aktiviti pilihan anda, namun senaman seringkas berjalan cepat yang dijadikan amalan harian dapat membantu mencegah pelbagai penyakit kronik yang berkaitan gaya hidup termasuklah sakit jantung.

Seorang kawan pernah berkata, wanita beruntung kerana terselamat daripada serangan jantung. Ya, betul untuk wanita yang masih ada haid. Bagi wanita yang sudah menopaus, risiko mendapat serangan jantung sama seperti lelaki malah bilangan wanita yang mati akibat serangan jantung sebenarnya lebih tinggi daripada disebabkan kanser payudara.

Malangnya masih ramai yang berat hati untuk memulakan kehidupan cergas. Ada kajian mendapati tabiat suka duduk berehat sepanjang masa boleh memendekkan hayat. Secara purata risiko kematian awal akibat duduk terlalu lama (tidak aktif langsung) pada wanita ialah 94 peratus dan 48 peratus pada lelaki.

Lebih lama kita duduk, semakin kurang tenaga digunakan dan akibatnya kita mengalami masalah pertambahan berat badan.

Jika tiada langkah pencegahan iaitu perubahan gaya hidup, ia akan mendekatkan kita dengan masalah obesiti. Seperti diketahui, obesiti adalah pencetus kepada pelbagai penyakit kronik yang lain.

Kebanyakan orang risau apabila berat badan bertambah tetapi saintis mendapati apa yang perlu diberi lebih perhatian ialah penambahan saiz pinggang dan pinggul kerana ia berkait rapat dengan risiko penyakit jantung.

Penyelidik Universiti Texas mengesahkan saiz pinggang menjadi petanda utama penyakit jantung berbanding berat badan berlebihan. Malah ukuran pinggang yang dikategori ‘masih boleh diterima’ iaitu 81 sentimeter (32 inci) bagi wanita dan 94 sentimeter (37 inci) bagi lelaki juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit jantung.

Ini kerana lemak yang terkumpul di kawasan pinggang didapati lebih aktif kerana ia merembeskan protein keradangan yang menyumbang kepada pembentukan aterosklerosis (plak kolesterol pada dinding salur darah) - dan akhirnya boleh membuatkan salur darah tersumbat.

Selain penyakit jantung, pakar perubatan juga sependapat saiz pinggang melebihi 88.9 sentimeter (35 inci) bagi wanita dan 101.6 sentimeter (40 inci) bagi lelaki juga boleh mendekatkan mereka dengan kencing manis.

Kajian ke atas 2,744 individu dewasa itu turut mendapati bentuk badan ada kaitan dengan penyakit jantung kerana penambahan beberapa inci saiz pinggang boleh meningkatkan risiko kerosakan salur darah di jantung walaupun mempunyai berat badan dalam julat normal.

Masih berkira-kira hendak bersenam? Baiklah, mungkin anda tidak tahu, apabila kita duduk terlalu lama, otot terutama pada kaki akan merangsang atau menyekat pelbagai jenis hormon yang akhirnya memberi kesan kepada paras kolesterol.

Kita tahu paras kolesterol baik hanya boleh ditingkatkan melalui senaman. Tiada makanan ajaib mampu meningkatkan paras kolesterol baik yang sangat penting untuk melindungi kita daripada penyakit jantung.

Kajian Fakulti Perubatan Universiti Stanford mendapati berlari (berjoging) boleh membantu meningkatkan jangka hayat. Kajian selama 21 tahun itu menunjukkan berlari boleh melengahkan kehilangan keupayaan berkaitan umur selama 16 tahun dan memanjangkan jangka hayat selama 19 tahun. Di dalam kumpulan pelari, hanya 15 peratus meninggal dunia (akibat sakit jantung, kanser, strok dan masalah saraf) berbanding 34 peratus di kalangan kumpulan bukan pelari.

Senaman tahap sederhana selama 30 minit sehari, lima kali seminggu memadai untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan. Selain itu masukkan juga senaman regangan dan ketahanan dua kali seminggu untuk menjaga keanjalan otot dan merangsang metabolisme.

Bagi yang selalu tertanya bagaimana ada individu berumur lanjut tampak awet muda, senaman adalah jawapannya. Ia adalah ubat untuk awet muda yang sangat mujarab. Gaya hidup aktif membantu mengekalkan jisim otot, merangsang metabolisme, menguatkan jantung dan paru-paru, membantu mengawal tekanan darah, paras gula dan kolesterol darah, meningkatkan keseimbangan, melancarkan aliran darah dan mengawal berat badan.

Jika hudud dilaksana, pemimpin DAP letak jawatan



KUALA LUMPUR 25 Sept. – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan pemimpin-pemimpin kanan parti itu akan meletak jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadi negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Beliau mengulangi kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini bahawa parti itu tidak akan menerima hudud atau idea membentuk sebuah negara Islam sekiranya mereka memperoleh kuasa ke Putrajaya.
“Jika anda berkata sebarang perkataan dalam prinsip bersama dalam Buku Jingga itu menyebut tentang hudud atau negara Islam, saya fikir bukan sahaja saya tetapi semua anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) akan meletakkan jawatan.

“Kami adalah parti yang berprinsip dan pemimpin berpegang pada prinsip, jadi tidak ada jalan bagi pemimpin yang berkata selepas memegang tampuk kuasa di Putrajaya akan melaksanakan hudud dan menubuhkan kerajaan Islam. Tidak mungkin kerana ia bukanlah dalam rangka dasar bersama.

“Pendirian kami jelas, kami tidak menerima hudud ataupun sebuah negara Islam,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.
Guan Eng berkata, mengadakan hukum hudud atau sebuah negara Islam tidak pernah disebut dalam Buku Jingga pakatan dan ketiga-tiga parti hanya bersetuju menyatukan rakyat Malaysia di bawah prinsip bersama yang antara lain bagi tujuan kebebasan, keadilan dan demokrasi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, pemimpin tertinggi pakatan pembangkang akan bermesyuarat Rabu ini untuk membincangkan rancangan Pas melaksanakan hukum hudud.

Beliau berkata, isu berkenaan akan dibincangkan di kalangan pemimpin pembangkang itu pada mesyuarat bulanan mereka di Ibu Pejabat Pas di sini yang dijadualkan bermula pukul 8 malam.
“Mesyuarat itu pada mulanya untuk membincangkan Bajet Pakatan 2012, tetapi oleh kerana ada isu lain yang perlu diberi tumpuan, adalah wajar bagi pemimpin-pemimpin berkenaan membincangkannya pada mesyuarat tersebut,” katanya di sini, hari ini.

10 aplikasi iPad untuk pendidik



ARUS pembangunan teknologi digital kini memasuki sepenuhnya era tablet. Sebut sahaja tablet, hampir segenap lapisan masyarakat dari warga emas hingga kanak-kanak yang belum memasuki alam persekolahan mampu memberikan definisi sebuah tablet.

Apple iPad merupakan salah satu jenama yang sering menjadi topik perbualan hangat kerana reka bentuk unik selain pilihan ribuan aplikasi menyokong peranti itu.
IPad bukan lagi suatu gajet mewah yang hanya mampu digunakan oleh golongan atasan. Harganya yang berpatutan bermula dari RM1,499 menjadikan tablet itu pilihan mereka yang inginkan pengalaman pengkomputeran bergerak tanpa memerlukan sebuah komputer riba.

Operasi ringkas dan memerlukan masa yang singkat untuk dihidupkan (boot time) berbanding komputer biasa, menjadikannya popular dalam tempoh yang begitu pantas.

Golongan pendidik, tidak kira guru sekolah mahupun pensyarah di institusi pendidikan tinggi turut tidak terlepas daripada tempias teknologi itu. Salah satu cabaran sebagai seorang pendidik ialah merangka pelan pembelajaran. Berita baiknya, terdapat cabang teknologi yang boleh membantu seseorang menjadi seorang pendidik efektif.

Aplikasi iPad yang boleh membantu para pendidik menguruskan masa dan juga mencatatkan idea pelan pembelajaran adalah seperti :-

1. Bento: Aplikasi ini memudahkan pendidik memantau pelan pembelajaran, janji temu dan nota tentang pelajar.

2. Tetikus mudah alih: Dapat mengubah iPad anda menjadi alat kawalan jauh untuk kegunaan di dalam kelas.

3. Dropbox: Membolehkan rekod berkaitan pelajaran disimpan di komputer dan diselaraskan dengan ruang simpanan di Internet. Fail yang disimpan kemudiannya boleh diakses dari sekolah mahupun dari komputer di rumah.

4. Quick Voice Recorder: Rekod aktiviti pembelajaran di dalam kelas dan analisis butirannya bagi tujuan pemeriksaan untuk menambah baik kualiti pembelajaran.

5. Idea Boards: Jangan biarkan idea yang timbul secara spontan hilang begitu sahaja. Rekodkan idea dan jadikannya deraf untuk mengatur kelas. Anda juga boleh meletakkan peringatan pada nota-nota yang telah disimpan.

6. World Atlas HD: Aplikasi percuma yang ditawarkan oleh National Geographic ini membolehkan anda menggunakan peta bagi tujuan rujukan. Peta ini boleh dikaitkan dengan elemen menarik agak pelajar tidak mudah jemu ketika sesi pembelajaran.

7. BBC News: Gunakan sumber berita terkini sebagai salah satu sumber material bagi menyediakan bahan mengajar berkaitan peristiwa semasa, sejarah dan pelbagai lagi.

8. The Skeletal System Pro: Guru biologi atau pensyarah kursus perubatan boleh memanfaatkan aplikasi ini untuk memudahkan pemahaman pelajar mengenai sistem rangka, otot, pencernaan dan juga anatomi yang lain.

9. GoSkyWatch Planetarium: Aplikasi astronomi ini merupakan alat bantuan mengajar terbaik bagi subjek berkaitan dengan astronomi. Ia boleh digunakan ketika mencerap bintang bagi mengukuhkan lagi pemahaman para pelajar.

10. Cram: Pendidik boleh menggunakan aplikasi ini untuk menyediakan kuiz dan juga ujian untuk pelajar. Guru juga boleh mengakses bank simpanan kuiz dan ujian secara dalam talian bagi memudahkan lagi penilaian tahap pemahaman terhadap satu-satu subjek yang diajar.

CIMB, Facebook jalin kerjasama



KUALA LUMPUR 23 Sept. - CIMB Bank Bhd. (CIMB Bank) telah bekerjasama dengan Facebook untuk menawarkan Promosi Daftar Masuk (Check-in Deals). Ia merupakan kerjasama pertama seumpamanya di Malaysia.

Pemegang kad kredit CIMB Bank dan kad kredit Direct Access yang mendaftar masuk di mana-mana 'CIMB-San Francisco Coffee' dengan pelekat promosi berwarna kuning akan dapat menikmati minuman dan coklat percuma dengan pembelian di situ.

Terdapat 16 cawangan San Francisco Coffee di seluruh negara dengan kebanyakannya terletak di lokasi strategik dan pusat perniagaan.

Ketua Pemasaran dan Komunikasi Kumpulan, Effendy Shahul Hamid berkata, media sosial merupakan fokus kepada mereka dan berpuas hati dengan kerjasama Facebook untuk membawa inovasi itu kepada pelanggan.
''Kehendak pelanggan sering berubah dan ia penting untuk kami berkembang dalam penawaran selari dengan itu, membawa produk terbaik dan relevan ke dalam pasaran,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah Komersial Asia Facebook, Stephen Dolan berkata, dunia telah menjadi sosial dan bekerja dengan jenama CIMB merupakan satu penghargaan.

''Facebook komited untuk berkembang di pasaran Malaysia dan kerjasama dengan CIMB membolehkan kami melancarkan Promosi Check-In pertama di negara ini,'' jelasnya.

Facebook Places membolehkan pengguna untuk berkongsi lokasi semasa dengan rangkaiannya melalui Facebook dengan peralatan mudah alih dalam beberapa langkah mudah.
Promosi Daftar Masuk CIMB-San Francisco Coffee ditawarkan sekali bagi setiap pengguna dalam tempoh 24 jam sehingga 5 Oktober ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...